PART THREE UTARA TRIP : Kejutan Dari Blogger Sis Hawa

by - April 09, 2018

Assalamualaikum semua! Kembali bercerita tentang story mory Utara Trip Gee bersama blogger Sis Hawa dan Mek Yunie. Nak tahu kisah dari awal? Boleh baca PART 1 & PART 2 pada link kat bawah ni ye. 




KEJUTAN DARI SIS HAWA UNTUK INCIK SUAMI GEE DAN MEK YUNIE & FAMILY 

Beberapa hari sebelum kami bertolak ke utara, Sis Hawa terkantoi dengan Gee yang dia dah uruskan keluarga Gee dan keluarga Mek Yunie bermalam di hotel sebelum ke Langkawi. Kantoi wei ntah macam mana Gee dapat bau aktiviti Sis Hawa nak surprisekan kami. Hahahaha!!Sorry Awa!Kikiki.. Tapi Gee di minta oleh Sis Hawa untuk teruskan misinya membuat kejutan kepada incik suami Gee bersempena birthdaynya dan Mek Yunie meraikan anniversary pada Mac yang lepas.

Malam terakhir Gee dan Mek Yunie di Perlis, ikut perancangan awal kami akan menumpang bermalam di rumah bonda Sis Hawa sahaja. Sebabnya rumah bonda Sis Hawa tak jauh mana dengan jeti Kuala Perlis. Lagi pula, kami cuma nak bermalam dan esoknya awal pagi dah kena naik feri.

Jenuh Gee duk sembang dengan incik suami dan Mek Yunie berkenaan tempat menginap malam tu kotlah tersasul mau kantoi plan Sis Hawa nak surprisekan mereka. Hahaha. 

Setelah penat seharian berjalan di Perlis, kami singgah di rumah bonda Sis Hawa di mana mereka sangka disitulah kami akan bermalam. Tapi Sis Hawa bagitahu bukan rumah bondanya tapi rumah satu lagi. Setelah berehat dan makan di rumah bonda Sis Hawa, Sis Hawa pun ajak kami ke rumah untuk bermalam. Konvoi lah kami 4 kereta termasuk blogger Kak Sheila yang turut serta berpakat untuk merahsiakan surprise ni. Hahahaha!

Bila dah sampai di depan Putra Brasmana Hotel, incik suami Gee, Mek dan husbandnya dah terpinga-pinga kenapa parking kereta depan hotel pulak dah. Padahal masing-masing mengharapkan dapat check in situ bila tengok hotel yang besar tu! Hahahaha. 

Semua turut serta ke lobi. Sis Hawa menyakat mereka yang kita semua nak hi tea kat situ. Setelah urusan check in selesai, Sis Hawa datang dengan membawa kunci 2 bilik hotel. Nak tahu siapa paling kuat menjerit  terkena prank? Haaa mestilah Mek!!! Sorry Mek! I kena rahsiakan dari u! Hahahaha. 


Thank you Sis Hawa uruskan penginapan kami di Putra Brasmana Hotel. Memang terbaik menginap di situ sebab lokasi sangat strategik dan hotel pun sangat cantik!! Tunggu kami punya plan pula buat surprise kat awa nanti! Hahahaha!


Malam di hotel tu kami keluar dinner di satu restoran yang sangat stylo mylo!! Bermula dari dekorasinya sehinggalah ke makanan memang terbaik dinner di situ. Korang kalau ke Perlis wajib singgah makan malam di Sam Cafe Wang Ulu, Kangar. Perjalanan hanya 15 ke 20 minit sahaja dari Putra Brasmana Hotel. BACA SINI SELANJUTNYA <<< SAM CAFE WANG ULU >>>


PENGALAMAN PERTAMA ANAK-ANAK KE PULAU LANGKAWI

Setelah kami bersarapan pagi di Putra Brasmana Hotel, kami hanya berjalan kaki menuju ke Jeti Kuala Perlis. Anak - anak kami semua dah teruja nak naik feri. Ni kali kedua Gee dan incik suami berkunjung ke Pulau Langkawi. Kali pertama dah terlalu lama kot sebab masa tu Gee belajar kat Matrikulasi Arau. Incik suami pula kali pertama ketika zaman sekolah menengah. Haha! So bukan takat anak-anak je excited, ibu ayah pun sama naik teruja nak explore Langkawi. Hehe.

NAK TIPS TRAVEL DENGAN ANAK-ANAK BOLEH < Click Sini >


WELCOME TO LANGKAWI!!

Bila dah nampak daratan, bot dan feri lain yang banyak, makin teruja anak-anak kami semua. Sepanjang perjalanan mereka tengok pemandangan dari tingkap. Nasib baik banyak tempat kosong so tak perlu nak layan drama anak-anak berebut seat tepi tingkap. Haha! 

BERMULALAH EPISOD KAMI DI PULAU LANGKAWI!! Tunggu story mory di PART FOUR! 

You May Also Like

17 komen

  1. Wah.. Memang menjadilah suprise awa ye..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. enjoy sekejap lupakan stress..hihi

      Delete
  3. bestnya dapat suprise bila la turn cik ash pulak.. hahahha

    ReplyDelete
  4. Seronoknyaa 😆 terer sis hawa surprise mnjadi

    ReplyDelete
  5. Zaman kecik-kecik dulu suka tengok ikan dekat bawah ferry.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. kann..next trip cik tie wajib follow!haha

      Delete
  7. Hahahah.. sweetnya surprise gitu..!!

    ReplyDelete
  8. Oo rupanya hg dh tahu jugok.
    Pandai wt muka tk thu menda ye gee.
    Adooi
    Mek tk pndai surprise. Hahhahhahahahah

    ReplyDelete