Syoknya Makan Malam di Tepi Muara Sungai

April 15, 2018
Pantai Chenang merupakan destinasi pelancongan di Langkawi yang sangat happening pada waktu malam. Walaupun pada waktu siang kebanyakan kedai makan tutup namun Pantai Chenang yang cantik dan bersih menjadikan Pantai Chenang dah jadi HOT SPOT untuk pelancong dalam serta luar negeri.

Kalini Gee nak share satu restoran di Pantai Chenang yang sangat sesuai untuk kita makan bersama keluarga atau pun merancang romantic dinner bersama pasangan. 

Sumber gambar : Facebook Restoran D'Muara Chenang
RESTORAN D'MUARA CHENANG / RESTORAN NELAYAN SUNGAI CHENANG

Indahnya makan malam di tepi muara sungai dengan tiada bunyi kesesakan kenderaan lalu lalang, menikmati makanan yang sedap serta ditemani mereka yang tersayang. Menikmati makan malam di Restoran D'Muara Chenang ini melengkapkan percutian Gee dan lagi 2 blogger iaitu Sis Hawa dan Mek Yunie. Datang dengan kumpulan yang besar lagilah seronok makan di tempat terbuka seperti di Restoran D'Muara Chenang ini.



Korang nak datang sini boleh pakai waze atau google maps dan search RESTORAN NELAYAN SUNGAI CHENANG. Lokasi restoran ini di Jeti LKIM Chenang menjadikan tempat ini sangat mudah untuk dijumpai. 

Gee cadangkan nak datang baik korang tempah meja dulu kot lah meja dah penuh nanti kelaparan pula menunggu giliran. Kami dah booked sebelum datang so tak perlu nak risau dah bilangan meja dan tempat dengan bilangan kami yang agak ramai. 

Menariknya tempat penyediaan makanan style open kitchen gitu kepada pengunjung restoran. Kita boleh tengok dari luar keadaan di dalam dapur. NO HIDDEN AGENDA!!!hahahaha!

Mesti cuba IKAN BAKAR JENAHAK!!  

Gee dengan incik suami adalah penggemar ikan bakar!! Tapi lain tempat lain cara dan rasanya! Di Restoran D'Muara Chenang ini, resipi ikan bakar mereka lain daripada yang lain. Ikan Jenahak ni Gee pun tak pernah rasa sebelum ni. Tapi bila tertatang kat depan mata dengan bau rempah ikan bakar, dengan posing ikan bakar itu mak aiiii meleleh kalau tengok saje! Haha! 


Kaki meratah ikan bakar semestinya incik suamiku! Dah habis makan ikan bakar jenahak dengan nasi putih, diratahnya pulak tulang-tulang, setiap celah ikan jenahak! Hahaha! Katanya lain macam ikan bakar di Pulau Langkawi ni ye. Amboi cik abang oi...kemain sedap makan!! Next trip kita repeat candle light dinner kat sini ye. Kikikiki.

Mek Yunie and Family!!
Seterusnya menu biasa-biasa tapi rasa yang luar biasa! SIAKAP MASAK 3 RASA yang penuh rasa! Hahaha! Ikan siakap sememangnya segar bugar digoreng garing, di siram sos 3 rasa yang cukup rasa masam manis pedas! Jangan risau tahap kepedasan adalah normal bukan tahap terkena cirit tau! Si Amani tu berselera sungguh makan ikan siakap 3 rasa dilayan istimewa oleh bapak angkat dia uncle wan iaitu Mr Qamar Sis Hawa. Hehehe.  



TOM YAM SEAFOOD Terbaik dari Restoran D'Muara Chenang! Kalau bab tom yam ni, si sulong Arsyad tulah hantu tom yam. Setiap kali singgah kedai makan mesti dia nak tom yam. Kalau masak tom yam kat rumah memang satu periuk besar boleh habis! Haha! Tom Yam yang sedap mabeles adalah tom yam ada rasa masam, pedas, manis dan mewah dengan isi dalamnya. Nak tau kesedapan tom yam di Restoran D'Muara Chenang ini semestinya korang mesti masukkan dalam list travel korang kalau datang ke Langkawi. 



Sesi meratah KETAM BEREMPAH KARI memang terbaik!! Ketam yang fresh dan juga besar di masak kari ala ala shell out gituuu.. Tapi ketam ni Gee ambil ratah je makan selepas makan nasi. Baru sedap dan nikmat! Haha!

Sis Hawa & Family!



Menu ketam berempah kari ni merupakan salah satu menu special di sini. Satu hidangan tu boleh di makan 4 ke 5 orang. So kalau datang ke Restoran D'Muara Chenang ini, jangan lupa pesan menu ketam berempah kari ni ye!

Seterusnya, mestilah kena rasa SOTONG GORENG TEPUNG LANGKAWI STYLE!! Memang berbeza dengan sotong goreng tepung Ganu style. Sotong goreng tepung versi Restoran D'Muara Chenang ni kita akan rasa crunchy tepung yang disalutkan pada sotong yang segar. Sos pencicah dia pun best rasa masam manis gitu. 


Selain sotong goreng tepung, ada juga menu udang goreng tepung. Menu seafood lain pun banyak lagi pilihan yang ada antaranya Ketam Masak Cili, Ketam Rebus Serai, Ketam Masak Lada Hitam, Ketam Goreng Kunyit, Udang / Sotong Masak Paprik, Udang Lipan Cili dan Udang / Sotong Masak Halia. Tu tak habis mention lagi tau! Memang banyakkk pilihan menu kat sini. Yang penting korang mesti datang dan cuba sendiri! Hehe.
Incik suami duk layan si bongsu. Hehe.

Kalau nak tahu, owner Restoran D'Muara Chenang ni sentiasa ada di restoran untuk melayan pelanggan. Mak Lang sibuk di kaunter pembayaran manakala Pak Lang sibuk menghantar pesanan pelanggan. Haa nanti tuan kedai sendiri hantar order so kalau apa-apa tak kena dengan menu memang dia tahu direct dari customer. Bagus kan?

Sempat sembang sekejap dengan Mak Lang sebab customer ramai sangat!!
APA KOMEN SIS GEE??

Apa nak komen memang semua menu yang kami makan sedap-sedap belaka. Suasana kedai sangat meriah dengan kunjungan pelanggan yang tak putus-putus. Meja pun banyak disediakan. Waktu menunggu tak lama pun dan yang paling best tokey kedai sendiri datang layan customer. Bukan kami sahaja, pelanggan dari meja lain pun dilayan mesra. Keep it up!!! Semoga Restoran D'Muara Chenang terus sukses!!



Korang datang ke Langkawi jangan lupa booked dinner kat sini! Untuk sebarang info boleh hubungi :



TELEFON : 012 4752425

ALAMAT : Jeti LKIM, Sungai Chenang, Langkawi

WAZE / SEARCH LOCATION : Restoran Nelayan Sg Chenang





4 comments:

  1. ya allah gee ! teringat ketam rempah kari dio tuuu ! masyaAllah

    ReplyDelete
  2. sedapnya sotong goreng tu, alahai

    ReplyDelete
  3. ikan bakar tu alahaiii.. mengancam. hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.