FOOD REVIEW

Menikmati Selera Kampung Di RESTORAN SELERA AKMAL LANGKAWI

April 10, 2018
Pilihan menu lauk pauk yang berlambak - lambak penuh meja, dari lauk ikan, ayam, daging, makanan laut sehingga ke ulam-ulaman. Setelah kami sampai ke Pulau Langkawi semestinya perot dah menyanyi lagu 'jampi' untuk minta diisi. Perjalanan dari jeti Kuala Perlis yang mengambil masa 45minit di dalam feri membuatkan semua dah tak sabar nak cari makanan apa yang best di Langkawi ni.

Ya! Dah nama pergi melancong, tak kan nak cari makanan biasa yang kita duk makan kan? Mestilah nak merasa makanan selera Langkawi macam mana pulak. 


Pilihan Restoran Yang Tepat!!!

Nampak meriah tak lauk pauk tu? Korang sebut je jenis masakan apa? Kari? Masak lemak? Sup? Masak kicap? Masak merah? Percik? Kerabu? Panggang? Bakar? Semuanya ada si sini u ols!! Tu Gee tak mention lagi semua jenis lauk pauk yang ada. Mau 3 hari 3 malam Gee mengarang entry ni nanti. Kikiki. Nak tahu kat mana?

RESTORAN SELERA AKMAL LANGKAWI 

Lokasi Restoran Selera Akmal terletak di Jalan Lapangan Terbang, berhadapan dengan tandas awam. Restoran di buka seawal 8.30 pagi sehingga ke 7 petang. Bermula dengan menu sarapan, makan tengah hari dan seterusnya menu makan petang, semuanya ada di sini! Kebanyakan lauk pauk yang dimasak di Selera Akmal ini adalah hasil laut yang segar dari perairan Langkawi



Untuk pengetahuan korang, kebanyakan mereka yang datang adalah dari orang tempatan. Gee sempat bersembang dengan beberapa pelanggan yang datang. Kebanyakan mereka datang makan di Selera Akmal kerana pilihan lauk yang banyak dan juga tahap kebersihan kedai yang terbaik


Satu-satunya restoran menyediakan Beras Perang

Pemilik kedai, Mak Teh menyediakan 2 pilihan nasi bagi mereka yang berkunjung ke Restoran Selera Akmal. Kata Mak Teh, tak semua pelanggan makan nasi putih dan ramai sekarang yang nak menjaga kesihatan dengan pengambilan beras perang. Maka Mak Teh mengambil inisiatif menyediakan 2 pilihan nasi kepada pelanggan yang datang. Bagus kan? 

Mak Teh ( tudung hijau ) sibuk melayan pelanggan di kaunter bayaran
Rambang Mata Melihat Pilihan Makanan

Apabila melihat deretan lauk pauk untuk makan tengah hari, kami terpana seketika. Haha! Banyak pilihan dan semuanya menarik. Biasanya pilihan banyak tapi kelihatan kurang menarikkan? Ni tengok sup pun dah rasa nak cedok, apatah lagi tengok masakan percik dan bakar!

Penuh pinggan Gee dengan lauk pauk!
Korang wajib cuba Kerabu Bronok!! Korang nak tahu rupa sebenar bronok, korang google.  Bronok ni spesis hidupan laut jugak seperti gamat. Jangan terkejut tengok rupanya sebab rasa dia liat-liat gitu. Memandangkan kerabu bronok merupakan masakan tempatan, maka kami semua tak lepaskan peluang merasainya. First time kot bagi Gee dan incik suami makan bronok. Rasa sedap juga dibuat kerabu bronok ni. Korang wajib cuba!!
Artikel review dari Sinar Harian
Pelbagai pilihan menu selain nasi berlauk

Ada ketika, tekak kita ni nak makan makanan yang tidak terlalu berat seperti nasi berlauk. Korang jangan risau, Restoran Selera Akmal ada menyediakan pelbagai menu lain seperti lontong, laksa, laksam dan mee rebus. Selain itu, ada juga pemanis mulut pengat pisang untuk korang cuba. Gee suka pengat pisang di Selera Akmal ni sebab rasa tak over manis gula. Hehe. Orang Ganu kata, 'Manis Leting' maksudnya manis yang terlampau! Haha.

My favourite laksa utara!!

Laksam Utara
Mee Rebus Utara
Pengat Pisang
Gee cuba beberapa minuman istimewa di Selera Akmal ni iaitu Teh Peng Buih, Nescafe O Buih dan Limau Asam Boi. Semestinya antara ketiga minuman ni Gee paling suka Limau Asam Boi!

Antara minuman special di Selera Akmal
Wajib Cuba Cendol Selera Akmal!

Gee ni antara penggemar cendol! Kalau cuaca panas, pekena air cendol memang terbaik! Kalau ke utara, tak pekena cendol memang rugi! Cendol di Selera Akmal ni menepati citarasa Gee sebab rasa lemak manis sangat kena dengan selera Gee.

penuh dengan cendol!!
APA KOMEN SIS GEE?

Kalau berkenaan menu, pilihan dan rasa, Gee dan incik suami 200% berpuas hati. Bab kebersihan yang kebanyakan kedai makan kureng mengambil berat Gee nak ulaskan kat komen ni. Tahap kebersihan kedai memang payah nak cari di kedai makan lain. Gee sempat juga menjeling ke dapur dari kaunter bayaran. Kikiki. Lantai, keadaan dapur memang bersih u ols!! Memang betul lah apa komen pelanggan lain yang datang. Semuanya memperkatakan kedai makan Selera Akmal ni bersih! Kedai makan bersih, baru rasa terjamin nak makan. Tak gitu?

Muka kepuasan dapat makan sedap! Haha
Korang yang ada merancang nak ke Langkawi, Gee sangat reccomend kan Restoran Selera Akmal ini untuk makan tengah hari. Rugi sangat kalau korang tak cuba makan kat sini! Serius ni tau! Korang boleh juga hubungi mereka untuk bertanyakan lebih lanjut :



TELEFON : 012 5944638

LOKASI : RESTORAN SELERA AKMAL, 12, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi, Kedah.

TERIMA KASIH MAK TEH DAN SEMUA TEAM RESTORAN SELERA AKMAL!











You Might Also Like

4 komen

  1. mercikkk masuk blog gee hahahhaha menu makanan sokmo buat ore terliur jah ni

    ReplyDelete
  2. Fulamak .. memang selera kampung sangat tengok menu- menu ..temptingg sangat ..

    ReplyDelete
  3. memang bersih kedai Mak Teh Restoren Selera Akmal ni.
    hidangan pun sedap belaka so memang akan puas hati

    ReplyDelete
  4. Lama x ke langkawi.
    Rinduuuuu.
    Laksa sekoq :-)

    ReplyDelete