TIPS

9 Keperluan Bayi Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital

April 21, 2018
Eh eh tetiba teringatkan pengalaman bersalinkan Geng 4A tu. Ada la tu yang fikir kot Sis Gee nak tambah A ke 5 pulak kan... Rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari. Tapi rezeki A ke 5 belum ada lagi so kita refresh buat throwback je la ye pengalaman bersalinkan Arsyad, Amani, Ardini dan Aqil. Hehehe. #sisokeyjeanakramai Hahahaha!


Meh Gee share apa 9 barang keperluan bayi yang sangat penting untuk si ibu dan si ayah sediakan supaya nanti tak de drama kekalutan ke pasaraya last minute mencari keperluan bayi. Heheheh!

9 KEPERLUAN BAYI YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL

1. Pampers

Sedia maklum bayi yang baru lahir sangat memerlukan pampers yang banyak. Untuk mengelakkan ruam, disarankan untuk menukar pampers baby sebaik sahaja mereka membuang. Kulit bayi sangat sensitif so lebih baik kita berjaga-jaga sebelum ruam yang teruk terjadi pada kulit mereka.

2. Pakaian Bayi

Untuk newborn, memadai sediakan baju sahaja kerana baju pun dah besar untuk mereka. Tambahan pula, nanti kita akan membedung mereka untuk lebih selesa. Gee akan sediakan 3 helai baju lengan pendek dan 3 helai lengan panjang.

3. Stokin Bayi

Stokin bayi sangat penting untuk mengelakkan mereka daripada kembung perut. Seperti ibu berpantang, pemakaian stokin sangat penting kan? Belikan stokin yang material cotton dan tidak terlalu tebal serta tidak terlalu nipis. Memadai sediakan 4 pasang stokin untuk di bawa ke hospital.

4. Barut Bayi

Pemakaian barut bayi yang konsisten serta terletak elok pada perut bayi dapat mengelakkan perut bayi kembung. Ikatan barut jangan terlalu ketat sehinggakan menyukarkan bayi untuk bernafas. Material barut mestilah kain cotton yang sejuk. Untuk ke hospital, barut boleh disediakan 5 ke 6 helai.

5. Kain Bedung

Kain bedung ni boleh dijadikan selimut juga sebabnya size yang besar. Gee guna kain bedung untuk alas tidur baby dalam cot baby, dibuat kain bedung dan juga dijadikan selimut. Mudahkan? Alas bayi perlu kerana ada ketika bayi muntah susu atau terkena poo poo.

6. Kain Lampin

Kain lampin merupakan keperluan juga untuk kita si ibu ketika menyusu dan susu terlalu banyak. Susu ibu bila terkena kulit bayi yang sensitif akan menyebabkan ruam. Selepas menyusu, basahkan kain lampin dan lap sekitar pipi dan mulut bayi untuk memastikan mereka tidak terkena ruam susu. Memadai bawa kain lampin 4 helai untuk kegunaan 2 hari 1 malam di hospital.

7. Tisu Basah

Paling penting untuk memudahkan ibu membersihkan poo poo bayi. Keadaan ibu selepas bersalin agak sukar untuk bergerak sendiri. Makanya bila bayi poo poo, mudah untuk kita guna tisu basah untuk bersihkannya. Sediakan je 1 pack kecil tisu basah untuk dibawa ke hospital.

8. Kelengkapan Mandi

Bayi mandi tak macam anak yang berusia setahun. Hehe. Nak mudah, beli travel pack toilettaries yang ada sabun mandi, shampoo, lotion dan bedak. Semuanya pack kecil so amat mudah untuk selit je dalam beg hospital nanti.

9. Minyak Telon

Sangat penting!! Minyak telon di sapu di bahagian perot, belakang badan, tapak kaki dan belakang betis untuk mengelakkan kembung perut. Minyak telon tak perlu beli yang panas sehingga boleh pedihkan kulit dan mata bayi. Cari minyak telon yang sesuai untuk bayi serta produk lulusan KKM wokeh!

Perkara yang paling dirindui adalah saat ketika bermulanya sakit contraction sehinggalah baby keluar. Sangat rindu! Alhamdulillah Geng 4A semuanya keluar secara normal dan hanya Amani ayahnya tak sempat nak masuk labour room. Setiap anak, tahap kesakitan sangat berbeza dan tempoh sakit yang berbeza.

Si sulong Arsyad sakit agak lama..Masuk hospital raya ke dua pagi..Tapi lahirkan Arsyad raya ke 3 tengah hari. Lama kan?

Amani pulak pagi Raya Haji ke dua, sakit selepas subuh, 8.30 pagi dah buka mata tengok dunia.

Ardini paling sakit!! Haha! Tapi Ardini langsung takde demam kuning.

Aqil pulak Gee tak reti nak meneran. Adeh! Tepuk dahi doktor yang ada. Sakit selepas subuh, Kul 10 gitu selamat semuanya.

Lain anak, lain cara Allah bagi tahap dugaan dan cabaran nak melahirkan. Apa apa pun doakan yang baik-baik je, In syaa Allah dipermudahkan semuanya. Amin...

You Might Also Like

14 komen

  1. Hee seronok pulak baca tips sis. Untuk org yang tak kahwin lagi and bakal ada anak, boleh baca entry ni. Good one. Hehe. Thanks sis for sharing.
    https://ikashoid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Hihi. Betul. Tk yah bwk bnyk byk. Just bwk yg perlu je. Kang nk balik pun susah duk mengemas. Mek sakit alhmdulillah semuanya cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah alhamdulillah mek..so bila no 3 pulaks? kikiki

      Delete
  3. bagus tips ni akak.. sngt berguna untuk bakal ibu..

    ReplyDelete
  4. nice sharing, bgs tips gini ada juga parents yg masih lum tahu...

    ReplyDelete
  5. Tips yg sangat bagus. Kena bookmark ni. Kalau dah kawen n nk ada ank nti sng nk rjuk. Hee.thanks sis

    ReplyDelete
  6. suka sangat bau minyak telon tu :D

    ReplyDelete