MY LIFE

Sukar dan Susahnya Suatu Penghijrahan

February 24, 2018
Assalamualaikum semua!

Siapa pernah berhijrah? Entry kali ni bukan sebab Sis Gee nak tukar profession jadi cikgu atau ustazah tapi cuma hanya sekadar menulis dari sudut pandangan serta pengalaman sendiri. Okey berhijrah ni terlalu umum kan? Ada yang terpaksa berhijrah ( berpindah ) ke tempat lain demi keluarga, demi anak-anak, demi kerjaya. Namun berhijrah dari aspek penampilan dan perwatakan, apa pendapat korang? Maksud Gee berhijrah ke arah kebaikan, bukan makin tumbuh tanduk! Hahahaha. Bagi Gee itu merupakan penghijrahan terbesar juga kan? Berhijrah untuk menjadi yang lebih baik.


Tiada sorang manusia pun yang sempurna. Kena ingat tu! Penghijrahan bukan untuk jadikan mereka sempurna tapi untuk menjadikan mereka lebih baik daripada sebelumnya. Kenapa perlu berhijrah? Bagi Gee perubahan seseorang akan terjadi apabila datangnya waktu ketika yang kita sendiri tak reti nak explain pada mereka yang bertanya. Ianya datang dari hati.

Jangan persoalkan! Gee hairan kenapa perlu persoalkan penghijrahan yang dibuat oleh seseorang. 

Andai dia pernah mencuri, kenapa perlu bertanya seperti sekarang dah tak mencuri ke? 
Andai dulu dia seorang perokok kenapa perlu memerli tak merokok sebab isteri marah ke?
Andai dia berjubah, bertudung labuh, kenapa perlu persoalkan kenapa warak sangat sekarang ni?
Dan bla bla bla bla bla..

Kenapa sentiasa ada yang tidak berpuas hati tentang kebaikan yang orang lain lakukan? Kenapa perlu letakkan mereka di tempat yang mereka rasa serba salah? Bukan ke lebih baik hanya membalas dengan senyuman dan memberi kata-kata inspirasi untuk mereka?

Gee sebenarnya letih melayan kerenah manusia yang sejenis tak pernah rasa puas. Ya mereka takkan pernah rasa puas mungkin disebabkan rasa cemburu, sombong atau benci. Ataupun sekadar menjadikan kita sebagai boneka bahan lawak mereka.

Kadang-kadang Gee terfikir seperti hidup ni tiada tujuan hidup. Sampai bila? Kenapa dah tahu salah tapi masih nak buat benda yang sama? Tapi bukan senang nak berhijrah. Ada banyak dugaan dan cabarannya. Jiwa dan iman sentiasa diuji walaupun kita mahu berubah. Namun apa yang perlu kita lakukan? Istiqamah! Yakin dengan apa yang kita lakukan. Jangan malu! Sekiranya ada mata yang memandang dan juga suara yang membisik. Sesungguhnya, penghijrahan kita dipandang mulia oleh pencipta kita walaupun sebesar zarah!

Alhamdulillah. Gee dipertemukan dengan rakan-rakan yang sangat memberi inspirasi untuk menjadi manusia yang lebih baik. Syukur. Semakin lama hubungan sesama keluarga semakin baik dan semakin dekat antara satu sama lain.

Sentiasa doakan yang baik-baik. Fikirkan yang baik-baik.

Kita ada terlalu banyak pilihan. Banyak rancangan. 

Plan A gagal ada lagi Plan B. Plan B tak menjadi ada lagi Plan C.

Jangan penat mencuba. Jangan penat usaha. 

Love,
Sis Gee

You Might Also Like

1 komen

  1. mulut orang gee. mulut bawang.
    tk sedar diri tu tk sempurna tp nk tgor orang mcm kita tu maksum.
    sedar lah diri sebelum bumi menjadi rata seratanya ratanya.

    ReplyDelete