Blogger Syok Sendiri? Jauhi 5 Perkara ini!!

by - January 07, 2018

Sesekali mengenangkan zaman bergelar blogger syok sendiri suatu ketika dahulu. Yes! I am a blogger yang syok sendiri tau suatu ketika dahulu!! Kalau tengok kat archive blog Sis Gee, blog ni lahir pada Ogos 2017 kan? Sebelum tu Gee dah bergelar blogger since 2009 macam tu. Tapi disebabkan beberapa masalah memandai-mandai edit code template, bila nak make over blog jadi ke problem pulak. Plus bila fikirkan nak start a new life dengan blogging so blog lama simpan je dulu. Sekarang Gee fokus pada blog ni sahaja. Memang sayang, tapi berbaloi lah pulak bila Gee betul-betul focus blogging dengan cara yang betul.


Nak tahu kenapa Gee gelarkan diri sendiri sebagai BLOGGER SYOK SENDIRI? Aku dahulu sangat berbeza dengan sekarang! Kalau nak selamat jangan buat apa yang Gee lakukan suatu ketika dahulu ni ye. Haha!

BLOGGER MESTI JAUHI 5 PERKARA INI

1. TULIS DIARY SETIAP HARI

Seandainya kita ni public figure mesti ramai yang nak tahu apa aktiviti kita sepanjang hari. Silap Gee  dulu, Gee suka buat blog macam diary! Macamlah retis kan! Sebab tu macam syok sendiri! Hahaha! Suka berkongsi aktiviti yang takde manfaat untuk pembaca. So orang cuma singgah sekali je baca entry tu. Sebaliknya sekiranya entry seperti diary tapi kita buat seperti berkongsi info, manfaat kepada readers maka orang akan kerap baca entry kita itu. 

2. BERKAWAN DENGAN BLOGGER

Sejujurnya dulu Gee lone ranger dalam blogging! Langsung takde contact dengan blogger lain. Rupa-rupanya penting juga untuk kita berkawan dengan blogger kerana dari sini kita dapat tahu pelbagai ilmu blogging yang kita langsung tak tahu!!Owh ruginya kan! Bila ada blogger bagi pendapat tentang blog kita, cuba ubah mana yang elok untuk blog kita. Yang untung blog kita juga nanti. So berkawanlah seramai mana blogger yang boleh ye. Hehehe.

3. TULIS ENTRY PENDEK

Nak jadi blogger yang hebat kena rajin menulis, menaip. Gee dulu suka juga guna short forms, bercerita dengan ringkas, dan pendek! Salah rupanya cara sebegitu! Sepatutnya, apa yang kita tulis perlu mempunyai maklumat yang lengkap, huraian yang padat serta gambaran yang jelas. Biar sampai orang tertarik untuk terus membaca entry kita seterusnya dan seterusnya.

4. BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENDAPAT

Salah satu tugas seorang blogger adalah memberitahu atau menyampaikan maklumat kepada pembaca samada pembaca itu datang dari carian google atau pun daripada media sosial facebook dan instagram. Kesilapan seorang blogger adalah hanya menulis tentang sesuatu tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu. Setiap entry perlu di kaji juga tau!! Seperti contoh entry kita pergi holiday dengan keluarga di sebuah pulau. Untuk bercerita di blog, kita perlu buat kajian senarai kemudahan yang disediakan, aktiviti di pulau, apa yang perlu di bawa, perancangan kewangan dan sebagainya. Ini akan memberi maklumat kepada mereka yang bakal pergi ke pulau itu juga nanti. Seorang blogger yang hebat bukan sekadar menulis cerita pengalaman sendiri sepanjang di pulau tapi berkongsi maklumat dan pendapat yang berguna untuk pembaca.

5. MALAS BLOGWALKING

Ini aku dahulu tau!! Jangan ikot perangai Gee ni.. Sebab tu tulis blog, pv tak sampai 50 sehari. Malu wei! Haha.. Tak siapa nak menyinggah kalau dah kita malas nak menjenguk ke rumah orang. Ni kes untuk blogger baru nak up macam Gee ye. Nak orang kenal kita, kita kena perkenalkan diri sendiri dahulu. Ada masa terluang, cuba blogwalking at least ke 5 blog sehari, dari blogwalking ni akan terjalin satu hubungan baik sesama blogger tau!   

Gee dapat inspirasi nak kongsi tips ni apabila rakan blogger dari Team Blogger Pantai Timur, Sis Hawa ada berkongsi berkenaan TIPS MENULIS REVIEW DI BLOG. Thank you awa sudi share tips yang bagus dan berguna untuk blogger baru macam Gee!


Apa pendapat korang pasal BLOG SIS GEE? Adakah daku masih blogger syok sendiri?? Gee sedia terima pendapat yang membina tau!! No heart feeling! Haha!

You May Also Like

26 komen

  1. Hebat dh sis! I think I still syok sendiri๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  2. Haaaa amboi syok sendiri ehh.. x nampak dah tu syok sendiri... ..blogger dikenali dah heheh

    ReplyDelete
  3. tq for sharing...blog kak gee sgt cantik.dan byk ilmu rabia dpt daripada blog kak gee

    ReplyDelete
  4. kalau cakap loni gee blogger retis macam ner hahahah :P

    ReplyDelete
  5. thnk you for the good sharing sis gee

    ReplyDelete
  6. sekarang dah tak syok sendiri dah..hihi

    ReplyDelete
  7. Blog Gee kemas dan simple. Lagi simple lagi menarik kan :) Sekarang pastinya Gee tak syok sendiri dah. Hihi. Kita kawan2 kat blog eh :D

    ReplyDelete
  8. blog si da x syok sndri pun, tpi blog cik renex dah jd syok sndri jer..hee

    ReplyDelete
  9. Blog Etuza ada kala begitu..meskipun dah lama berblog..malu juuga tetapi terbuat juga..tak apa jangan kita mengata menghina orang dalam blog ya..teruskan usaha berblog..dapt ilmu ni di laman Gee

    ReplyDelete
  10. Asalam dah link kan blog..terima kasih bloglist kan blog Etuza

    ReplyDelete
  11. hahaha rasanya stiap blogger yg baru mula berblog pun mcm tu juga.. sy pun ada ciri2 yg mcm kat atas juga dulu. Alhamdulillah lepas join komuniti Sabahan blogger, kenal ramai kenalan, byak sgat ilmu yg diperoleh.. still a lot to improve myself.. Apapun Blog Kak Gee nampak sgat perubahannya :) Keep on blogging!

    ReplyDelete
  12. hihi sama la kita dulu. selalu syok sendiri hihi

    ReplyDelete
  13. Thankyou for the sharing sis gee :) Banyak point yang boleh diambil.

    ReplyDelete
  14. okaylah.. jangan entri copy paste sudah.Itu yang takmau.

    ReplyDelete
  15. Sy rasa blog sy pun masih syok sendiri. hihi.. semoga terus sukses sis gee!

    ReplyDelete
  16. good sharing sis.. sgt berguna info ni :)

    ReplyDelete
  17. xhebat lagi sbb mls manulis..haha

    ReplyDelete
  18. Kite masih syok sendiri.. ๐Ÿ˜œ

    ReplyDelete
  19. thanks for tips gee... akak pun masih malas menulis ni... hehe... entry pendek

    ReplyDelete
  20. thanks kak untuk tips ni.. memang berguna sangat untuk blogger.. yes, sebenarnya banyak cara untuk blogger cari ilham untuk menulis :)

    ReplyDelete
  21. start blogging memang cam tu gee. mek dlu pun cam tu jugak. bila dah lama, dah mula sies baru tahu mane isi isi penting dalam dunia blog. syok sendiri pada awalnya, dimaafkan. kalau daripada 2007 sampai 2017 masih lagi syok sendiri, elok lah dibaiki. hahaha

    ReplyDelete
  22. tips yg bagus ni, dulu pun kita syok sendiri..

    ReplyDelete
  23. adat laa tu sebagai permulaan. azah pun syok sendiri jugak waktu taip blog 10 tahun lepas. haha. tapi bila dah belajar banyak benda ni, dah delete dah diary diary tak guna tu :D kihkih.

    jemput singgah blog, ada entri tips hamil : susu kambing + kurma :)

    http://zaza96.blogspot.com/2018/01/tips-hamil-susu-kambing-dan-kurma.html

    ReplyDelete
  24. tak pelah syok sendiri..

    blog kita dan suka hati kitalah nak tulis apa..

    yang penting jangan guriskan hati perasaan pembaca

    ReplyDelete