FOOD REVIEW

Kenapa Kena Booking Dulu Kalau Ke SAM CAFE WANG ULU, KANGAR, PERLIS

April 06, 2018


Apa first impression korang bila tengok cafe atau restoran di dekorasi seperti gambar kat atas ni? Kalau Gee, dah terbayang dah nak buat birthday dinner ke, anniversary dinner ke sebab dekorasi tempat makannya sangat eksklusif!! Buat pertama kali Gee nampak kedai ni dari dalam kereta dah terdetik 'woww' nya kedai makan ni. Kenapa deko kedai dia lawa sangattt!!

Jom baca restoran mana pula di Utara ni yang Gee, blogger Sis Hawa dan blogger Mek Yunie pergi terjah.  


SAM CAFE WANG ULU, KANGAR, PERLIS

Perjalanan Gee dari Putra Brasmana Hotel ke Sam Cafe Wang Ulu hanya memakan masa 20 minit sahaja. Di sebabkan Gee dan Mek Yunie tak berapa biasa dengan peta di Perlis ni so kami guna google maps je untuk sampai ke Sam Cafe Wang Ulu. Sangat mudah! Owh Sis Hawa datang dari rumah bondanya so Gee dan Mek Yunie je konvoi dulu.


WELCOME TO SAM CAFE!!!

Kebetulan kereta Gee dan Mek parking bersebelahan je dengan tempat pekerja sediakan air dan juga kaunter bayaran. Bila mereka tengok kami terus bagitahu yang semua tempat dah FULLY BOOKING!! Alamak! Camano ni? Bila Gee maklumkan yang kami datang dari Kelantan dan Terengganu, dah whatsapp dan bla bla bla bla barulah mereka teringat dan memang dah reserved siap dah tempat untuk kami. Hahahaha.

Bila tengok keadaan pekerja di kaunter yang non stop, tempat yang FULLY BOOKING, Gee fikir mesti ada sesuatu yang ada di SAM CAFE ni tapi tiada di restoran lain. Setelah kami memesan menu istimewa dari Sam Cafe, Gee ambil peluang untuk meninjau sendiri keadaan sekeliling Sam Cafe dan sempat juga bersembang dengan beberapa pelanggan yang datang di Sam Cafe pada malam tersebut.

Tingkat Atas Yang Menjadi Tumpuan Pelanggan
Lokasi bersebelahan dengan UNIMAP ( Universiti Malaysia Perlis ) membuatkan Sam Cafe ini merupakan salah satu tempat makan dan lepak yang terbaik di Perlis. Pelajar-pelajar dari UNIMAP hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke Sam Cafe ini. Kebanyakkan yang sempat Gee bersembang adalah pelajar dari UNIMAP lah! 

KOMEN MEREKA ' Lepak kat Sam cafe best sebab suasana dia, tempat yang selesa dan harga yang sangat affordable! '



Nak tengok gambar dan suasana Sam Cafe di waktu siang? Jom layan beberapa gambar sumber dari Facebook Sam Cafe Wang Ulu.

Tempat parking yang sangat luas

Tingkat atas tiada bumbung dan sangat best bila melepak di malam hari

Amacam? Terpesona tak tengok tempatnya? Untuk pengetahuan korang ada juga ruang makan yang berhawa dingin bagi mereka yang tidak selesa berada di luar. Untuk mereka yang nak menyambut hari istimewa serta nak buat dekorasi belon-belon pon boleh kat sini. Cumanya, korang HARUS TEMPAH AWAL untuk mengelakkan daripada keciwe. Hahahaha!
Susunan meja di tingkat atas yang boleh di tambah mengikut keperluan
Kelainan dan keunikan rasa makanan yang tersendiri!! Terdapat pelbagai pilihan menu masakan dari barat dan juga masakan panas biasa. Antara menu yang mesti korang cuba bila datang ke Sam Cafe Wang Ulu ini adalah Kuew Teow Kantonis, Mee Goreng Mamak, Crispy Chicken Chop, Cheesy Crispy Chicken, Sang Kaya, dan Shell Out.


Crispy Chicken Chop : Portion besar, sos banyak dan yang penting anak Gee makan dengan senang hati! 
Kuey Teow Kantonis : My favourite!! 5 bintang!! Sebelum makan, perah limau nipis dan makan sampai tak perasan EH! dah habis? Hahahaha!

Mee Goreng Mamak : Rasa dia sangat luar biasa!! Sampaikan Mek Yunie tak terkata betapa sedapnya mee goreng mamak ni! Hihi

Shell Out : Ni sangat berbeza dengan shell out biasa. Gee suka kepedasan dia dan juga cara hidangan di atas daun pisang. Resipi shell out ni adalah resipi asli Sam Cafe so memang patut rasa dan rupa dia tak sama dengan Shell Out yang kita biasa makan. Korang MESTI CUBA!! 

Sang Kaya : Menjadi hot menu kerana kesedapan HOMEMADE KAYA yang dibuat sendiri. Rasa kaya dia lemak manis tau dan semestinya anak-anak Gee suka!!
Untuk minuman pula antara minuman yang MESTI KORANG CUBA adalah Jus Lemon Asam Boi, Jus Epal Asam Boi, Mocha Float, Caramel Machiato Float, Sam Kopi Kampung dan juga Kopi Legend.

Mocha Float


Apple Asam Boi Juice memang terbaik!!

Nampak tu banyak mana air epal asam boi? Memang puas hati!!
APA KOMEN SIS GEE?

Keseluruhan makanan memang terbaik sebab rasa makanan ada kelainan dan keunikan tersendiri. Gee suka layanan staf mereka walaupun dalam keadaan sibuk tapi tetap tersenyum bila Gee bertanyakan berkenaan menu yang menarik di sini. Yang paling win adalah dekorasi dan juga suasana damai di restoran dengan angin sepoi-sepoinya, takde bising dan bau asap kenderaan, memang terbaik. Next time kalau Gee dan family datang ke utara lagi, semestinya kami akan booking untuk dinner di Sam Cafe Wang Ulu ni. Tapi Gee nak booked rooftop pulak ye.. Hehehe..

Nak tahu story mory Sis Hawa dan Mek Yunie tentang Sam Cafe?

BACA SINI :



Team SAM CAFE WANG ULU
Korang kalau nak datang jangan lupa tau booking dulu! Nanti rugi sebab full house tak dapat nak menikmati menu istimewa di sini. Untuk urusan tempahan dan juga pertanyaan lanjut, korang boleh hubungi :

FACEBOOK : SAM CAFE WANG ULU


TELEFON : 0164355040 ATAU 04-9764077

WAKTU OPERASI : 5 PETANG HINGGA 11.30 MALAM
















You Might Also Like

11 komen

  1. syok aahhh tempat dia gee..siap bleh atas bumbung....yg ade langsir tu pon syokkk

    ReplyDelete
  2. aduihhh dudu... sedap blako nampok pesen.... x rajin sapa lg ni wang ulu... keno g try ni,,,, hehe

    ReplyDelete
  3. cantiknyaa tempat dia. CR suka tmpt camni sbb nk amik gmbr.hehe

    ReplyDelete
  4. Sedap pula tengok makanan dia tu

    ReplyDelete
  5. Kalau dekat KL ni mau lergi esok je rasanya

    ReplyDelete
  6. sies mee goreng mamak dia superb !
    lupo pulok gambor ramai-ramai ni. huhuh

    ReplyDelete
  7. Selalu CCL dgn kawan2 celebrate or reunion kat sini .. lepak atas rooftop tue memang best dengan kawasan yg outdoor yg menarik ..memang cantik . Makanan pun sedap2 ..dah banyak kali CCL ke sini .. walaupun ramai tempat tak begitu crowded sangat dan sangat selesa

    ReplyDelete
  8. ssampai Perlis wajib singgah.. happening!

    ReplyDelete