FOOD REVIEW

Berbuka Puasa di Terowong Corner Kuala Terengganu

May 22, 2018
Salam Ramadhan semua!! Harini, 6 Ramadhan, kita off dapur, dan incik suami pun memahami isterinya yang ketidaksempatan untuk memasak. Thank you asben! Hehe. 

Maka, bila ditanya mahu makan apa, semestinya jawapan si isteri, "ikut je mana - mana pun, tapi kalau makan chicken chop sedap jugak! " Haha!


Setelah 2 kedai yang kami pergi tutup, maka kami pun ke kedai ke tiga cadangan incik suami. Masih lengang dan bertenang ketika kami sampai di Terowong Corner walaupun jam dah pun 6.30 petang.

Muka tak sabar nak ngap! Alhamdulillah masih bertahan puasa penuh 6 Ramadhan

Ni bukan kali pertama kami datang dinner kat sini. Cuma, menu western belum cuba lagi. Terowong Corner ada pelbagai pilihan masakan yang korang boleh cuba. Ada masakan panas, masakan omputih dan juga sate.

Beaf Steak Pilihan Incik Suami
Menu pilihan Gee adalah Chicken Chop sama juga untuk Amani dan Ardini. Arsyad pula menu kegemaran sepanjang masa spagetti bolognesse. Incik suami memilih stik daging. Aqil si bongsu menumpang je ke semua menu yang kami order. Gee pun order sate daging dan ayam 10 cucuk. Al maklumlah nafsu berpuasa, semua rasa nak ngap! Hahaaha!

Chicken Chop Crispy Rangup!
Sedap ke tidak?

Beaf steak kat sini sedap juga sebab dagingnya sangat lembut! Sos pun banyak! Gee bagi 5 bintang penuh! Hehe. Chicken chop, Gee rasa macam ada yang kurang je. Ceewahhh memandai je kan? Haha! Tapi portionnya besar juga! Gee bagi 4 bintang! Spagetti bolognesse Gee tak sempat nak merasa sebab Arsyad habiskan semuanya! Agak - agaknya sedap sangat kot sampai licin dia habiskan. Hehe. Sate, sedap dan manis! So sangat recommend kalau makan kat sini, order je 5-6 batang sate untuk merasa sebab boleh tahan juga rasanya! Gambar sate lupa nak snap! Kikiki.

Spagetti Bolognesse
Kalau nak datang dengan bilangan yang ramai pun sesuai kat sini sebab kawasan sangat lapang dan selesa. Cuma baik booking awal - awal so nanti mereka boleh aturkan tempat makan untik korang terlebih dahulu.

Lokasi restoran :


So kalau nak berbuka puasa atau dinner sangat recommended di Terowong Corner. 

Boleh terjah juga di facebook mereka untuk melihat apa komen pelanggan yang dah datang ke sini << FACEBOOK TEROWONG CORNER >> .

Korang berbuka menu apa harini?


You Might Also Like

6 komen

  1. Tak pernah try lagi makan kat sini. Nak try la nnt

    ReplyDelete
  2. Best juga kalau dapat berbuka western nie..

    ReplyDelete
  3. nnt g ganu bnyk plk tmpat makan nak kena try ni

    ReplyDelete
  4. Meriahnyaa menu berbuka puasa sis gee dan keluarga tu 😎

    ReplyDelete
  5. pernah lalu kat sini.tapi tak pernah singgah makan.sedapnya

    ReplyDelete