REVIEW

Diet Yang Sihat Dengan KAYLIZ GRANOLA OAT

January 20, 2018
TAHUKAH ANDA? DENGAN MENGAMBIL KAYLIZ GRANOLA 30 MINIT KE 1 JAM SEBELUM BEKERJA, BOLEH MENINGKATKAN PRESTASI KERJA ANDA!! Wow tak? Dah lah kualiti kerja tip top, kualiti pemakanan kita pun terjaga dengan elok. 


Bila pertama kali kita dengar pasal OAT, semestinya kita dah fikir rasanya yang tawar, lepas tu fikir nak makan dengan apa nak bagi rasa sedap, siap google resipi oatlah sebab ketandusan idea kan cara nak makan oat. Korang perasan tak sepatutnya oat ni menu yang sihat kan, tapi bila kita masak dengan pelbagai cara maka khasiat oat itu sendiri dah berkurang!!NO!NO!NO!

Semua tahu khasiat oat itu sendiri sangat bagus untuk sistem dalaman badan kita. Sebab itulah adanya produk bumiputera keluaran CARE LIZ RESOURCES yang beroperasi di Negeri Sembilan ini sejak 16 September 2015 ini. Istimewanya KAYLIZ GRANOLA OAT ini, kita boleh buat seperti makan snek harian! Khasiat yang terkandung dalam Kayliz Granola Oat sangat membantu Gee dan kita semua untuk mengamalkan diet yang sihat serta semestinya boleh menjadi makanan utama untuk mereka yang nak kurus!! 


RAMUAN UTAMA KAYLIZ GRANOLA OAT

OAT
Mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink  dan vitamin E berbanding bijirin yang lain.

SWEET POTATO ( Ubi Keledek Ungu )
Ubi keledek ungu ni sangat bagus tau untuk semua lapisan umur kerana khasiatnya dapat melindungi tubuh dari kerosakan hati serta menghindari dari terkena serangan jantung dan stroks.

CHIA SEED
Merupakan bijirin hebat yang mengandungi kalori dan karbohidrat yang baik untuk tenaga dan stamina. Ianya mengandungi vitamin A, B12, C serta sangat baik untuk sistem ketahanan sistem imunisasi tubuh.

MADU
Sebagai pengganti kepada gula yang dapat menurunkan risiko penyakit diabetes dan mengendalikan kadar gula dalam darah.


CARA MAKAN KAYLIZ GRANOLA OAT ini sangat mudah dan semestinya sangat sedap! Terujanya Gee bila sampai je Kayliz Granola Oat ni, terus Gee buka dan rasa. Makan macam tu pun sedap! Anak-anak Gee pun suka, mereka makan macam makan kacang! haha. Gee cuba makan dengan susu. Korang mesti cuba sebab rasanya lemak berkrim beserta crunchy di dalam mulut. Sedap yang amat! Serius! 

CADANGAN CARA PENGAMBILAN KAYLIZ GRANOLA OAT :
  • Makan begitu sahaja seperti snek harian.
  • Di tambah dengan susu segar.
  • Di makan bersama buah-buahan segar seperti strawberry, blueberry, epal dan buah lain mengikut selera korang.
  • Di makan bersama buah-buahan kering seperti kismis.
  • Di campur bersama yogurt perisa asli atau berperisa buah-buahan.
  • Di buat seperti overnight oat ( simpan dalam peti semalaman bersama susu segar dan yogurt ). 


ANTARA KEBAIKAN MENGAMALKAN KAYLIS GRANOLA OAT

Kaylis Granola Oat membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan, menyihatkan jantung, seimbangkan kadar gula dalam darah, memberi tenaga serta membina tulang yang sihat.

NAK DAPATKAN DI MANA?

HARGA : RM 17.90 ( SALE RM 15.90 )


WHATSAPP : 011-10906902 / 019-6255010

DIKILANGKAN OLEH :

CARE LIZ RESOURCES,
No. 1723, Lorong 40 Taman Villa Lavender Height
70450 Seremban,
Negeri Sembilan.



You Might Also Like

10 komen