HOLIDAY

Merasai Pengalaman Mendekati Haiwan di WILDLIFE PARK LANGKAWI

April 11, 2018
Semestinya WILDLIFE PARK LANGKAWI antara destinasi yang akan melengkapkan percutian anda di Pulau Langkawi. Sekiranya datang bersama keluarga dan anak-anak seperti Gee dan 2 lagi blogger dari team #BloggerPantaiTimur ni , kunjungan kami ke sini seperti memberi hadiah yang sangat bermakna kepada anak-anak. Gee, Sis Hawa dan Mek Yunie sangat teruja dan tertunggu-tunggu untuk explore Wildlife Park ini bersama anak-anak dan keluarga.
Di entrance pun ada burung yang siap sedia menyambut kedatangan pengunjung. 
Wildlife Park Langkawi ni sebenarnya dah lama dibuka kepada orang ramai iaitu pada tahun 2002. Tapi pada ketika itu namanya adalah ' Langkawi Birds Paradise '. Pada tahun 2006 barulah nama di tukar kepada Wildlife Park Langkawi dimana ianya sesuai dengan rangkaian baru pameran hidupan liar. 

Jarak perjalanan dari Pekan Kuah hanya mengambil masa 10 ke 15 minit sahaja untuk ke Wildlife Park Langkawi ni. Korang boleh guna waze je memang comfirm akan jumpa. Sampai di sini, tempat parking memang bersepah! Gee pergi tu musim cuti sekolah tau tapi crowded ketika tu okey je. Mungkin disebabkan kawasan yang luas so sangat memberikan keselesaan pada pengunjung yang datang.


Harga tiket sangat berbaloi dengan pengalaman kita di dalam Wildlife Park ni. Taman hidupan liar ini dibina berkonsepkan pengunjung dapat mendekati semua haiwan ini seperti memberi makan, menyentuh, melihat pelbagai pertunjukan, dan juga bermain dengan binatang.

HARGA TIKET :

Dewasa RM 24
Kanak-Kanak RM 16
Warga Emas RM 16

Tambahan RM 20 sahaja untuk tour guide.
Peta kawasan yang akan di explore di Wildlife Park
Secara keseluruhannya, taman hidupan liar ini terbahagi kepada 4 Seksyen iaitu Pheasants Section, Reptiles and Mammals Section, Aviary Section and Primates Section. Setiap seksyen ini akan diadakan waktu persembahan di mana terdapat aksi-aksi yang akan dilakukan oleh haiwan di sini bersama penjaga yang terlatih. 

Setelah diterangkan kepada kami oleh tour guide sedikit sebanyak berkenaan info Wildlife Park ini, kami memulakan langkah untuk tengok apa yang menarik di sini. Semestinya anak Gee Arsyad dan Amani dah terlebih advance siap sedia untuk masuk. Tapi Gee bagitahu mereka yang info dari tour guide sangat berguna so nanti dia akan tahu lebih lanjut berkenaan haiwan yang ada. 


Hentian pertama adalah di gerai makanan untuk diberi makan kepada haiwan-haiwan ni nanti. Setiap pack ada pelbagai jenis makanan yang bersesuaian dengan haiwan yang boleh diberi makan. PENTING!! Kena warning anak-anak untuk tidak terlalu teruja memberi pada satu-satu haiwan sahaja sebabnya 1 pack tu boleh guna di semua 4 seksyen nanti. Kang baru masuk seksyen 2 tapi makanan semua dah habis. Hahaha! 

Sebaik sahaja melangkah masuk, kami dapat melihat dan mendengar bunyi burung kakak tua yang sangat berwarna warni. Ada yang sangat jinak untuk disentuh dan ada juga masih ketidoran kepenatan beraksi agaknya. Hihihi. Kebanyakan burung ini dah terlalu kenyang sebab masing-masing yang baru masuk semua teruja memberi mereka makan. Tak sempat mereka nak lapar kot! Haha.

Yang di belakang tu terpaksa dikurung kerana nak sesuaikan dengan tempat baru.
Antara haiwan yang menarik perhatian kami untuk memberi makan adalah Flamingo. Flamingo adalah sejenis burung yang besar yang boleh dikenal pasti dengan leher yang panjang, kaki yang kurus dan bulu yang berwarna merah jambu. Memang comel tengok mereka berkawan. Korang datang sini jangan lupa selfie dengan flamingo pink ni okeh!

Arsyad selalu kena warning untuk simpan makanan untuk next section!Haha.
Selain daripada burung kakak tua dan Flamingo di Seksyen Pertama ini, terdapat juga haiwan-haiwan lain seperti spesis-spesis itik, parrot dan juga penyu. 



Funtime with raccoon!! Setiap hari, pada jam 10 pagi dan 3 petang, Wildlife Park akan membuat satu sesi bermanja dengan rakun yang bernama Sarip ni. Ya boleh dikatakan semua haiwan disini ada nama tau! Comel je kan? Rakun dah biasa dijinakkan dan juga disuntik vaksin untuk memastikan keadaan mereka sentiasa bersih. Tapi korang setiap kali menyentuh haiwan-haiwan di sini jangan lupa cuci tangan tau! Sinki ada disediakan di merata-rata tempat untuk kemudahan pengunjung.

Mana boleh Gee melepaskan peluang bermanja dengan Si Sarip ni. Walaupun macam gerun je tengok size badan Sarip tapi ku gagahi jua demi pembaca blogku! Hehe. Berat Sarip lebih kurang 10kg dan bulu Sarip ni rasa sangat tebal!!

Maafkan Sarip sebab posing yang agak seksi! Haha!
Lets Fear Factor With Snake !!Ular ni pun ada namanya tapi i ols lupa! Haha. Bukan setakat korang boleh sentuh malah nak berpeluk bergambar pun boleh. Gee suruh Arsyad dukung tapi dia taknak. Ibu dia memang idok lerr... Tengok pun dah meremang apatah lagi nak berdukung bagai. Hahahaha! Ular ni di bawa keluar untuk pengunjung pada jam 11 pagi dan 4.40 petang.

Incik suami acah-acah berani. Hehe
Seterusnya kami masuk ke rumah burung di mana di dalam rumah burung ini, semua burung dibiarkan terbang bebas. Ia juga dikenali sebagai ' Love Birds ' kerana burung-burung ini dah terbiasa dan selesa dengan kedatangan pengunjung dan dengan sendirinya datang sekiranya ketika itu mereka lapar dan kita hanya perlu meletakkan makanan di tapak tangan sahaja. Seronok sungguh tengok anak-anak. Dah lupa sekejap kepenatan. Haha.
Batu Kristal Asli yang sangat woww!!
Berehat seketika di Crystal Gallery! Di sini merupakan pusat jualan mutiara, barang kemas, kristal, dan juga cenderamata. Semuanya asli dan bukan tiruan dan menariknya ketika kami pergi ada offer sehingga 70%. Berpinar-pinar biji mataku tapi nasib baik nafsuku boleh dikawal lagi. Hahahaha. Tapi next trip nak juga beli 1 gelang mutiara. Lawa gila!! 




Boleh juga di jadikan hadiah istimewa buat yang tersayang!
Setiap satu batu ini mempunyai aura dan fungsi yang berbeza untuk kehidupan seharian. Dan semuanya boleh dibeli di sini!
Bukan sahaja kristal untuk perhiasan diri je, kristal perhiasan rumah pun ada dijual. 
Kebetulan ketika kami berada di Crystal Gallery, GM Wildlife Park iaitu Mr John pun ada sama di galeri untuk melayan pengunjung yang datang. Mr John sangat friendly dan low profile sebabnya dia layan staff macam kawan-kawan je. Syok pula Gee tengok cara Mr John mendekati pekerja dan pengunjung yang datang. 

Bergambar Kenangan bersama Mr John di Crystal Gallery
Kami sempat merasai nikmat coffee yang dijual di Crystal Gallery. Ada juga jualan coffee yang didatangkan dalam beberapa perisa antaranya rasa coffee classic dan juga rasa coffee peppermint. Kami semua siap tapau 2 bungkus coffee untuk di bawa balik dan memang tak menyesal kalau korang beli sebab rasa coffee dia memang umphhhh!!!



Setelah menyopping, mencuci mata dan berehat kami meneruskan explore kami di Wildlife Park Langkawi. Ada lagi banyak haiwan yang kami belum meet and greet rupanya. Keluar dari Crystal Gallery, kami melalui jambatan yang menyeberangi kolam buatan yang semestinya diisi dengan pelbagai jenis ikan.

Its Koi Feeding Time!!! Waktu memberi makan ikan koi ni pada jam 10 pagi dan 1.30 petang. Ikan koi di beri makan dengan menggunakan botol susu!! Menarikkan? 

Artikel daripada Berita Harian
Seterusnya, kami dapat lihat ikan air tawar yang terbesar di dunia iaitu Arapaima. Ada yang mengatakan Ikan Arapaima ini boleh membesar sehingga 4 meter panjangnya dan berat 200kg! Kami diberi peluang untuk memberi makan Ikan Arapaima ini dengan ikan-ikan bersize kecil. Sekali si Arapaima ni ngap gedebush kuatnya bunyi percikan air. Gerun tengok size nya yang sangat besar!
Kehitaman itu adalah Ikan Arapaima. Besar kan?




Rezeki kami dapat melihat burung merak serlahkan kecantikkannya walaupun dari belakang je! Hahahahah! Merak ni je yang tunjuk skills kat kami, yang lain semua penat dah kot. Hehe. 
Boleh masuk ke kandang rusa untuk memberi makan dengan lebih dekat lagi.
Deer Feeding dilakukan pada jam 10.45 pagi dan 3.15 petang. Untuk sesi memberi makan kepada rusa ini, beberapa orang pengunjung dibenarkan masuk ke kandang rusa dan diberi makan kepada rusa dengan lebih dekat lagi. Nak bergambar nak berselfie pun boleh! Hehe.

Yang sekor ni makannn je pantang hulur tangan!Haha.
Next Ostrich! Yang ni tak boleh buat main tau! Kalau hulur dengan tangan kosong, memang jadi mangsa patukkannya lah nanti. Gee takot nak bagi makan sebab kena letakkan makanan di tapak tangan dan dihulurkan di tepi kandang Ostrich. Yang mana kelaparan memang akan datang mematuk makanan yang ada. Dah terlebih friendly pulak ostrich kat sini. haha.



Anak-anak Gee tak pernah tengok lagi buaya secara live! Bila di Wildlife Park ada juga buaya dan siap ada sesi Crocodile Fishing lagi lah mereka teruja. Sesi crocodile fishing ni diadakan pada hari tertentu sahaja pada jam 11 pagi dan 4 petang. Buaya - buaya akan membuat show pada pengunjung seperti melompat ke dalam kolam dan juga makan makanan yang dihulurkan oleh pengunjung. 

Incik suami Gee tak lepaskan peluang untuk merasa sendiri pengalaman memberi makan kepada buaya. Pengunjung diberi satu batang kayu dan dihujungnya diletakkan isi ayam (makanan buaya) dan kemudian dengan cara panggilan tersendiri oleh pekerja terlatih, buaya itu akan menyambar makanan di hujung kayu tadi. Kata incik suami, kuat juga buaya tu sambar! Patutlah orang lain dikehendaki berada beberapa langkah ke belakang ketika sesi memberi makanan kepada buaya. 


Welcome to kids zone!! Di kids zone ini anak-anak boleh bermain sendiri dengan haiwan-haiwan yang jinak seperti arnab, ikan kecil untuk di tangkap dan dilepaskan semula (catch and release) dan hamster. Kids zone ini dibuat berpagar dan bersebelahan dengan cafe Wildlife Park di mana Gee dan incik suami boleh tengok mereka dari cermin kaca cafe je. Kata Mr John, kanak-kanak ni mereka tak kenal erti penat walaupun hakikatnya dah setengah hari di sini. Maka tujuan cafe itu dibuat supaya parents boleh berehat dengan tenang tanpa perlu memikirkan keselamatan anak-anak ketika berehat. Ada beberapa orang pekerja ditugaskan menjaga pintu pagar dan juga meninjau aktiviti anak-anak di kids zone.

Gee dan incik suami menikmati coffee ais sebagai penyejuk tekak dan bekalan tenaga yang hampir kehabisan! Hahaha. Anak-anak pula teruja dengan banana split yang dihidangkan dalam portion yang agak banyak sampaikan ibu pulak yang kena habiskan. Incik suami Gee tak cukup sejuk lagi dengan coffee ais, di makan pulak eskrim kon! Betul - betul recharged tu! Haha. 

Posing istimewa daripada GM Wildlife Park Langkawi, Mr John.
Certificate of Excellence From TripAdvisor untuk 5 tahun berturut-turut iaitu tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan terkini tahun 2017. Memang highly reccomend kalau datang ke Pulau Langkawi, korang mesti selitkan beberapa jam di sini. Jangan lupa ambil sorang tour guide dengan hanya bayaran RM 20 sahaja dan semestinya tour guide ini akan melengkapkan perjalanan anda nanti.


5 TIPS SEBELUM MEMASUKI WILDLIFE PARK DARI SIS GEE

1. Pastikan anak - anak dah diberi makan dahulu.
2. Peruntukkan sekurang-kurangnya 3 jam di sini.
3. Bertanyakan dahulu pada pihak Wildlife Park berkenaan masa dan hari show haiwan yang diadakan.
4. Bawa bekal air masak / air mineral.
5. Pakaikan anak-anak kasut bertutup untuk memberi keselesaan maksima kepada mereka.


Thank you so much for this awesome team with 'sempoi bos' Mr John!
Semestinya percutian kami ke Langkawi menjadi pengalaman yang sangat bermakna terutamanya anak-anak yang dalam proses pembelajaran kehidupan di sekeliling mereka. Semoga  WILDLIFE PARK LANGKAWI terus sukses di mata dunia! Jumpa lagi pada next trip kami ke Langkawi!! Cant wait!

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi :




ALAMAT : Lot 1485, Kg Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, Langkawi

TELEFON : 04 966 5855 
















You Might Also Like

11 komen

  1. seronoknyaaa sis gee :D kite tak gi lagi wildlife dekat langkawi ni...

    ReplyDelete
  2. Best giler kat dlm ni. Tapi please ambik tour guide coz ue will never gain knowledge without them

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak haiwan dalam ni ya..
    Menarik sangat bila dapat jumpa dan beri makan secara direct kepada haiwan haiwan liar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah husniey!!bertambah seronok kanak-kanak ribena itu..haha

      Delete
  4. untungnya dapat pergi langkawi kita kat kedah tak pernah nak sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kena plan tu untuk honeymoon!!yeszzaaa....hehehehe

      Delete
  5. Bestnye lama x g langkawi.. Mcm2 da ade ye skrg.. Nk kna ltak dlm list la lpas ni

    ReplyDelete