Nikmatnya makan bersama keluarga di A&W

December 02, 2017

Siapa penggemar root beer float A&W kita geng! Gee start pregnant kan Si bongsu Aqil tu makin menjadi-jadi tau suka makan kat A&W. Padahal boleh je beli air rootbeer & askrim vanilla kan! Sekarang ni bukan setakat root beer float aje menjadi kesukaan Gee, malah ubi kentang goreng A&W pun sodapppp. Potongan dia besar & crunchy giteww..


Semalam kan Jumaat so si incik suami cuti maka ambil peluanglah bawak anak-anak keluar. Gee pun memang nak top up barang dapur. Musim hujan ni laju sungguh stok makanan. Asyik lapor aje bebudak ni. Mak budak pun sama sebenarnya. Hahahahha.


Pagi semalam tak masak apa, tutup dapur dah alang-alang nak keluarkan. Incik suami kata makan kat luar jelah. Dah hujan lebat yang amat lah pulak. Bila ada anak-anak kecik ni kalau hujan payah sikit nak bergerak, nak menyinggah kedai makan pun susah. Pastu kami decide pergi ke Mydin Mall Gong Badak je sebab kat situ banyak juga kedai makan, parking pun dalam bangunan so memang tak kena hujan langsunglah nanti.

Bila masuk Mydin Mall, A&W memanggil-manggil je tau! Hahhaah. Pastu bila teringatkan set untuk kids dia bagi toys yang best terus ajak suami pergi makan kat A&W. Kalau hidangan untuk budak-budak ada disediakan BEARY MEALS yang terdiri daripada 4 pilihan makanan utama iaitu Nuggets, Burger, Ayam Goreng dan juga Roti Sosej. Setiap hidangan termasuk ubi kentang goreng dan juga air rootbeer atau ribena. Beary meals ni akan dapat 1 mainan atau alatulis untuk 1 order. Sebelum ni pernah dapat buku, set alatulis. Kalini dapat pensel warna 12 batang. Okey sangatlah kan? 

Untuk set biasa pula ada pelbagai pilihan. Gee pilih set Double Deluxe Burger dan incik suami makan set Mozza Burger. Air rootbeer kami semua upgrade ke float aiskrim. Sedapnyaaaa. Hehe. 


Gambar sebelum makan tu banyak tapi bila dah sampai makanan semua dah tak sabar nak ngap! Menu si ibu je sempat snap. Dah dari rumah semua lapar, sampai je A&W tak sabar-sabar semua Geng 4A tu. Nasib ada pensel warna Beary Meals tu sorang satu so lepas diaorang kenyang boleh lah beraktiviti mewarna sementara si ibu ayah nak menikmati burger. Hahaaha. 

Lokasi A&W di Kuala Terengganu ada 2 iaitu dalam Mydin Mall Gong Badak dan di Pantai Batu Buruk. 

Korang suka makan A&W tak? Sharelah pengalaman korang makan kat tempat korang camane. Ada rezeki boleh repeat lagi! Hehe!

10 comments:

  1. sedap nya kak gee.my fav food ni..aduhhh..lama tak makan a&w ni.kecur air liur ni

    ReplyDelete
  2. wahhh.. bestnyaa.. dah lama sangat tak makan dekat A&W ni ^^

    ReplyDelete
  3. Blum pernah lg mkn A&W ni .. dulu ada satu branch kat kk tp blum sempat pegi dah tutup pulak 😁

    ReplyDelete
  4. bestnye. my mum also love A&W. suke makan diorg punye pancake. sedappp

    ReplyDelete
  5. Air dia sedap lamanya tak minum

    ReplyDelete
  6. haritu ajak husbnd..tak dpt lagi nak makan..

    ReplyDelete
  7. Lama tak merasa A&W.. dulu kat KB ada juga tapi dah lama dah tak ada

    ReplyDelete

Powered by Blogger.