KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

by - April 15, 2018

Antara kelengkapan anak-anak yang mesti Gee bawa walau ke mana sahaja adalah tisu basah. Sengsara sungguh kalau tiba-tiba terlupa bawa atau kehabisan stok dalam handbag. Al maklumlah, anak kecilnya ada 4 orang, tisu basah ni keperluan sangat bila makan keropok dalam kereta, sesudah bermain di playground dan juga di kedai makan. 

Penggunaan tisu basah ini sangat penting juga untuk kita membasmi kuman dan bakteria yang mudah berjangkit pada anak-anak.


Permulaan yang baik kearah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan di mana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Ya, tidak semua tempat dan ketika ada air dan sabun untuk mencuci tangan serta kotoran pada anak-anak. Pada saat ini,  semestinya Gee amat memerlukan tisu basah untuk mereka untuk memastikan tahap kebersihan mereka sentiasa terjaga.


Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak - kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak - kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak - kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak - kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan  di kediaman atau di dalam kereta.


Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak - kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahu pun aktiviti kokurikulum. Amalan - amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.


Hadir dalam dua variasi buah - buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah - buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formal dehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak - kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.


Kedua - dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh di dapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).
*Hargatermasuk GST.


                                                          

You May Also Like

8 komen

  1. best carrie junior ni.masa2 kecik2 dulu rabia pakai sabun carrie juniour ni

    ReplyDelete
  2. awa pun pakai jenama yg sama kat anak. Best!! wangiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulll yang penting no alkohol no paraben!

      Delete
  3. Suka benda-benda yg cute n comel mcnie...

    ReplyDelete
  4. lembut dan wangi wipes nie..saya gunakan untuk anak2 juga

    ReplyDelete
  5. comel la packaging dia.. suka tngokk.

    ReplyDelete