HOLIDAY

PART ONE UTARA TRIP MAC 2018

March 23, 2018
Assalamualaikum semua!


Bagi mereka yang dah friends di facebook dan instagram Gee mesti sedia maklum dah Gee dan family ada buat trip holiday bersama lagi 2 keluarga Blogger Pantai Timur iaitu Sis Hawa dan juga Mek Yunie..Mesti korang cemuih kan tengok fb feeds dan instagram update Gee! Hahahahahaha. 

Sebenarnya trip ke utara ni kami dah merancang awal-awal lagi sebabnya tarikh nak pergi adalah cuti sekolah so paham-paham jer ler crowded macam mana kan. Bila Gee dan Sis Hawa up di group #bloggerpantaitimur siapa nak follow, maka Mek Yunie pm tepi nak join jugak sebab tu terjadinya family trip team Blogger Pantai Timur ni. Haha. 


Selfie satu kemestian dah!Hahahaha. Okey trip Gee bermula Jumaat, 16 Mac 2018 . Selepas solat Jumaat Gee ada undangan ke Majlis Aqiqah baby kawan sekolah Gee, Yong. Yong ni Gee kenal dari sekolah menengah dulu lagi sehinggalah sekarang masih lagi contact. Gee dulu sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman ( SMKSS ). Berjumpa jodoh pun kat sekolah tu jugak sebab incik suami pun ex  SMKSS. Eh! Tu story lain! Hahahaha!


Ada gambar Geng 4A ni je kat kenduri. Gee pun lupa nak selfie dengan Yong dan baby Aadamiy. Biasalah kawan lama kalau jumpa sesekali ni nyembang aje sampai lupa dah semua. Haha!

By the way Yong! Kalu mung baca entry ni, terima kasih banyok deh jemput aku & family menghuru-harakan majlis Aqiqah Aadamiy. Haha! Back drop memang lawo tu yang suruh askar-askar posing tuh! Kikiki. 


Perjalanan Gee bermula dari rumah mertua di Kg Sg Tong, Setiu. Gee bertolak tengah malam ke Penang sebab incik suami ada nak jumpa bos dia kat sana. Plan awal nak konvoi dengan Sis Hawa dan Mek Yunie dari Kelantan, akan tetapi terpaksa di cancelkan. Huhu. 

Pagi Sabtu, 17 Mac 2018 kami sampai di Penang. Kami bersiap mandi semua kat rnr je. Hahaha. Kalau tak silap nama Rnr tu RNR PERANTING. Solat subuh kat situ, rehat-rehat pastu mandi kat situ. Tandas bersih, bilik mandi pun okey. 


Kami cari makan selepas incik suami meeting dengan bos dia. Sebab senang kan nanti tak perlu nak makan cepat-cepat dengan anak-anaknya lagi. Hahaha. Bila lambat makan, mereka tu mulalah tak sabar. Nak tau kami makan apa kat Penang? Kami makan kepci!!Adehhh.... Gee ingat nak makan nasi kandar ke alih-alih kepci juga menjadi pilihan sebab dah tak menyempat nak cari kedai makan. Anak oh Anak. 

Perjalanan dari Penang diteruskan ke utara iaitu Perlis. Nak tahu cerita selanjutnya kita tunggu PART TWO pulak! Hehehe. 

Lalalalalalaaaaa....

You Might Also Like

6 komen

  1. seronok dapat jejalan dgn team kan...seronok jalan yg tak seronok penat sebab kesesakan jalan raya sbb org ramai bercuti..hehe

    ReplyDelete
  2. Betul2 jln makan angin ni... best nyaaa

    ReplyDelete
  3. Seminggu korg tapau habis cuti yeaa

    ReplyDelete
  4. Bestnya akak dpt jenjalan.. habiskan masa dgn family tu sngt bermakna.. :)

    ReplyDelete
  5. makan angin teruk gee ni.
    hahahahahaha

    ReplyDelete