Welcome Bulan #SisGeeJalanJalan

February 04, 2018


Assalamualaikum semua!!Im back! Firstly, sorry semua rakan blogger sebab lama tak berkunjung ke blog korang dan juga Gee tak sempat nak join giveaway, contest. Last entry Gee 26hb Januari rasanya dan harini dah 4 February! Takpe jom masuk track balik. haha.

EPISOD HOSPITAL 

Gee sibuk menguruskan adik Gee sebenarnya baru-baru ni. Dia nak kena operate sebab ada sinus kat bahagian belakang badan. 25hb Januari, bermula episod pergi check up di Kuala Terengganu Specialist ( KTS ) kononnya adik bongsu Gee ni nak pakai medical kad insuran dia tu. Malangnya, KTS dalam proses untuk berpindah ke bangunan baru. So mereka beroperasi balik pada 28 Januari di bangunan baru. Nak tak nak adik kena refer pada Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk buat operation sebabnya kalau delay takot nanti jangkitan kuman pulak. Petang 25hb tu check in lah si adik Gee ni di HSNZ. Settle semua urusan admit malam tu, Gee balik rumah. 

Esoknya 26hb Januari, adik bagitahu dia dah kena puasa dari pukul 3 pagi. Rasa tenang sikit sebab tak lama dah tu kan nak operate. Doktor kat emergency pun ada bagitahu nanti kena puasa 6 jam sebelum operation tu. TAPI sampai ke petang, masih tak operate dan adik Gee masih lagi berpuasa. Adik Gee ni perempuan, umur awal 20an. Bila ditanya bila nak operate jawapannya, tunggu dewan bedah kosong. Kami faham mungkin kes adik Gee ni tak kritikal tapi tu lah kami takde jawapan sampai bila nak puasa. Haha! Malam tu adik Gee decide nak minta discharged dan masuk KTS pada 28hb Januari nanti. Sebabnya duduk situ tak di bedah jugak! Bila kami minta bilik 1st class ada yang cakap penuh, ada yang cakap boleh masuk lepas operate. So malam tu adik discharged dari HSNZ. 

Sehari dia rehat kat rumah Gee. 28 Januari pagi-pagi kami dah terpacak depan KTS . Dah lah opening day memang bestlah layanan semua staff. Nanti ada masa Gee update pasal KTS pulak. Banyak dah snap gambar, tinggal edit dan buat entry je. hahahaha. 

29 Januari adik Gee settle operate dan 30 Januari dah boleh discharged. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Gee memang ke hulu ke hilir tu tak sempat nak hadap blog. Dengan anak-anak sekolahnya. Whatsapp pun reply mana yang emergency je dulu. Hahaha.

SYUKUR. Gee rasa semuanya dugaan dan ujian untuk Gee juga. Bila ada ahli keluarga kita sakit, ujian tu untuk kita juga tau! Gee kena ketepikan dulu blog dan fokus pada keluarga dulu. Se sibuk mana pun kita, bila ada keadaan di mana ianya memerlukan kita untuk berehat, maka berehatlah! Itu yang terbaik untuk kita. 

EPISOD #SISGEEJALANJALAN

Bulan Februari bulan buang stress! hahaha. Tengoklah nanti di facebook dan instagram Gee kalau diizinkan olehNya, maka adalah nanti #SisGeeJalanJalan tu. Kikikiki. Dah lama sebenarnya kami tak keluar dari Ganu ni. Duk memerap je! Hahahhaa. In syaa Allah semoga semuanya dipermudahkan olehNya. Amin.

Next Gee nak update entry Gee pergi event dekat spa baru-baru ni! Dilayan seperti VIP! Best sangat. In syaa Allah ada waktu Gee update k!

Thank you sudi singgah dan baca! 

8 comments:

  1. Alhamdulillah dah okey cuma selang sehari kena pergi cuci kat klinik..

    ReplyDelete
  2. adikk sakit sinus sebab resdung ke.. nanti boleh cerita pasal penyakit tu hihihihi

    ReplyDelete
  3. Ada ye sinus kat belakang badan. Nanti story detail sket eh.

    ReplyDelete
  4. nak pegi manaaaaa tu hehe.. happy holiday ^^

    ReplyDelete
  5. a ah terbaca komen atas.. nanti bolehla Sis Gee ceritakan sikit pasal sinus tu.. ingatkan sinus resdung hidung tu..

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan cakap Gee. Bila ahli keluarga sakit, kita pun terlibat sama. Masa tu blog memang dah tak pandang lah kan. Takpe, ada masa boleh blogging.

    Happy holiday Gee! Ke mana agaknya destinasi Gee ye? :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.