Tips Penting Untuk Ibu Menyusu

December 12, 2017
Assalamualaikum & Hi semua!

Ada ke reader blog Gee yang masih breastfeed (bf) baby atau baru beberapa hari bf baby atau pernah bf sebelum ini atau pun bakal bf baby soon? Semua ibu dan ayah sudah sedia maklum yang susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak seawal baru lahir. Kalau ibu dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki susu yang banyak bolehlah meneruskan menyusu anak sehingga ke umur 2 tahun.

Gambar Throwback 2012 Dengan My Number Two, Nur Amani
Lokasi : Cameron Highland
March, 2012
Tapi ada juga sesetengah ibu mempunyai masalah dan konflik kesihatan yang menyebabkan pengeluaran susu ibu terganggu. Gee tumpang bersedih bagi kaum ibu yang nak sangat menyusu anak tapi dengan TERPAKSA kena bagi anak minum susu formula. Mereka dah cuba tapi kuasa Allah lebih dari segala-galanya kan?

Untuk IBU yang tiada apa masalah yang ingin menyusukan bayi sehingga ke usia 2 tahun boleh cuba tips yang Gee nak kongsikan ini. Gee harap info ini dapat memberikan manfaat untuk semua.

TIPS PENTING UNTUK IBU MENYUSU

1. JAGA PEMAKANAN
Gambar hasil carian google
Ibu yang menyusu digalakkan mengamalkan pemakanan yang sihat kerana apa yang dimakan oleh ibu ianya akan mempengaruhi kualiti susu ibu juga. Elakkan makanan yang bersifat mendorong kepada masalah kembung perut kerana anak kecil sangat mudah terkena masalah angin dalam badan. Antara sumber makanan tersebut ialah kacang dan juga jagung. Pengambilan sumber makanan ini yang berlebihan mungkin akan memudaratkan ibu dan bayi.

2. MINUM AIR KOSONG
Gambar hasil carian google
Ibu yang menyusu akan sentiasa dahaga tau! Bertambah-tambah dahaga ketika si ibu sedang menyusukan bayi. Dengan minum air kosong mencukupi ini dapat menghindarkan ibu dari masalah dehidrasi. Air kosong juga elok untuk ibu yang masih dalam pantang sebabnya kekurangan minum air kosong, ibu berpantang sangat mudah terkena sembelit. Air kosong juga membantu pengeluaran susu ibu. So jangan lupa minum banyak air kosong ye!

3. POSITIF MINDA
Gambar hasil carian google
Minda ibu yang menyusu sangat mempengaruhi pengeluaran susu. Siapa sangka minda yang positif dan sentiasa memikirkan susu yang banyak akan membuatkan susu makin meriah! Ibu perlu sentiasa fikir susu yang ada lebih dari mencukupi untuk bayi. JANGAN fikir susu kurang kerana ini akan menyebabkan susu anda akan semakin susut. Ianya seperti arahan untuk mengurangkan pengeluaran susu. Sebaliknya, sentiasalah berfikir susu sentiasa ada untuk bayi kita.

4. PERSEDIAAN MENYUSU DI TEMPAT AWAM
Terjumpa gambar masa Gee share nursing cover kat Instagram.
Ibu menyusu perlu juga memikirkan sekiranya bayi kita nak menyusu semasa membeli-belah atau berada di tempat awam. Penting juga si ayah untuk mengetahui keperluan ibu menyusu yang ini kerana ianya mempengaruhi mood anak dan juga pandangan orang terhadap si ibu itu. Maka lebih baik sediakan 'Nursing Cover' di mana ianya di reka khas untuk si ibu menyusu di tempat orang ramai. Tidak semua tempat membeli-belah menyediakan bilik untuk menyusu maka dengan 'nursing cover' ini ianya dapat membantu ibu menguruskan emosi bayi yang minta disusukan tidak kira tempat dan waktu.

Untuk pengetahuan korang, 'nursing cover' ni di jahit khas untuk ibu menyusu. Gee juga punya sehelai 'nursing cover' yang Gee beli tahun 2015 dulu masa anak ke 3. Ianya dibuat khas agar bayi kita selesa untuk menyusu dan si ibu juga selesa walaupun ada orang lalu lalang.

5. PERALATAN PUMP SUSU
Kalau pump dengan si kecik gitulah jadinya. Adeh!
Gee sedari ketika anak ke 3, pump susu juga penting untuk ibu menyusu walaupun Gee hanya surirumah. Ketika susu sedang penuh dan membengkak manakala si bayi sudah pun kenyang menyusu maka ketika ini derita si ibu yang bengkak susu dapat diselamatkan dengan adanya pump susu. Di pasaran terdapat pelbagai jenama mengikut bajet masing-masing untuk membeli pump susu. Penggunaan dan cara pump susu ini bekerja adalah berbeza mengikut jenis pump susu. Kalau nak membeli baik korang selidik dulu betul-betul mengikut bajet yang korang peruntukkan ye sebab pump susu ni nak pakai juga untuk anak-anak seterusnya nanti!

PENGALAMAN MENYUSU

Pengalaman menyusu Gee adalah berbeza untuk setiap anak-anak. Yang pertama Gee tak dapat bagi exclusive breastfeeding kerana masa tu sangat kurang ilmu berkenaan penyimpanan stok susu ibu. Lagi pula taska yang Gee hantar Arsyad masa tu macam kurang dipercayai bila berkaitan susu dan pampers anak. Takpe abaikan kisah lama! Haha.

Anak ke 2, Gee berjaya bagi exclusive susu ibu sepenuhnya sehingga ke umur 2 tahun. Mungkin Gee start jadi housewife masa Amani umur 4-5 bulan camtu so kelebihan pada Gee dapatlah bagi fully bf kan.

Anak ke 3, bermula usia Ardini setahun setengah Gee dah mula campurkan susu formula. Sebab masa tu Gee dah sarat mengandungkan si Aqil. Sebenarnya tiada masalah kita mengandung dan menyusu namun kena bergantung pada tahap kesihatan ibu juga.

Sekarang umur Aqil dah setahun 4 bulan dan Gee masih fully bf Aqil. Gee harap diberikan rezeki susu yang banyak untuk terus menyusukan Aqil sehingga ke umur Aqil 2 tahun. In syaa Allah..

REBUT PELUANG BONDING BERSAMA ANAK

Untuk mereka yang tiada apa masalah jom kita rebut peluang yang ada untuk menyusu anak kita sehingga ke umur mereka 2 tahun. Tempoh menyusu ni merupakan tempoh bonding si anak dan si ibu sebenarnya. Bila anak dah besar baru kita rindu balik saat bermanja dengan mereka ketika masih bayi kan? Hehe.

IKHTIAR MERIAHKAN SUSU IBU

Andai susu kita drop jangan putus asa!!Ingat kena positif minda. Doa banyak-banyak untuk dipermudahkan tempoh penyusuan dengan anak. In syaa Allah dipermudahkan. Ibu-ibu pun boleh mengambil supplements dan vitamin tambahan untuk meriahkan susu ibu. Owh biskut untuk penggalak susu pun ada dijual tau!!

BACA REVIEW BISKUT MILKBOOSTER << TEKAN SINI >>

Apa yang penting niat kita dan juga mendapat sokongan sepenuhnya dari si suami. Sokongan bukan berbentuk perkataan sahaja malah perbuatan juga. Mungkin di lain entry Gee akan kongsikan bentuk sokongan si suami kepada isteri yang menyusu ni. Hehe. In syaa Allah.

Harap-harap perkongsian Gee ni berguna untuk semua kaum ibu!!

2 comments:

  1. anak bongsu abam kie langsung x menyusu badan..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Susu ibu mmg sangat bagus untuk bayi kerana banyak khasiat semulajadi yang bagus untuk bayi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.