LHDNM TERUS LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

April 25, 2018
Bertuah rasanya harini, 25 April 2018, Gee berpeluang untuk mengikuti Program Tanggungjawab Bersepadu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Setiu, Terengganu. Misi utama program ini adalah menyatukan lembaga hasil dengan masyarakat sekeliling melalui pelbagai aktiviti serta pencerahan yang lebih jelas berkenaan maklumat percukaian.  

Bersama blogger Sis Hawa dan blogger Husniey Husain

Persembahan Koir
Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu (dua dari kiri), Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM (satu dari kiri), Puan Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu (dua dari kanan), Encik Mohamad Rosli Mamat, Timbalan Pengarah Cawangan LHDNM Kuala Terengganu (satu dari kanan) semasa merasmikan Program Tanggungjawab Sosial LHDNM 

Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) diteruskan dengan penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu iaitu : 

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik

2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap

3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong

4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya

5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong






Bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat. 

Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat
Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”. Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.


Sebagai rekod, pada tahun ini sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, diikuti dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan, seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah, penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini. 

Bersama Membangun Negara #HASIL
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL

5 comments:

  1. Alhamdulilah semua berjalan lancar, tahniah to LHDN kerana adakan program sebegini

    ReplyDelete
  2. seronok dpt join event cam ni. untuk pengetahuan. chaitok bpt !

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Bagus buat program-program macam ini..

    ReplyDelete
  4. bestnya tengok LHDNM buat program macamni

    ReplyDelete
  5. bestnya tengok LHDNM buat program macamni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.