BLOGGER

Menang Baucer LAZADA RM 100 tapi...

December 30, 2017
Ramai blogger yang menang hadiah baucer shopping dari Lazada sempena Lazada Blogger Contest tu kan? Nak tahu blogger mana lagi menang boleh baca sini >>> SIS GEE MENANG CONTEST LAZADA <<<


Bertuahnya rasa bila pertama kali turut serta, ada rezeki dapat menang baucer shopping bernilai RM 100. Selepas ditilik, dikira, dihitung maka Gee pun submit order menggunakan baucer yang diberikan oleh Lazada. Nak tahu Gee beli apa?
Yang paling utama nak belikan adalah beg sekolah untuk si sulong Arsyad. Dia dah darjah 2 buka sekolah nanti. Amani dah ada beg sekolah masa grad pra haritu. So bolehlah berjimat sikit guna baucer kan. Maka bila dah pilih beberapa design beg sekolah, Arsyad pun pilih beg sekolah Ben 10 yang berharga RM 76.++. 

So selebihnya lagi Gee guna untuk beli wireless optical mouse dan juga Cushion untuk stroller. Kesemua harga barang RM 105  camtu. Maximize sungguh baucer yang diberikan oleh Lazada tu. Hahaha. Maka Gee cuma perlu bayar lebihan RM5.++ sahaja untuk kesemua barang yang di order.

LAZADA BUAT HAL

Selang beberapa hari selepas Gee submit order, team sales dari Lazada ada hantar message. Panjang sungguh messagenya! Diaorang silap nyatakan di web yang beg sekolah ben 10  tu in stock walhal selepas mencari memang dah takde stok!! Gee dah malas sebenarnya nak pilih lagi dan lagi. Rambang mata weii sebab ada banyakkk pilihan yang ada! 

Rupa-rupanya, team sales Lazada nak gantikan beg yang lain. Beg ben 10 jugak cuma yang ni kualiti beg lagi elok dari yang Gee pilih tu dan harga beg tu RM 149++. Korang rasa????

Yes! Harga beg tu lagi mahal dari apa yang sepatutnya Gee dapat dari Lazada tapi rezeki anak Gee kot, Gee tak perlu tambah bayaran pun untuk beg tu. Alhamdulillah..Seronokkk si sulong dapat beg tu!

TERIMA KASIH LAZADA!!
Baik hati sungguh team Lazada!! Ikutkan date delivery awal januari tau! Tapi beg dah selamat sampai 28hb lepas dah. 

Keadaan beg sangatlah baik, size tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Memang elok dah untuk budak darjah 2. 

Lagi 2 barang belum sampai lagi. Harap-harap barang tu elok-elok je!

Tahun depan harap ada rezeki lagi dengan lazada!

THANK YOU LAZADA AND TEAM!!

You Might Also Like

11 komen

  1. Alhamdulillah.. Memang rezeki sis la tu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. wahh tahniah sis gee.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Murah rezeki Kak Gee~
    Tp boleh tahan juga mahal beg tu haha.

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok hasil sis gee shopping di Lazada..
    Tahniah sis gee, rezeki untuk anak-anak juga.
    All the best to you in the future especially dalam dunia blogging.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah , tahniah dh shopping tanpa mengeluarkan sebarang duit , best sangat

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, dah rezeki ,, ni ada satu lagi barang tak sampai... adui jenuh plak tunggu

    ReplyDelete
  7. Syukur alhamdulillah. Murah rezeki kak Sis Gee dan anak2x. Terbaik Lazada. Hihi. :D

    ReplyDelete