Blog Popular dan Terbaik Malaysia Mac 2018

April 07, 2018


Blog Popular dan Terbaik untuk Gee senaraikan bagi bulan Mac 2018 ini adalah berdasarkan kekerapan kami berbual di whatsapp, berbalas komen di Facebook dan juga di Instagram. Ni antara blogger yang Gee pilih dari Team Blogger Pantai Timur di mana group ini baru ditubuhkan tahun lepas dan Alhamdulillah ahli team dah hampir 40 orang.

CARA PEMILIHAN NO 1 HINGGA NO 10 : Gee pilih 10 blogger kemudian Gee generate randomly menggunakan aplikasi Random Generator untuk tentukan siapa no 1 hingga no 10.

Jom kita tengok senarai 10 Blog Popular dan Terbaik Malaysia Mac 2018 yang dipilih oleh Gee sendiri.

1. KAK SHEILA [ www.sheilainspire.com ]

Gee mula rapat dengan Kak Sheila ketika Gee korek-korek tips sambung belajar dengan Kak Sheila. Bila dapat tahu Kak Sheila bekerja dalam masa yang sama sambung belajar, dengan nak uruskan family dan anak-anak 3 orang, Gee rasa sungguh memberi inspirasi. Memang kena nama blog dengan tuannya. Gee dah jumpa tau dengan Kak Sheila bulan Mac yang lepas di Perlis. Excited lain macam kalau kita first meet up dengan blogger ni. Hehe. Orangnya kecik molek je, kalau dengan anak-anak dia, nampak seperti kakak dengan adik-adik. Kak Sheila suka update kat blog kisah yang boleh bagi motivasi dan pengajaran untuk kita. Selain itu, beliau juga suka update kisah anak-anak dalam blog. Nice knowing and meeting you Kak Sheila!

2. HUSNIEY [ www.husnieyhusain.com ]


Kalau korang suka travel, lekas - lekas follow blog Husniey ni sebabnya dia dan incik suami kaki travel! Gee dah 3 kali rasanya jumpa dengan Husniey. Kami ada pergi event sama-sama, makan sekali, berspa sama-sama. Memang best sembang dengan Husniey sebab dia seorang yang suka sharing. Lepas ni kalau ada apa-apa event di Ganu ni semestinya Gee akan pergi dengan Husniey. Hehe. Owh!! Korang kalau nak holiday kat Pulau di Terengganu ni baik korang deal dengan Husniey sebabnya beliau ada juga buat beberapa pakej pulau yang sangat affordable dan menarik! Dengar-dengar, ramai customer repeat dengan Husniey kalau nak ke pulau. Nampak tu kan petanda service yang Husniey tawarkan camane. All the best ye Husniey!! Nanti kita jumpa lagi!

3. CIK MAR [ www.shalimaryusof.com ]
Pada awalnya Gee konfius nak panggil Cik Mar ni Shalimar ke Sha ke sebabnya panggilan nama di blog kalau tak silap Sha. Gee lupa camane boleh lekat panggil beliau Cik Mar ni. Hehe. Gee belum pernah jumpa Cik Mar tapi Gee rasa rapat kalau bersembang di group. Merapu-rapu je sembang! Hahaha. Cik Mar suka update entry berkaitan isu-isu semasa, tips kecantikan dan kesihatan dan juga resipi-resipi yang semestinya mudah dan cepat! Baru-baru ni Gee ada update berkenaan dominos pizza kan? Haaa.. ni lah blogger yang sponsor voucher dominos tu. Hehehe. Ada lagi tak voucher lebih Cik Mar? Kikikiki.

4. SIS HAWA [ www.sishawa.com ]
Sis Hawa merupakan rakan blogger pertama Gee yang Gee boleh sembang seperti dah kenal 10 tahun. Gee kenal Sis Hawa dari make over blog Gee, daripada situ Gee selalu mintak dia share tips blogging. Sis Hawa bukan sejenis yang kedekut ilmu sebab di blog beliau sendiri ada pelbagai tutorial untuk panduan pembaca. First time jumpa masa Gee ke Kota Bharu beberapa bulan yang lepas dan kali ke dua pada Mac yang lepas. Setelah berjumpa, bersembang dan mengenali antara satu sama lain, Gee nampak personaliti Sis Hawa sangat berbeza dengan apa yang Gee fikirkan! Wei dia seorang yang sangat Happy Go Lucky dan sangat friendly!! Hahahaha. Gee salute cara dia blogging di samping menjadi seorang surirumah yang mempunyai 6 orang anak. Perghh!! Terbaiklah!

5. ABE KIE [ www.zukidin.com ]

Abe Kie ni Gee ibaratkan seperti seorang Abang Long dalam Team Blogger Pantai Timur. Seorang yang sangat konsisten update blog walaupun bergelar seorang Sir di sekolah. Boleh bayangkan tak Abe Kie pegang rotan marah budak sekolah? Hihihi. Abe Kie ni suka juga anjurkan giveaway dan contest di blog beliau. Hadiah memang tip top lah sebab Gee sendiri pernah menang giveaway di blog beliau. Dalam kesibukkan seorang cikgu, Abe Kie sangat rajin blogwalking dan juga support mana-mana contest blogger lain. Siapa tak kenal Abe Kie kan? Hehehehe.

6. CIK ASH [ www.cikash.com ]
Kalau korang nak cari resipi masakan melayu asli sila terjah ke blog Cik Ash. Berlambak wei resipi. Dah la hari-hari masak. Salute lah! Hehe. Gee sendiri pernah bertanya dan mencuba resipi yang Cik Ash update di blog. Hehe. Owh kalau korang nak tahu, Cik Ash ni antara ratu contest tau! Murah sungguh rezeki Cik Ash dapat menang contest. Tapi memang Cik Ash rajin tau join dan support contest dari blogger lain. Bagus kan? Kena banyak belajar dari Cik Ash ni. Hehe.

7. NICK NASHRAM [ nicknashram.blogspot.my ]


Lagi sorang Sir dalam team blogger pantai timur. Haha! Nick merupakan seorang sifu dalam adsense! Haaaa kalau korang nak tahu details berkenaan adsense sila terjah ke blog beliau untuk melihat sendiri tips dan info adsense yang dikongsi oleh beliau. Gee pun ada minta pertolongan beliau untuk akaun adsense Gee walaupun ku tak faham sangat tapi beliau sangat membantu! Langsung tak kedekut ilmu blogging. Thank you Nick!

8. SHIKIN RAZALI [ starlavenderluna.blogspot.my ]



Gee kenal dengan Syikin daripada team Blogger Pantai Timur. Seorang yang pandai mengurut dan ada juga membuat servis mengurut untuk wanita je ye. Hehe. Nasib Syikin tinggal di luar Ganu, kalau ada dalam Ganu mesti Gee dah booking Syikin sebulan sekali untuk urut. Hahahahaha. Kalau nak tahu, Shikin ada buat segmen yang menarik tau di blog beliau seperti segmen Sahabat Blogger di mana Shikin akan buat review seorang blogger pilihan beliau dan di ulaskan dalam satu entry. Best kan kalau terpilih? Hehe.

9. MEK YUNIE [ ajussix.blogspot.my ]



Buat pertama kali Gee berjumpa dengan Mek di Kota Bharu beberapa bulan yang lepas. Mek ni rupanya sangat ramah tamah orangnya walaupun kita baru kenal dan baru bersua muka. Haha. Kali ke dua kami jumpa masa buat trip ke utara bersama Sis Hawa bulan lepas. Bila dah beberapa hari bersama, terasa seperti satu family dan Gee harap hubungan ni akan kekal selamanya antara kita. Hehe. Mek ni orangnya mantain kurus je walaupun anak dah 2 orang dan walaupun dia selalu up entry jalan-jalan cari makan di blog. Jeles lah mek! i nak kurus jugakkkk! Hahahaha! So Mek, next kita nak gi jalan-jalan mana pulak? Hahahaha!

10. LEA AZLEEYA [ www.leaazleeya.com ]


Lea ni ratu review tau! Hehe. Ada banyak juga Lea update entry berkenaan produk kesihatan dan kecantikan di blog beliau. Gee suka cara Lea tulis entry, cara gambar di ambil dan juga video lea buat pun best! Walaupun sibuk bekerjaya dan juga uruskan family, tapi lea tetap dapat aktif blogging dengan keluarkan entry-entry baru di blog. Cayalah lea!! Gee harap ada kesempatan dan jodoh untuk berjumpa dengan lea suatu hari nanti. Boleh Gee godek-godek apa tips blogging dari beliau!! Hehe.

11. SIS GEE [ www.sisgee.com ]


Its Me!!!Nak masuk carta jugak walaupun No 11. Kikikiki. Meh Gee share Gee ni suka menulis tentang apa. Tapi kalau nak bercerita tentang apa yang Gee suka update, rasanya korang boleh tengok dan baca apa yang Gee selalu up di blog. So nak tahu apa yang Gee tak suka tulis? Gosip artis! Gee fikir kalau gosip tu tak betul terasa macam Gee fitnah mereka pulak. Jadi lebih baik kita tulis cerita artis yang elok-elok sahaja dan juga fakta cerita. Gee masih lagi dalam proses belajar dalam blogging ni so korang sila tunjuk ajar saya ye. Thank you semua!!

JOM BLOGWALKING!!
Untuk mereka yang tidak disenaraikan, blog korang bukan tak popular dan terbaik ye. Kita tengok bulan depan blogger mana pula masuk carta. Hehehe. Terima kasih kepada semua ahli Team Blogger Pantai Timur yang sentiasa memeriahkan group kita dengan pelbagai info, tips dan juga sembang mak jemah di kala kesunyian. Hahahaha. Korang dah kenal ke semua mereka? Jom terjah blog mereka dan memperkukuhkan hubungan sesama blogger. Hehe.

Antara 10 blogger ni, blogger mana korang dah bff?   

20 comments:

  1. ratu contest sangat.. nok pencen doh eh hahahahah

    ReplyDelete
  2. Wehuuu 😍 No 9 💪🏻
    Alhmdulillah. Harap ukhwah kita tak putus la. Next will be Gambang !

    ReplyDelete
  3. Tahniah semuaa.. hebat belaka..😍

    ReplyDelete
  4. Wahhh..tapi memang inilah antara blog teambpt yang popular

    ReplyDelete
  5. Rajin gee revuew saty satu blog.ada yang mimi familiar ada yang tak.nanti nak terjahlah blog yang mimi tak pernah singgah tuh

    ReplyDelete
  6. Ahaha..sha tuh nama panggilan belah2 perak je..sebab dieorang terikut suami cikma panggil..dulu bhasakn diri NS..lepas tu baru stand dgn Sha..tp cikma..mar..kakma..tu memg panggilan keluarga..dan kawan2..kiranya yg rapat laa..ngn bpt kite pilih cikma sebab awok2 kite..

    ReplyDelete
  7. ahaha.... olohhh la... terima ksih sis gee byk2.... terharu rasanya... hebat2 blako tu.... kita suam2 kuku jah.... keke... wah no 11 tu tukar ngn wak mula2 tu br betul....

    ReplyDelete
  8. Assalam, Gee. Terima kasih byk2 sbb berjaya masuk top 5. Terasa mcm masuk Academy Awards plak.

    ReplyDelete
  9. Wahhh tahniah pd yang tersenarai

    ReplyDelete
  10. Tahniah semua yang tersenarai.. keep it up

    ReplyDelete
  11. Bestnya yang ada dalam senarai tu.. tahniah

    ReplyDelete
  12. Orait..Will visit when free... =)

    ReplyDelete
  13. semua saya familiar kecuali yang no.7 & 9 tu. nak singahh jap hehehe.

    ReplyDelete
  14. blog nick nashrim je tak pernah terjah lagi

    ReplyDelete
  15. Waaahhhh!!!! sayang team #BPT

    Seronok dapat berkenalan dengan akak2 semua

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, thanks sis Gee, dan semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan.. =)

    ReplyDelete
  17. Memang popular ..sebabnya entri2 blog diorang meletup- letup kebabbboom ..heheh setiap minggu mesti terjah

    ReplyDelete
  18. Happy go lucky la syok!! Gee pun sama je awa tengok =D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.