Di sebalik kisah mini opis Sis Gee

by - December 18, 2017

Kemain seronok kan bila dah ada space untuk tulis blog walaupun banyak je update blog guna phone. Kikiki. Dalam keadaan seorang ibu punya anak 4 yang masih kecil rasanya agak sukar untuk fokus menulis blog di hadapan laptop atau pc. Melainkan ada waktu yang sangat terluang untuk fokus depan pc atau stay up di tengah malam baru rasa puas blogging dengan menggunakan pc or laptop. 


Nak tahu kisah di sebalik mini opis ni wujud? Jangan bosan sudah bacanya k! Hehe.

PAID REVIEW PERTAMA

Paid review ni bermaksud ulasan berbayar. Setiap blogger menulis ulasan terhadap sesuatu produk dan mereka diberi bayaran yang telah dipersetujui antara blogger dan pihak pembayar. Pihak pembayar tu boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan khidmat blogger untuk tujuan pemasaran produk mereka. 

Blog Sis Gee ni sebenarnya baru berusia hampir 4 bulan. Alhamdulillah, walaupun usia blog masih tahap berudu namun Blog Sis Gee dah dapat kepercayaan daripada owner produk untuk membuat ulasan berbayar beserta hadiah produk. Masa Gee dapat job berbayar pertama ni, laptop rosak. Skrin gelap gulita dan keyboard asyik duk keluar huruf i je manjang. Hahahahaha. 

Incik suami pun offer nak pinjam monitor kat opis yang dah tak guna. So Gee pun terus setuju! Senang sikit nak hantar draf entry nanti. Setakat nak update entry di blog, Gee okey je guna phone. Semua berjalan dengan lancar dengan kehadiran monitor sementara dari incik suami. Kikiki. Puas sikit nak blogging kalau dengan pc ni. Kalau dengan phone setakat tulis entry dan blogwalking boleh la sikit-sikit tapi kalau nak main coding kat template baik tak payah. Hancuss semuaanyaaa kang! Hahaha.

PAID REVIEW KEDUA

Alhamdulillah rezeki Blog Sis Gee ada lagi dalam blogging. Eh eh terasa baru je serius dalam blog tapi alhamdulillah dipermudahkan olehNya. Kerjaya seorang blogger nampak mudah, hanya menulis di blog namun orang tak tahu masa dan apa yang kita korbankan untuk keep update blog supaya blog tak sepi diam seribu bahasa. Hahaha. 

Bila Gee dapat tawaran ke dua untuk job review yang berbayar, incik suami dah semakin nampak kerjaya baru si isteri. Ada ketika Gee sibuk nak snap gambar, dia tolong jagakan anak-anak. Ada juga incik suami kena dera ambilkan gambar. Hahaha. Nasib beliau paham kerjaya seorang blogger. Tapi dalam masa yang sama Gee selalu terangkan apa yang seorang blogger ni buat dan kena buat untuk dapat job. Kikiki. 

Harap maklumlah ye kalau tengok Gee selalu update pasal makanan, tempat yang Gee pergi, produk yang Gee guna dan semua update status di Facebook dan juga Instagram Gee. Kalau menyampah sila unfollow. Eh! Bukan marah cuma tak semua orang suka kita yang kerja kena selalu buat update status ni, so daripada dapat dosa free baik unfollow sahaja. Okeh tu kisah lain! Hahahaha. 

SOKONGAN SUAMI

Sokongan ni bukan dalam bentuk i support u, u suport i. Sokongan ni perlu melalui perbuatan. Untuk surirumah seperti Gee lagilah memerlukan support sepenuhnya dari teman serumah iaitu incik suami. Incik suami dah sedia maklum kalau Gee tak sempat nak kemas rumah, nak masak sebab dia tahu ada ketika Gee terpaksa hadap blog dan semestinya anak-anak keutamaan Gee. Mereka pun perlukan Gee untuk bermain dan bermanja. Lagi pun Gee buat blog untuk tambah pendapatan keluarga juga maka incik suami kenalah memahami dan juga bertolak ansur. 

IDEA MINI OPIS

Kat rumah takde meja study dan apa-apa meja yang tinggi daripada tahap ketinggian si bongsu tu. Monitor incik suami Gee buh atas meja makan. Korang paham-pahamlah kalau meja makan selalu ada je makhluk-makhluk kecil tu kan. Risau juga kalau masuk dalam monitor, laptop semua habislah...

Gee pun bagi idea nak beli meja untuk letak komputer. Incik suami tak menghalang sebab Gee guna duit sendiri hasil daripada tulis blog dan juga bisnes online yang lain. Seronok lah si isteri ni kan! Hehe. Bila buat mini opis untuk ibu maka haruslah buat mini playschool untuk anak-anak jugak. Seronok si Ardini main cikgu-cikgu sementara yang bongsu tu asyik kena marah je sebab jadi pengacau! Hahaha. 


Harap-harap bertambah lagi rezeki dalam blogging ni. Mood pun silalah datang menjelma selalu ye. Mini opis tu ada lagi banyak idea nak letak itu nak letak ini namun kita tunggu next job kalau ada rezeki lebih boleh tambah item lagi untuk mini opisku ni. Hehehe.

Doakan kita sesama blogger sentiasa success dalam blogging dan juga hubungan kita sentiasa diberkati olehNya. Amin..

Siapa-siapa datang Terengganu jangan lupa roger Sis Gee tau!

Thanx semua yang sudi baca coretan Gee !

You May Also Like

22 komen

  1. bestnya ada miniofis...Liez ni nak juga ruang untuk bekarya tapi ruang tak ada...Just ada hanyalah meja jepun ni buat blogging. Tapi alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. meja jepun pun okey lagi selesa bersila je.. Gee ni kalau bersila ramai sangat yang join sekali nanti. Haha

      Delete
  2. Workstation .. makin semangatlah nk update blog nanti kan ..hehe CCL pun banyak blogwalking & update blog guna handphone .. tak sempat pulak nak usung laptop sana sini ..sekali sekala on blog pakai laptop jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!!dengan phone kat mana-mana pun boleh..sambil baring terutamanya. haha

      Delete
  3. semoga sukses selalu sis gee.

    ReplyDelete
  4. Good luck gee ����

    ReplyDelete
  5. mini opis ekin penuh barang hahahaha ada mcm2 kotak la plastik la.. bila nak menyimpan semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah ni gitu jugak ekin..semua barang nak buh atas meja. hahaha

      Delete
  6. Jom deko-deko opis

    #SisGeeDeko hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah... dah berjangkit ni rasanya. hahha

      Delete
  7. Seronoknya ada mini opis sendiri . Wani pun teringin juga la nak buat mini opis sendiri dekat bilik , hehe . Baru selesa nak buat berkerja dan bw .

    ReplyDelete
  8. Tahniah Gee... im proud of u my dear :D

    ReplyDelete
  9. memang semangat lain maciam bila ada opis sendiri di rumah kan sis gee.. Dilah pun harap 1day akan ada SOHO sendiri di rumah.. hehe

    ReplyDelete
  10. tahniah.. sem8ga success.. akk pun nak jadi mcm ni...

    ReplyDelete
  11. Saya pun tengah berangan-angan nak ada workstation sendiri, Insha Allah bakal dilaksanakan..

    ReplyDelete
  12. tahniah akakk.. busyra sntiasa doakan akak berjaya.. inshaAllah.. mmg best ada home office sndiri.. snnag nak buat keja.. btw mmg comel home office akak.. <3

    ReplyDelete
  13. Rezeki tu kak. Walaupun blogger berudu nanti jadi katak putera raja laa pangkatnya hehehe. Alhamdulillah untuk akak :D

    ReplyDelete
  14. Saya nak buat tempat untuk photoshoot produk..DIY gitu..hehe

    ReplyDelete
  15. Wahhh... mini office kak Gee. Sangat menarik kak. GV doakan semoga akak murah rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. InsyaAllah.Aamin. :)

    ReplyDelete
  16. Waahhh bestnyaa.. sy pun ada impian nak ada meja sendiri kat rumah. Tp rumah kecik hahahaha ..nak bwat mcm mana~ Apapun keep on blogging. Smoga dimurahkan rezeki selalu :)

    ReplyDelete