Tips Kulit Sihat Hanya Dengan Sapuan Bio Oil

by - January 15, 2018


Sejak usia dah masuk 3 series ni kan, Gee selalu fikirkan nak kulit sentiasa sihat dan awet muda. Siapalah yang tak nak untuk nampak sentiasa muda kan? Ish ish ish.. Selain daripada mengamalkan pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat, korang tahu tak BIO OIL juga menjadi faktor pendorong untuk kita dapatkan kulit yang sihat serta cantik!

Zaman muda remaja dulu, jerawat suka benor datang menyinggah. Sekarang pun sama bila beberapa hari sebelum datang bulan tu, mesti ada seketul dua jerawat menyinggah. Singgah sahaja takpe lagi tapi masalahnya si jerawat tu siap tinggal jejak parut lagi! Kalau dibiarkan nanti akan jadi bintik-bintik hitam pulak kat atas dahi. Huhu. Tapi kan mujurlah BIO OIL dapat membantu memperbaiki kesan parut samada parut baru atau lama. Sambil sapu BIO OIL di parut jerawat boleh juga sapu kat parut jatuh basikal zaman kecik-kecik dulu. Haha! Senangkan!



Memandangkan i ols ni anak dah empat, haruslah kalau tidak banyak pun, mesti ada sedikit stretch marks atau regangan kulit di bahagian perut dan peha. Pada mereka yang belum berkenalan dengan si stretch marks di kulit badan mereka, lebih baik sekiranya korang ambil langkah penjagaan yang awal. Untuk ibu mengandung, korang boleh mulakan sapuan BIO OIL dari permulaan trimester ke dua. Sapukan BIO OIL di sekitar perut dan peha di mana ianya merupakan bahagian yang sangat mudah terjadinya regangan kulit. 

Kenapa perlu menggunakan BIO OIL dari awal mengandung lagi? Ini kerana BIO OIL membantu mengurangkan kemungkinan kesan regangan yang terbentuk semasa mengandung, tempoh tumbesaran remaja yang cepat dan pertambahan berat badan yang mendadak serta membantu memperbaiki kesan regangan kulit yang sedia ada. 


Selain itu, BIO OIL juga membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata sama ada untuk kulit cerah ataupun kulit gelap. Sapuan nipis BIO OIL mampu melicinkan dan menegangkan kulit yang mengalami proses penuaan serta kedutan di muka dan badan serta membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Rumusan formulasi BIO OIL sangat dijamin kualitinya tau kerana hanya menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan juga vitamin-vitamin daripada asas minyak asli.  Ia mengandungi ramuan unggul  PurCellin Oil™, yang mengurangkan ketumpatan formulasi dan menjadikan ianya mudah serap, ringan dan tidak berminyak.


CARA SAPUAN : SAPUKAN DUA KALI SEHARI BAGI TEMPOH MINIMUM TIGA BULAN. Kesan mungkin berbeza bergantung pada individu. So kalau nak result yang baik, cadangan Gee korang mesti konsisten pakai okeh!!

Kat mana nak beli? Mudahnya BIO OIL ni korang boleh je beli di mana-mana farmasi seperti Guardian dan Watsons di seluruh Malaysia. Bio Oil ni ada 3 size tau! 
  
60ml = RM 34.95
125ml = RM 58.25
200ml = RM 79.45

3 pilihan size BIO OIL memudahkan untuk kita bawa pergi travel, simpan di rumah dan semestinya boleh digunakan oleh semua ahli keluarga. Gee pun sapu BIO OIL pada parut anak-anak yang jatuh basikal lah, biasalah kan anak-anak sedang membesar! Selain itu Gee juga guna BIO OIL sebagai medium pelembab pada kulit kami sekeluarga. Menarikkan?

Korang pernah cuba BIO OIL? 

You May Also Like

9 komen

  1. pada kulit comey pon..guna bio oil..:)

    ReplyDelete
  2. cikyan tak pnah guna bioill.. tp ramai yg kata ianya bagus...

    ReplyDelete
  3. mmg pnah guna utk hlgkan prut chckenpox. mmg berbaloi.

    ReplyDelete
  4. lama dah nak beli, tak terbeli lagi bio oil 😁

    Thank you for sharing this sis gee

    ReplyDelete
  5. lah !! patut la cantekkkkkkk.. hee~ selalu atie nampak iklan bio oil ni tapi tak tergerak lagi nak pakai.. nanti boleh cari.. ada parut jerawat yang nak kasi clearkan..

    ReplyDelete
  6. elok bio oil ni, sy pun pakai smpi sekrang..

    ReplyDelete
  7. tak pernah lg try bio oil. rmi ckp bagus. tringin nak try tp x try pun haha

    ReplyDelete