HEALTHY

5 Barang Perlu Ada Ketika Travel Bersama Anak

April 09, 2018
Travel dengan anak-anak sangat mudah apabila kita membuat persediaan rapi dan juga mengambil langkah yang awal untuk keselesaan mereka. Gee dan suami memang tak akan travel tanpa anak-anak sebab feel dia macam tak best bila tak cukup korum. 


Tak susah pun sebenarnya travel dengan anak-anak kecil ni. Baru-baru ni Gee dan beberapa orang lagi blogger dari team #bloggerpantaitimur membuat trip ke utara iaitu Perlis dan Pulau Langkawi. Semua sedia maklum cuaca dan suhu di utara sangat panas dan memberi risiko untuk anak-anak mudah terkena demam, batuk dan selsema. 

Ni antara 5 barang yang Gee sentiasa bawa apabila melancong bersama anak-anak :

1. AIR MINERAL

Air masak atau air mineral bukan sahaja keperluan anak-anak malah keperluan kita juga mak bapak. Haha. Gee yang menyusu ni lagilah sentiasa dahaga tambah-tambah ketika menyusu tu terasa nak teguk satu jag air masak! Haha. 

Ketika berada di Langkawi, ke mana sahaja tempat yang kami pergi, dalam beg mesti ada 1 ke 2 botol air mineral kecik ( tugas incik suami sebelum ke mana-mana destinasi. Hehe ). Botol besar kita simpan je dalam kereta untuk mudahkan kita refill. So lagi mudah untuk sumbat dalam beg kalau standby botol kecil. 

Dengan cuaca panas dan tenaga yang diperlukan untuk berjalan, anak-anak nak kena paksa teguk walaupun sedikit. Mereka bila dah excited berjalan tak ingat dah nak minum air so tugas kita paksa mereka minum air kosong sekerap yang boleh. Seteguk pun takpe asalkan minum.

2. Makanan Mini

Kenapa makanan mini? Sebab kalau bawa yang paket besar makan space dalam beg!! Makanan mini boleh kita sediakan biskut ( pack kecil ), roti, coklat bar ( untuk tenaga ) dan juga kismis. Makanan ni mudah untuk kita bawa ke mana sahaja. Sumbat je dalam beg sekali air mineral.

Di Langkawi haritu, incik suami sediakan 1 bungkus coklat kisses dalam beg. Bila mereka dah lapar dan takde tenaga, kami bagi mereka makan seketul dua untuk boost energy sementara sampai ke tempat makan. Ibu pun cekau juga coklat tu sambil - sambil bagi anak makan. Hahaha! #ibuhantucoklat . 

3. Tisu atau Sapu tangan atau Kain Lap

Dalam handbeg Gee memang Gee akan standby tisu basah, tisu kering dan juga sehelai kain lampin. Ianya keperluan bila si Aqil makan dengan comot, bila si Amani terbersin, bila makan di kedai makan yang tidak menyediakan tisu. Adeh..

4. Plaster Luka

Anak-anak tengah nak membesar ni kan banyak sungguh aktviti yang mereka nak explore. Berlari sesuka hati, melompat, tergolek-golek atas lantai dan macam-macam lagi aksi gaya bebas mereka ni. Si Aqil yang berusia setahun setengah tu lagilah!Belum sembuh luka lama dilutut, pastu di tambah luka baru pulak. 

Plaster ni ringan dan mudah je nak selit dalam handbeg so boleh standby banyak sikit. Kalau anak luka ringan boleh guna plaster dulu sementara rawatan susulan di buat. Kadang-kadang anak kecik ni luka sikit je tapi dia nak kita manjakan dia. Bila kita rawat ianya seperti memujuk dan memberi perhatian kepadanya. Selepas dirawat, tak sampai 5 minit, mereka akan kembali bermain seperti biasa. Hahahaha!

5. Balm Bayi Tok Syed

Selain daripada barang-barang di atas, Gee juga bawa Balm Bayi Tok Syed ke mana sahaja untuk persediaan awal. Balm ini sangat elok bukan sahaja boleh digunakan oleh anak-anak malah Gee dan suami pun boleh guna dan sapu balm ini.

Ketika berada di dalam feri untuk ke Langkawi dan juga pulang dari Langkawi, Balm Bayi Tok Syed ni Gee sapukan pada anak-anak untuk mengelakkan daripada mereka rasa loya dan perut yang tidak selesa. Disebabkan ni pengalaman mereka yang pertama menaiki feri so Gee fikir, baik Gee ambil langkah berjaga-jaga sebelum apa-apa berlaku seperti muntah dan pening. Alhamdulillah sepanjang perjalanan di dalam feri mereka sangat teruja melihat pemandangan di tepi tingkap yang sangat cantik. 



Setibanya di jeti Langkawi, semua nampak aktif dan teruja untuk explore apa aktiviti seterusnya. Gee pun ada bertanya ketika dalam feri dan juga di jeti sekiranya mereka rasa lesu atau tidak selesa pada perut. Tapi Alhamdulillah, mereka semua sihat, melompat-lompat seperti biasa.

Sorang tu tersengih je dan lagi 3 kat belakang duk syok tengok pemandangan laut

Malam terakhir kami di Langkawi, anak sulung Gee, Arsyad dengan tiba-tiba sakit perut. Biasalah kan kalau travel, ni antara perkara biasa yang akan berlaku pada anak - anak sebab selera makan mereka akan bertukar di tempat yang berbeza. Nasib ada Balm Bayi Tok Syed ni. Gee sapu pada belakang badan, perut, dada, sedikit sapuan pada tengkuk dan juga belakang betis. Tak lama Gee sapu dia tidur dan bila bangun Alhamdulillah sakit perut dia dah lega. 

Baca juga tips yang di kongsi oleh Blogger Sis Hawa berkenaan TIPS TRAVEL DENGAN BABY <<< SINI >>>


Selain daripada itu, Balm Bayi Tok Syed ini juga mampu :

*** Melegakan batuk dan selsema.
*** Memberi keselesaan pada dada, perut dan hidung yang tersumbat.
*** Membantu bayi untuk tidur yang lebih lena.
*** Mengurangkan gatal - gatal akibat daripada gigitan serangga.


Korang boleh baca sini juga entry Gee sebelum ni >>>> Balm Bayi Tok Syed Berasaskan Bahan Semulajadi


Untuk sebarang info lanjut :

LAMAN WEB UTAMA : http://www.toksyed.com/

INFO BALM BAYI TOK SYED : http://www.toksyed.com/product/balm-bayi

SENARAI PENGEDAR : http://www.toksyed.com/stockist





You Might Also Like

3 komen

  1. Tips2 yg padat n mantap! 😊

    ReplyDelete
  2. Aah laa thanks sis sgt mmbantu bkn utk anak² utk diri kita sndiri pun mmg kena bwk bnda ni kn hehe

    ReplyDelete