TIPS

Istilah CURANG di Mata Isteri

December 19, 2017
Auchh CURANG? Siapa sahaja lelaki atau perempuan yang bercinta, berkahwin, dah beranak pinak sangat takutkan perkataan ni. Nak membayangkannya pun dah rasa takut dan gerun. Jap! Ke ada yang tak kisah pun? Like DO I CARE? Takpe abaikan golongan tersebut. Memandangkan Sis Gee perempuan ( of course la! ), maka Gee nak kongsi dari sudut perasaan dan pandangan terhadap istilah curang ni.

Sumber gambar dari Google

Personally, I DO CARE dengan masalah curang ni tau! Walaupun tidak terkena pada batang hidung sendiri ( mintak simpang! ), namun kalau dapat tahu siapa-siapa menjadi mangsa curang ni rasa nak marah je! Bertambah amarah apabila yang di aniaya itu kawan atau keluarga sendiri.

Dari pandangan seorang wanita, terdapat beberapa keadaan yang boleh di kategorikan berlakunya curang ni. Jom baca adakah anda suami atau kekasih di kategorikan berlaku curang pada pasangan korang.

1. PERBUALAN MESRA DENGAN WANITA LAIN

Terdapat segelintir wanita yang tidak kisah suami atau kekasih duduk sembang bertampar-tampar, mencubit-cubit, mencuit-cuit perempuan lain. Namun harus anda ingat ada beza tau perbualan biasa dengan perbualan mesra. Rasanya tak perlu nak mencuit pipi, mencubit manja lengan si teman tu ketika bersembang. Perlu ke nak bersentuhan dengan orang lain sedangkan isteri atau kekasih langsung tidak melakukan perkara tersebut dengan orang lain malah lebih menjaga batas pergaulan mereka.

2. BERMESRA DI ALAM CYBER

Hamboiii tak dapat depan mata, dalam telefon pun jadilah ye. Ish ish ish..Sedih sungguh la. Dah kenapa nak melayan message manja-manja, jiwang-jiwang dengan orang lain. Adeh! Dengan isteri pernah ke korang layan message macam tu? Pernah ke say i love you, i miss u masa kat tempat kerja? Kalau tak pernah, dah kenapa nak jiwang dengan orang lain? Inilah orang kata, ada akal tapi letak kat lutut. Isteri dah memang hak milik so tak perlu nak message tanya khabar, luah rasa sayang sebab hari-hari jumpa. Gitu eh? Perempuan lain bukan main lagi take care tanya dah makan ke belum ke. Adakah perlu semua tu? Si isteri kat rumah tu yang tak sempat nak masak pun ada korang tanya? Cuba fikir sendiri akal fikiran yang Allah dah bagi.

3. KELUAR BERSUKA RIA DENGAN PEREMPUAN LAIN

'I keluar pergi minum je dengan Kelly, i tak buat apa-apa pun!'
Tak semua wanita open minded yang tak kisah pasangan mereka keluar dengan wanita lain. Tak kisah lah keluar teman beli barang ke, teman ke bengkel kereta ke, teman minum ke, pergi bersukan ke.. Jangan cari pasal. Rasanya lebih baik kita fikirkan cara untuk perbaiki hubungan dengan pasangan daripada menolong orang yang mungkin akan memberi masalah pada kita dan pasangan. Dengan erti kata lain daripada membantu wanita lain dengan teman minum apakata bawak isteri keluar minum bersama. Bukan kah itu yang lebih baik?

4. PANDANGAN MATA

Selalu dengar tak ustaz-ustaz pesan suruh jaga pandangan mata. Kalau bab bermadu, bab isteri tak layan nafsu suami sesedap je kan bagi dalil dari ustaz. Tapi kalau bab jaga pandangan mata, jaga kelakuan takde pulak nak hadam dalil apa yang ustaz bagi! Dah kalau perempuan seksi meksi lalu depan mata tu cukuplah dapat rezeki sekali pandang ajeee..Ni dah sampai tak perasan bini kat depan buat apa sebab mata terlalu asyik dengan pandangan syaitonn tu. Ish ish ish! Jagalah kelakuan seperti mana anda mahukan pasangan anda juga melakukan perkara yang baik-baik sahaja.

5. BERDUA-DUAAN KE MANA SAHAJA

Asyik berdua aje. Mungkin ni kategori bff forever and ever! Nak keluar makan, pergi kerja, balik kerja, pergi out station ke mana sahaja dengan si teman rapat tapi mesra tu. Jangan lupa, isteri korang kat rumah tu pun pernah ada teman tapi mesra tau sebelum kahwin. Tapi selepas kahwin mereka lebih fikirkan cara untuk jaga hubungan dengan tidak meneruskan hubungan teman tapi mesra tu. So fikir-fikirkanlah apa kebaikan yang korang dapat dari teman tapi mesra tu ye.

BELUM TERLAMBAT UNTUK JADI KETUA KELUARGA YANG BAIK

Pernah dengar tak pepatah ' Bapak Borek, Anak Rintik' . Kita nak ke anak-anak buat perkara yang tak elok seperti kesalahan yang kita lakukan? Anak-anak cermin ibu bapa. Apa yang kita buat harini merupakan rujukan tedekat bagi mereka. Sayangilah isteri seperti mana perasaan ketika lafaz ijab dan qabul dahulu. Sayangi dan sentuhlah anak-anak seperti mana saat kita mengidamkan seorang anak ketika dahulu. Ingatlah kembali detik si isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Adakah layak mereka diberi layanan seperti mana mereka perolehi sekarang?

NOTA :
1. Entry ni tiada kaitan dengan sesiapa sahaja. Ianya ditulis atas rasa sedih dan simpati melihat kejadian-kejadian suami curang terhadap isteri yang tidak bersalah.

2. Entry ni adalah berkaitan suami yang curang. Jangan nak komen ' dah  tu isteri curang takpe ke?' . BACA TAJUK ENTRY YE.

Terima kasih sudi baca!!

Semoga suami -suami dan bakal suami kita adalah tergolong daripada golongan yang menghargai wanita. Amin.


You Might Also Like

8 komen

  1. Betul sebagai perempuan walaupun belum kahwin setuju dengan segala point akak tu. Kalau sebelum kahwin pulak dah nampak unsur2 gitu memang bawa hati la ceritanya. Takpun yang jenis guna statement "kawan-kawan je". Hakkktuih hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. Semoga dijauhkan..selagi boleh tegur pasangan..jgn biar smpi melebih..

    ReplyDelete
  3. Betul..The best is, kaum suami jgn sesekali dengar masalah perkahwinan kawan perempuan berstatus isteri orang...kaum isteri pun, jgn sesekali dgr masalah perkahwinan kawan lelaki yg berstatus suami orang..Same goes to anak dara / si teruna...Jgn sesekali dgr masalah perkahwinan kawan2 lelaki / perempuan yg dah berkahwin...Sebab, bile dah dengar, korang akan mula rasa simpati...Bila rasa simpati dtg, korang akan mula bagi idea & nasihat..Jadi fikir sendiri ape yang si-bermasalah ni rase bile diberi perhatian begitu...Semua 5 point tu ade jgk asalnya dari sharing is caring yg x kena pada tempatnya lah...Huhu..Jgn kecam saya..Sy bg pendapat je...Huhu

    ReplyDelete
  4. Even yg belum kahwin pun boleh freak out kalau benda mcm ni jadi, apa lagi kalau dah kahwin.. Lagi mintak lesung batu namanya

    ReplyDelete
  5. Huhu. Pesanan terbaik kat bawah sekali kak. Hihi. Hope kita dijauhkan dengan isu curang ini. huhu.

    ReplyDelete
  6. Allah.. Semoga kita sentiasa terhindar daripada masalah ini.. Aamiin.. Kecurangan memang boleh mendatangkan kesakitan.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. yang alam cyber tu memang stuju sangat. kononnya tak kenal pun tp kemain mintak mintak gmbr, mesra mesra. kalau isteri buat cam tu, tahu pun nk meroyan. masa buat tk fikir kalau kena kat batang idung sendiri rasa cam mane. haihhh, jantan jantan..

    ReplyDelete