Kopi Legakan Masalah Asma?

by - January 06, 2018

Minggu lepas, Gee dan family pergi ke Giant nak beli keperluan sekolah Arsyad dan Amani. Tengah duk belek-belek barang, si Amani mengadu sakit dada. Ni kali ke dua jadi macam ni. Dia tolak troli kereta mainan tu, si Aqil duduk dalam kereta tu. Mungkin dia duk main tolak troli laju-laju ke pastu jadi mengah gitu. 

Terus suruh Amani duduk je dalam troley, bagi phone suruh dia tengok video. Kononnya nak bagi dia cool sebab tak fikirkan sakit tu. Hahaha. Tak menjadi phsycologiku! 

Tetiba Gee teringat movie omputeh kat HBO atau FOX MOVIES lupa dah tajuk apa. Dalam movie tu anak si ibu ni kena culik. Tiba-tiba anak dia kena asma, pastu penculik call si ibu. Si ibu menyuruh penculik bagi dia hidu kopi ke bagi minum (pun dah lupa!) kat anak dia. Tujuannya untuk melegakan serangan asma sementara bekalan ubat diberi.


KOPIKO PENYELAMAT AMANI

Memandangkan masa tu husband dah pun settle bayar kat kaunter, Gee pun cuba cari coklat kopi kat kaunter customer services Giant. Mujurlah ada beberapa ketul je lagi coklat kopiko tu. terus beli dan bagi Amani makan. Anak yang lain mau tak sibuk?Semua pakat nak jugak laaaa... Adeh.. Lepas makan seketul, dalam 15 minit tu dia dah rasa sedikit lega. Sakit dada pun dah berkurang dan semput pun dah takde. Gee bagi lagi seketul. Tak lama tu dia rasa okey sepenuhnya. Alhamdulillah.

Kat rumah, anak-anak Gee memang tak minum air kopi. Kami memang tak bagi sebab kafein kopi agak tinggi kan. Kalau tanya memang nak lah sebab budak-budak ni benda yang kita tak bagi, itulah yang dia nak sangat!

Anak-anak sedang membesar ni makin banyak ragam dia. Betullah orang kata makin besar seorang anak, makin besar dugaan mak ayah.

Nanti nak kena check up Amani kat klinik untuk tahu dia ada asma atau tak. Doakan kesihatan anak-anak kita semua. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa. Amin..

You May Also Like

7 komen

  1. Semoga diberikan kesihatan yg baik buat Kak Gee sekeluarga. Sy x tau pula kopi nie leh legakan asma sbb sy pun ada asma juga. Apapun better check juga kat klinik atau hospital :D.. Apapun hati2 ja ~~ penyakit skrg dah mcm2

    ReplyDelete
  2. wah...lepas ni kena selalu lah simpan stok kopi kat rumah..

    ReplyDelete
  3. Lahai. Serius ira baru tahu tentang kopi boleh kurangkan asma. Good sharing lah kak hehe
    👍

    ReplyDelete
  4. semoga amani ok tak ada masalah yg serius

    ReplyDelete
  5. Siqah baru tahu yang kopi boleh kurangkan masalah asma. Kadang2 benda yang kita tak sangka tu lah yang bagus nanye kan..

    ReplyDelete