HOLIDAY

Hotel Terbaik Untuk Misi Ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh

February 28, 2018
Assalamualaikum & hi semua!


Gee tak sabar sebenarnya nak menulis entry ni sebabnya Gee baru tahu betapa mudah dan senangnya lepas ni kalau nak ke Wakaf Che Yeh, Kelantan. Antara pilihan hotel yang selesa tapi affordable plus awesome swimming pool sememangnya korang mesti cuba menginap di sini. 


DAPAT HARGA TERBAIK DARI TRAVELOKA

Awal Februari yang lepas, Gee dan keluarga ada pergi bercuti di Kelantan. Pergi pun bukannya lama, hanya untuk 1 malam sebab dari Kuala Terengganu ke Kelantan hanya ambil masa 3 ke 4 jam sahaja. Bila Gee buat carian hotel di Traveloka, ada banyak sangat pilihan hotel. Bila terpandang harga hotel Holiday Villa dan juga kemudahan kolam renang pun ada terus Gee booking ambil 1 bilik.


DAPAT VIEW KOLAM RENANG DARI BILIK

Teruja sungguh anak-anak Gee bila selak je langsir bilik terus nampak kolam renang kat tingkat bawah. Makin teruja semuanya nak terjun kolam. Keadaan bilik cukup lengkap dengan kemudahan flat screen tv, peti sejuk, safety box, kettle, toilettaries, kemudahan iron, kopi dan teh dan juga air mineral.


Selain kolam renang, Holiday Villa Hotel & Suites juga ada menyediakan sauna serta fitness center untuk mereka yang berminat untuk membuat aktiviti sampingan sepanjang berada di sini. Fitness center dan sauna ni terletak bersebelahan je dengan kolam renang tapi Gee tak sempat nak snap gambar. Hehe.


Amacam? Menggiurkan tak kolam renang kat Holiday Villa Hotel ni? Gee pun ikut sama terjun tak tahan godaan incik suami ngan anak-anak berendam. Hahahaha!

LOKASI HOTEL TERBAIK 

Untuk mereka yang memang nak berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh, lokasi Holiday Villa Hotel ni memang terbaik. Tambah-tambah pula untuk mereka yang travel bersama anak-anak kecil. Malam Gee menginap, incik suami berejam-rejam berjalan di Wakaf Che Yeh. Jalan kaki je kot! Kereta memang dah parking kat hotel so tak perlu pening fikir dah tempat parking. Malam tu Gee memang malas nak turun jalan-jalan sebab dah seharian berjalan so anak-anak stay je dalam bilik ngan Gee. Hasil dia shopping sengsorang, berplastik-plastik dia membeli. Mak oi! Terkejut bini! Dah shopping tanpa anak-anak memang tenanglah kan jiwa raga nak memilih. hahaha. Tapi dia membeli sebab memang murah. Tu yang syok datang pasar malam Wakaf Che Yeh ni. Hahaha.

SIS GEE SAID : WE WILL COME AGAIN!

Semestinya lepas ni kalau nak jalan-jalan Wakaf Che Yeh dan Kota Bharu kami akan menginap lagi di Holiday Villa Hotel & Suites ni. Nak jalan-jalan ke bandar Kota Bharu pun dekat. Cuma pendapat Gee, pihak hotel perlu menyediakan lebih banyak lagi tempat parking kereta untuk tetamu. Lepas ni kami nak booked bilik sekali breakfast pulak! hehehe.


Nak tahu apa tempat makan best di Kelantan?

BACA SINI :

Untuk info lanjut hotel korang boleh click link kat bawah ni :

You Might Also Like

4 komen

  1. Bestnya kalau nak membeli belah macam ini..

    ReplyDelete
  2. Wow ble la g sini kalau ke kelantan. Mai.jenjalan holiday ke Melaka plak

    http://www.nafisahmusa.com/2018/02/pantai-puteri-destinasi-menarik-pilihan.html?m=1

    ReplyDelete
  3. wow..ade kolam rupanya hotel ni...bleh laa g lepas ni,,sebb kadg2 balik kmpg nk melepak kt kota bharu dulu..

    ReplyDelete
  4. Last pergi Kota Bharu masa belajar 8 tahun lepas. Hihi. Dah banyak berkembang KB sekarang. Hotel pun nice je.

    ReplyDelete