5 Menu Ringkas dan Sihat Untuk Anak Kecil

April 16, 2018
Apabila bergelar seorang ibu sama ada ibu yang bekerjaya atau surirumah, semestinya kami semua menginginkan kesihatan anak-anak sentiasa baik dengan memberi makanan yang sihat dan seimbang. Ibu yang bekerjaya walaupun sibuk dengan jadual bekerja yang padat juga tidak akan melepaskan peluang untuk menyediakan sendiri menu yang sihat untuk anak-anak. Gee sendiri, walaupun tidak bekerja namun penyediaan menu untuk anak-anak Gee lebih suka yang ringkas dan cepat.

Terdapat pelbagai pilihan menu yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak. Untuk mereka yang suka memasak dan menyediakan juadah yang cepat dan ringkas, jom Gee kongsikan 5 Menu Ringkas, Cepat dan Sihat Untuk Anak - Anak Kecil.

1. SUP AYAM BERSAMA UBI KENTANG DAN LOBAK MERAH

Seminggu sekali Gee mesti masak sup ayam untuk anak-anak. Gee masak sup ayam untuk anak-anak tanpa tumis bawang so sup tu main campak-campak je. Cepat dan mudah! 

CARANYA : Rebus air bersama ayam yang dah dipotong. Masukkan halia dan bawang putih yang diketuk. Masukkan rempah sup. Masukkan hirisan bawang dan juga potongan ubi kentang. Dah mendidih masukkan potongan lobak merah dan garam serta perasa. Bila dah nak masak masukkan daun sup. Siap!!

2. BUAH CAMPUR

Siapa kata anak-anak makan buah tak mengenyangkan? Walaupun mereka tak makan nasi, kalau kita bagi diaorang makan buah-buahan lagi menyihatkan dan mengenyangkan tau! Anak-anak Gee hantu buah sehinggakan Gee kena sorokkan stok buah sebab nanti semua akan habis dalam one shot aje. Hahahaha. 

3. SUP SAYUR BERSAMA ISI AYAM

Menu sup sayur ni lagi mudah dan cepat. Gee biasanya buat sup sayur sawi, sayur bayam dan sup sayur campur. Favourite anak-anak sayur bayam. Pantang nampak sayur bayam kat pasar mesti disuruh beli nak suruh masak sayur air bayam. Haha!

CARANYA : Rebus air bersama isi ayam sehingga mendidih. Masukkan potongan bawang besar, bawang putih, sedikit lada hitam dan juga garam kasar. Kemudian masukkan sayur sawi, lobak merah, brokoli dan juga tomato. Siap!

4. BUBUR AYAM

Dari anak-anak Gee berusia 6 bulan, Gee akan masakkan bubur nasi bersama apa-apa protein dan sayur untuk mereka. Bubur ni mudah sebabnya kita hanya perlu masak nasi dengan kuantiti yang sedikit dengan air yang banyak.

CARANYA : Masak segenggam beras dengan air yang banyak. Bila dah nampak nasi dah mula kembang, masukkan isi ayam dipotong kecil. Bila nasi dan ayam dah hampir masak masukkan sayur dan garam. Siap!

Kesemua 4 resipi ini sangat mudah dan ringkas untuk disediakan untuk anak-anak. Ianya merupakan menu yang sihat kerana dimasak tanpa minyak dan juga bahan perasa. Mungkin ada juga yang pening nak siapkan menu untuk di bawa ketika travel. Semestinya bila ada anak-anak kecik ni apa yang mesti difikirkan adalah makanan untuk mereka ketika travel.  

5. BABY SADOO

Baby Sadoo ini merupakan homemade food iaitu makanan yang dibuat dari rumah. Ianya disediakan bagi memudahkan para ibu yang buntu apabila anak-anak cerewet untuk makan makanan yang sihat. Selain itu, Baby Sadoo adalah pilihan terbaik untuk dibekalkan kepada pengasuh anak-anak dan juga ketika travel bersama mereka. 

Ketika di Jeti Pekan Kuah Langkawi, BABY SADOO sangat membantu untuk mengenyangkan mereka di mana sahaja.
Baby Sadoo di sediakan tanpa bahan pengawet, tanpa perasa tambahan dan juga tanpa pewarna tiruan. Ianya disediakan di dalam bekas yang selamat untuk dipanaskan di dalam microwave, pemanas botol atau rendam je dengan air panas. Sangat mudah ketika Gee travel ke utara baru-baru ini. Al  maklumlah anak-anak kecil ni kita tak boleh nak expect juga waktu mereka lapar. Tambah-tambah ketika di jeti, di dalam feri dan juga ketika di dalam kereta. 

Baby Sadoo Pelbagai Pilihan Menu
Terdapat pelbagai pilihan menu yang sihat dan seimbang dari Baby Sadoo . Jom Gee kongsikan lebih lanjut 3 pilihan menu yang anak-anak Gee suka sangat makan ketika travel ke utara baru-baru ini.

1. BABY CHICKEN BUTTER MILK

Ia merupakan menu baru dari produk Baby Sadoo untuk tahun 2018. Baby Chicken Butter Milk sesuai untuk anak-anak berusia 15 bulan dan ke atas. Hanya perlu panaskan dan sedia untuk dimakan. Bila buka penutup bekas, terus naik bau yang sangat menyelerakan. Rasa penuh creamy dan sedap sehinggakan mak-mak pun tergugat nak ngap sama! Haha.

Baby Chicken Butter Milk
  2. GREENISH CHICKY PASTA

Menu ini sesuai untuk si kecil berusia 12 bulan ke atas. Mommies yang kekurangan masa untuk masak pasta yang berkhasiat untuk anak-anak boleh mencuba menu Greenish Chicky Pasta ini. Tak perlu nak campur bahan lain dah, siap sedia untuk di makan. 

Greenish Chicky Pasta
3. MUSHROOM CREAMY PASTA

Mushroom Creamy Pasta antara menu kegemaran anak-anak Gee. Kata mereka macam carbonara ibu masak lah! Haa nama pun homemade kan.. Memang terasa seperti masakan di rumah. Sebab tu kalau bagi anak-anak makan Baby Sadoo ni, memang tak perlu nak berkejaran bagi anak-anak makan. Memang sedap semuanya!!

Mushroom Creamy Pasta
PUREE DAN YOGURT TERBAIK UNTUK BAYI BERUSIA 6 BULAN DAN KE ATAS

Untuk mereka yang punya bayi berusia 6 bulan, semestinya mahu berikan pelbagai makanan yang sihat dan juga berkhasiat untuk bayi. Untuk memudahkan para ibu menyediakan makanan awal bayi, Baby Sadoo ada menyediakan pelbagai pilihan puree dan yogurt yang sedap dan sihat antaranya puree epal, puree labu, puree avocado, yogurt mango, yogurt pisang dan sebagainya.

Puree Sweet Potato ini sangat bagus kerana mampu membantu menaikkan berat badan si manja dengan sihat. Rasanya lemak-lemak manis pastinya membuatkan si manja anda makan dengan senang hati. 
Puree Epal mempunyai kandungan zat besi di mana ianya membantu menjaga kesihatan tulang bayi serta membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi. 

Bayi boleh diperkenalkan dengan yogurt seawal usia 6 bulan apabila mereka mula menunjukkan tanda mereka sudah bersedia untuk makan solid food. 
PILIHAN YANG TEPAT UNTUK DI BAWA TRAVEL

Sangat mudah untuk Gee bawa travel! Hanya masukkan stok Baby Sadoo ke dalam cooler bag bersama seketul ice bricks. Kemudian bila-bila masa sahaja anak kelaparan, Gee hanya perlu panaskan untuk bagi mereka makan. Walaupun travel, pemakanan anak-anak masih terjaga dan juga secara tidak langsung memberikan kesihatan yang terbaik untuk mereka. TERIMA KASIH BABY SADOO!!

Nak makan dalam feri pun takde masalah!! Perut dah kenyang seronok lah si bongsu tu!!

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan pembelian, korang boleh hubungi : 




WHATSAPP : 019 6649388 / 011 10061309









9 comments:

  1. Replies
    1. untung ke?haha..alhamdulillah cuba sebaik yang boleh..

      Delete
  2. Oo senang la kalau tak baby meragam sbb lapar. Ye la, baby food bukan mcm kita punya meal. Sng nk cari. Huhu. Trbaik ni untuk travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betul tu!memang terbaik untuk travel!

      Delete
  3. wahhh senang nak bawa kemana-mana..

    ReplyDelete
  4. wahhhh tq sis Gee for the superb review. Harap si comel tu suka makan Baby Sadoo Baby Foods 😊

    ReplyDelete
  5. Sadoo :-)
    Pandai branding. Menarik.

    ReplyDelete
  6. wah..banyak menu,thanks for sharing...done follow your blog..salam kenal

    ReplyDelete
  7. wahh senang para ibu..boleh ja nak bawak kemana2 kan akak.. mudah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.