HIJABISTA

Fesyen Tudung Bawal : Cepat atau Lambat?

February 09, 2018
Gee ni kan kalau bersiap dengan tudung bawal lagi lama daripada pakai shawl. Tabik springlah wanita-wanita yang masih lagi setia dengan tudung bawal! Dah lah tudung bawal sekarang ada macam - macam design yang lawo-lawo! Warna pulak toksah cakap, memang rambang mata! Cuba korang search kat google atau instagram atau facebook 'TUDUNG BAWAL', haaa baru tau betapa viralnya tudung bawal sekarang.
Year 2015

NAK CEPAT JADI LAMBAT

Hati tu kan teringin benor berbawal. Hahaha. Tapi kan setiap kali cuba tudung bawal, entah kenapa dari 10 minit tempoh bersiap dah jadi ke 20 minit! Tak habis setakat tu je tau! Dalam kereta asyik duk baiki ke tudung bawal tu haaa... Perasaan tudung tu kembanglah, membulat, senget tepi, rasa terlalu ke belakanglah, aishh serba tak kena! Hahaha! Nasiblah incik suami tak pernah tegur tangan duk baiki ke tudung. Kikiki.

Year 2015

PAKAI BAWAL SEPERTI SHAWL 

Disebabkan pakai bawal makan masa yang agak lama dan keinginan tu pun membuak-buak maka Gee pakailah bawal dalam bentuk shawl. Hahaha. Bahagian muka tak perlu nak baiki setiap saat, pastu cepat sikit bersiapnya.

Year 2014

Tapi sesekali pakai bawal syok pulak..Walaupun tak berapa expert tapi best jugak bila berbawal ni. Tambahan pula, sekarang memang trend pakai tudung bawal dengan membulat kat bahagian muka. Hahahahaha..

Feb 2018
Korang suka pakai tudung bawal tak? Ada banyak kan trend tudung bawal sekarang. Bawal apa yang best eh? Kalau harga berpatutan dengan kualiti okey jugak! Haaa cuba korang yang suka berbawal tu tolong listkan. Hehehehe. 

You Might Also Like

9 komen

  1. Ika bawal lover. Ika memang sekarang selesa pakai bawal dari shawl. Tak peduli org kata ketinggalan ke apa ke. Janji selesa. Fefeeling Wany Hasrita sikit haha.
    Ika selalu pakai plain je. Sebab boleh match dengan apa apa baju corak. Hehe.

    ReplyDelete
  2. cik ash tudung bawal paling banyak koleksi hahahah... masih pakai gak

    ReplyDelete
  3. rabia skrg suka pakai bawal..sbb nampak ayu je pakai tudung bawal ni.

    ReplyDelete
  4. hehehe kalau rasa bulat kat atas tu, beli spray kasi keras.. Mesti cun punye terletak elok..

    ReplyDelete
  5. i can only wear bawal crepe. yg lain mmg nooo hahaa

    ReplyDelete
  6. tak suka pakai tudung bawal sebab ambil masa lama lepastu muka jadi bulat habis terkeluar segala lemak double chin bagai tapi kalau keluar dating pakai je sebab partner suka huhu

    ReplyDelete
  7. Dulu saya memang peminat bawal tapi sejak pakai tudung jenis jilbab tue, terus tak pandai pakai bawal..Shawl lagi la hancuss...

    ReplyDelete
  8. Siqah lebih kepada shawl berbanding bawal. Tapi sesekali pakai bawal jugak bila malas nak bersiap dan nak cepat. Bawal paling senang dipakai. Biasa Siqah pakai bawal chiffon.

    ReplyDelete
  9. mek lebih senang pakai shawl sbb tk kena iron
    kalau bawal sure kena iron
    yg shawl pun mek jahit siap siap supaya sng sarung je

    ReplyDelete