Pening Masuk Kedai Mr Diy Cawangan Baru Kuala Terengganu

December 09, 2017
Assalamualaikum semua!
SUMBER GAMBAR DARI FACEBOOK MR DIY
Siapa suka pergi Mr Diy kita geng! Kiki. Al kisahnya malam semalam sebelum balik rumah mertua, incik suami ajak pergi Mr Diy cawangan baru di Kuala Terengganu. Misi utama nak beli berus gigi je untuk Geng 4A ni. Incik suami bagitahu berus gigi kat Mr Diy RM 1 je, lawa-lawa pulak tu pilihan yang ada. So Gee pun setuju je pergi Mr Diy memandangkan kita ni memang suka berjalan. Namapun housewife kan! Haha. 


Bila masuk entrance, incik suami suruh ambilkan bakul nak isi barang. Gee menolak dengan alasan nak beli berus gigi je kot buat apa ambil bakul kan. Sekali bila masuk, lain macam sungguh wei dengan Mr Diy yang Gee pergi sebelum ni. Sempat incik suami perli kita, nasib baik tak ambil bakul tadi. Hahaaha!


LAGI BANYAK PILIHAN
Mr Diy yang baru ni ada lagi banyak pilihan. Gee tertarik tengok kat rak buku nota dan diary. Semua lawa-lawa dan rasa nak beli je semua! Haha. Lama termenung tilik kat buku-buku nota tu sampaikan si nombor dua datang bagitahu ' Ibu mabuk lah tu kan!'. Incik suami lah tu cakap ibu diaorang ni dah pening dah mabuk tengok barang dalam Mr Diy. Adeh!


IDEA BAGI HADIAH
Terlalu banyak pilihan untuk bagi hadiah kat anak, kawan-kawan dan juga family. Bila Gee terpandang kat beg-beg kecik yang comel terus terbayang nak bagi hadiah contest blog. Tapi kena tunggu next contestlah ye memandangkan contest pertama sedang berlangsung dan akan tamat beberapa hari je lagi. Hehe.


TEMPAT KEGEMARAN ANAK
Manakan tidak menjadi tempat kegemaran dah semua jenis mainan ada. Adeh pening bapaknya nak melayan. Nasiblah anak ramai! Haha! Dari sekecil-kecil mainan sampailah yang besar-besar pun ada kat Mr Diy ni. Malam tu kami berjaya pujuk beli mainan mur mur je so lepas ni kena buat perangai elok kalau nak repeat datang lagi. Haha.

NAK BELI BARANG KELENGKAPAN SEKOLAH
Nanti nak repeat datang beli alatulis kanak-kanak ni nak sekolah. Yang sorang darjah 2, lagi sorang darjah 1 maka agak banyak keperluan nak membeli tu. Dah tengok harga alatulis kat Mr Diy memang murah so lepas ni kita datang memborong untuk kelengkapan sekolah pulak.


Owh kalau suka mendeko pun banyak gila kot barang-barang deko kat sini. Tapi buat masa sekarang kena fokus kat anak-anak nak masuk sekolah dulu. Nanti kita menabung untuk projek deco pulaks. Haha!

Mr Diy tempat korang best tak? Biasa korang shopping apa kat sana? Nanti Gee repeat Gee update hasil tangkapan apa. Hiks!

9 comments:

  1. Hahaha.. Ni kalau Nurul masuk, kena bawak air.. Penat tawaf.. :p

    ReplyDelete
  2. sha kalau pergi mr diy pun kadang kadang pening haha kalau boleh semua benda dalam tu nk bawak balik

    ReplyDelete
  3. kadang2 me myself yg dah besar ni ha terlebih excited bila masuk DIY. hehe

    ReplyDelete
  4. Ok niat masuk mr.diy nak beli brg2 tertentu je , sekali nampak barang sana , barang sini terus jadi rambang mata ..hehe

    ReplyDelete
  5. Cik Renex tak boleh masuk Mr DIY , sebab semua menggoda. lagi2 bahagian Deco dan alat tlis dan note book

    ReplyDelete
  6. haha..gee dah rambang mata..smua nak bli la tu..:)

    ReplyDelete
  7. Hehe.. memang rambang mata bila dah masuk ke sana. Dari nak tengok je terus kena bayar hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.