REVIEW

Lindungi Si Kecil Dengan Thymos Anti HFMD / FLU Spray

February 22, 2018
Assalamualaikum dan hi semua! Entry kalini sangat berkait rapat dengan sejarah Gee dan keluarga. Pengalaman yang takkan mungkin Gee dan suami lupa itu adalah ketika anak bongsu kami Aqil terkena jangkitan virus HFMD ( Hand Foot Mouth Disease ) ataupun lebih di kenali dengan jangkitan virus tangan, kaki dan mulut. Aqil terkena jangkitan HFMD pada bulan September 2017 yang lepas ketika usianya baru sahaja setahun. 

TANDA - TANDA HFMD

Aqil pada ketika itu demam secara tiba-tiba. Tapi tak melarat demamnya cuma hanya sehari dua sahaja. Bila kebah demamnya, mulalah keluar bintik - bintik kecil merah di sekitar mulut, tangan dan juga kaki. Di bahagian badan memang tak ada langsung!!Selain itu, kelihatan juga air liur Aqil meleleh-leleh di mulut dia. Gee dan suami tak tunggu lama, terus bawa pergi klinik. Risau kot!

Doktor mengesahkan Aqil terkena virus HFMD dan doktor sangat terkejut apabila beliau mengetahui Aqil tidak dihantar di taska kerana kebanyakkan kes HFMD datang dari taska. Berita buruk ketika itu, kami tidak dibenarkan ke tempat awam kerana virus ini sangat mudah untuk berjangkit. Berita baik yang kami dapat, Aqil bukan di tahap yang kritikal kerana Aqil masih lagi boleh menyusu dan makan walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Sekiranya Aqil dehidrate dan tidak mampu untuk makan atau minum, kami harus segera ke hospital untuk rawatan kecemasan.  



CARA RAWATAN

Sedihnya apabila doktor mengesahkan Aqil terkena virus HFMD ketika itu, doktor memberitahu belum ada ubat yang boleh merawat virus ini cuma doktor akan bagi krim sapu untuk di sapu pada bintik-bintik merah itu dan juga ubat demam sebagai persediaan awal sekiranya Aqil demam kembali. Untungnya Aqil kerana masih menyusu badan. So doktor berpesan teruskan penyusuan ibu kerana susu ibu juga mampu menghalang virus itu untuk terus merebak.

HFMD MUDAH BERJANGKIT

Aqil mungkin terkena jangkitan ketika berada di luar rumah, di taman permainan kerana seminggu sebelum Aqil demam, kami ada bawak anak-anak ke taman permainan. Atau mungkin juga terkena jangkitan ketika kami membeli barang dapur sebab Aqil kami letakkan di dalam troli barang. Mengikut doktor yang merawat Aqil, sekiranya Aqil ada menyentuh troli atau bersentuhan dengan tempat mereka yang telah dijangkiti, maka risiko untuk berjangkit sangat tinggi. Virus ni sangat mudah untuk dijangkiti kepada kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke bawah. 



BERTINDAK SEKARANG DENGAN THYMOS HFMD / FLU SPRAY

Belum terlambat untuk kita melindungi anak-anak kita yang sangat terdedah dengan virus HFMD ini. Dalam hal ini kita perlu membuat pilihan yang bijak dan juga berkesan demi kesihatan anak-anak kita. Walaupun Aqil pernah terkena dengan jangkitan virus HFMD ini, ini tak bermakna virus itu takkan kembali lagi. Gee bernasib baik sebab baru sahaja tahu ada sejenis spray yang boleh menghalang virus HFMD ini. Sebelum ni kami tak mengambil langkah berjaga-jaga dan kesannya anak sendiri terkena jangkitan HFMD. 

Sekarang kami boleh membuat persiapan rapi untuk kesihatan anak-anak. Gee jadikan Spray Thymos ini sebagai rutin wajib setiap hari kerana setiap satu semburan boleh bertahan sehingga ke 10 hari. Dicadangkan untuk spray setiap hari untuk meningkatkan tahap imuniti tehadap virus serta bakteria. Sangat menarikkan? 


APAKAH THYMOS ANTI HFMD / FLU SPRAY

THYMOS ANTI HFMD / FLU SPRAY ini merupakan spray yang di reka khas untuk kegunaan ibubapa bagi melindungi secara menyeluruh terhadap anak-anak dengan menyingkirkan hampir 99.99% bakteria atau virus yang paling kecil dan merbahaya di dunia ini, seperti virus yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit iaitu HFMD dan Influenza A H1N1. Size yang dibuat pula sangat sesuai untuk bawa ke mana sahaja supaya kita dan anak-anak sentiasa dilindungi dari virus ini.

Thymos Anti HFMD / Flu Spray ini telah diuji secara klinikal sehinggakan ianya sangat selamat digunakan pada anak-anak kerana tidak mengandungi bahan kimia toksik, alcohol, steroid dan wangi-wangian.

Teknologi “Self Sanitizing” ( pembersihan automatik ) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.



CARA PENGGUNAAN THYMOS ANTI HFMD / FLU SPRAY

1. Spraykan pada baju anak-anak seperti memakai minyak wangi. Spray ni tiada bau tau!

2. Spraykan pada permukaan mainan anak-anak supaya tempat mainan yang disentuh oleh anak kita bebas dari virus merbahaya. 

3. Thymos Anti HFMD / Flu Spray ini juga bertindak sebagai penghapus bau serta menjadikan pernafasan dengan lebih baik. 


CARA UNTUK DAPATKAN THYMOS ANTI HFMD / FLU SPRAY

Korang boleh kunjungi Farmasi Guardian di seluruh Malaysia untuk dapatkan THYMOS ANTI HFMD / FLU SPRAY ini. Untuk maklumat lanjut, boleh juga korang click pautan yang Gee kongsi kat bawah ni :

You Might Also Like

1 komen

  1. Wow sangat membantu spray thymos ni.. Tak delah risau sangat kesihatan anak kan sis gee

    ReplyDelete