RESEPI

Resipi Lokan Masak Halia

February 27, 2018


Hasil incik suami berendam air lumpur Jumaat yang lepas, maka adalah rezeki kami untuk merasa lokan ni. Gee rasa tak pernah makan lokan sebabnya seingat Gee, kalau kerang, lala. etok-etok pernahlah makan. Lokan? Rasanya ni first time kot dapat merasa. 

Di sebabkan stok di dapur tak berapa nak ada, Gee pun cubalah tanya encik google apakah resipi mudah untuk lokan. Encik google tak membantu mana sebab resipi lokan sangatlah sedikit. Banyak resipi memerlukan bahan yang Gee takde stok seperti santan.

Nak tahu macam mana Gee masak lokan ni? Meh Gee kongsi resipi yang mudah dan cepat.


RESIPI LOKAN MASAK HALIA


BAHAN-BAHANNYA :

  • Lokan 
  • Sebiji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • Halia muda ( kalau suka banyak, sila bubuh banyak )
  • 3 batang serai
  • asam keping
  • garam secukup rasa
  • cili untuk yang suka pedas ( gee tak letak sebab nak bagi anak-anak makan )

CARA-CARANYA :

1. Bersihkan lokan dari segala pasir dan lumpur.

2. Masukkan lokan dalam kuali atau periuk dan masak lokan selama 5 hingga 15 minit. ( TANPA MINYAK ) lokan masih hidup akan terbuka dan digunakan untuk memasak. buang yang tertutup sebab lokan tu dah mati.

3. Matikan api dan asingkan lokan yang hidup. Simpan air dari lokan sebab nanti boleh guna untuk masak lokan.


Air dari lokan itu sendiri digunakan untuk memasak lokan
Lokan yang hidup akan terbuka
4. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris.

5. Setelah kekuningan masukkan air lokan.

6. Masukkan serai yang diketuk.

7. Masukkan asam keping, garam kasar dan perisa. ( Gee tak letak gula )

8. Setelah mendidih masukkan lokan tadi.

9. Gaul sebati dan siap!!

** untuk yang suka pedas boleh masukkan cili yang dihiris halus**

TIPS NAK LOKAN TAHAN LAMA
 *** lokan boleh bertahan sehari sekiranya beli hari ini dan masak keesokannya sebab lokan ada menyimpan air dalam cengkerangnya. 
*** JANGAN simpan lokan dalam peti ais. 
*** JANGAN letak di kawasan suhu yang panas.
*** Sekiranya lokan di rendam dalam air paip, nanti lokan tak sedap ( lokan akan bersalin air dari cengkerang dengan air paip yang direndam )

Jangan lupa tau asingkan lokan hidup dan mati sebelom memasak sebab lokan yang mati akan mempengaruhi rasa masakan kita nanti.

Selamat mencuba semua!!

You Might Also Like

14 komen