Banjir 2017 : My First Experience

December 04, 2017
Betapa kuatnya dugaan bagi mereka yang terlibat dengan bencana banjir ini. Allahu. Buat pertama kali dalam hidup Gee dan keluarga disenaraikan sebagai mangsa banjir. Kawasan perumahan ni memang kawasan banjir sebenarnya tapi ramai yang dah pun membeli rumah kat sini so mereka terpaksa lah hadap musim tengkujuh setiap tahun. Gee cuma menyewa kat sini bermula hujung tahun 2015. Sejak kami menyewa tak pernah lagi air masuk dalam rumah tapi kalau musim hujan adalah air melimpah atas jalan depan rumah.

KENAPA GEE TAK CARI RUMAH LAIN?
Sebabnya kejiranan kat sini sangat tip top!! Anak-anak nak main kat luar pagar pun jiran tetangga ada tengokkan kalau mereka ada kat rumah. Petang-petang pulak meriah sungguh bila incik-incik suami kat taman ni bersidang. Haha. Kalau nak balik kampung lama atau nak tinggalkan rumah pun jiran-jiran boleh tengok-tengokkan rumah. Tu tak cerita lagi kalau buat majlis makan. Part ni best sebab para isteri cuma perlu datang makan aje. Dari awal perancangan majlis makan, sediakan menu dan sehinggalah sesi mengemas semua kaum lelaki yang bereskan. Best gila! Majlis makan-makan mengalahkan kenduri kahwin. Menu BBQ, kambing golek, desert pot luck beraneka macam, menu utama yang pelbagai jenis, buah-buahan, rendang, ketupat, eskrim, banyakkkk sungguh!

TRAGEDI BANJIR 2017

Gelombang pertama banjir
GELOMBANG PERTAMA

Tengok dalam gambar tu!! Masa tu seminggu yang lepas. Gelombang pertama banjir dengan air penuh di atas jalan dan juga sampai ke kawasan porch kereta. Tapi air tak naik tinggi sehingga masuk ke dalam rumah. Air banjir masa ni bersih lagi sebab nampak jernih aje. Seronok budak-budak main basikal dalam air. Habis kecut satu badan dapat main hujan dan air banjir. Nasib baik tak demam.

Setelah sehari semalam air melimpah atas jalan, esoknya air semakin surut. Semua dah rasa lega sebab tak teruk sampai masuk ke dalam rumah.

BERMULANYA GELOMBANG KEDUA

1 Disember 2017, Jumaat. Hujan sangatlah lebat sehari suntuk tak berhenti. Hari Jumaat malam tu incik suami dah risau kot air naik lagi. Semua selipar kat luar rumah siap sedia simpan kat tempat tinggi.

Esoknya, 2 Disember 2017, Sabtu, dalam waktu subuh tu air dah start masuk dapur rumah. Gee pulak malam tu takde bangun buat susu untuk si Ardini so memang tak sedar langsung air dah masuk dapur. Bila buka pintu rumah, air penuh di porch kereta. Dalam pukul 8 gitu semua pakat alihkan kereta kat tempat tinggi. Incik suami pun sama selamatkan dulu kereta kang air dah tinggi habissss laaa...


Si Aqil tu sempat lagi duk syok hulur tangan kaki kat grill rumah main-main air. Adeh! Pagi tu incik suami belikan makanan je untuk breakfast. Dengan tenang duk makan, padahal air semakin meninggi. Aishhh semakin lama air tak juga surut. Dalam tengah hari tu incik suami suruh Gee & anak-anak balik rumah mak je sebab susah ngan anak-anak kecik bila nak hadapi banjir ni. Mainan yang dah simpan kat atas, di ambilnya si abang kakak buat main pulak. Mana si bapak tak stress. Haha. Berangkut kami naik motor ke tempat parking kereta.



BERAT HATI TINGGALKAN RUMAH

Tinggallah incik suami kat rumah. Kesian kan. Tapi nak buat macam mana. So dia teruskan kerja angkat mengangkat segala barang. Air dah penuh kat dapur & semua tandas. Kalau ada kereta atau motor yang lalu mesti air masuk dalam rumah. Dengan berat hati Gee & anak-anak balik check in rumah mak sedara. Rumah mak pun dekat sebenarnya tapi disebabkan rumah mak pun banyak bocor masa hujan lebat ni so mak pun risau nanti budak-budak ni main berlari-lari dengan keadaan lantai licinnya. Nasib baik duduk dekat dengan family so adalah tempat nak dituju kalau ditimpa musibah macam ni.




AIR SURUT SELEPAS 24JAM BANJIR

3 Disember 2017, Ahad. Alhamdulillah, cuaca sangat baik  dengan cahaya matahari yang memancar, rasa tenang sikit hati teringatkan rumah yang terkena banjir. Terus Gee telefon incik suami bertanyakan keadaan rumah. Katanya air dah surut cuma di tepi-tepi jalan masih ada air dan juga kawasan yang sangat rendah. Syukur Alhamdulillah. Air pun masuk setakat dapur dan tandas je bukan seluruh kawasan dalam rumah.

TERIMA KASIH UNIT AMAL MALAYSIA, RUKUN TETANGGA, AJK KAMPUNG DAN SEMUA

Petang Ahad tu jugak Gee balik rumah dengan anak-anak. Gee sampai rumah dalam jam 5.30 petang, tengok dari jauh ramai sangat orang duk berkumpul depan rumah. Dalam hati ni terdetik siapa pulak meninggal. Tadi dalam kereta ada juga incik suami call tapi line problem pulak. Bila semakin menghampiri nampak ada beberapa orang budak muda sedang bersihkan kawasan rumah kami. Segan pun ada sebenarnya. Rupanya sebab itulah incik suami call tadi. Nasiblah jiran sebelah ada tolong tengokkan. Ramai juga yang menolong, siap pakai tshirt sama lagi tertulis 'Unit Amal Malaysia' . 

Mereka pun ada tawarkan pertolongan untuk bersihkan dalam rumah tapi Gee menolak sebabnya air masuk setakat dapur je. Boleh je Gee dengan suami bersihkan. Lagipun banyak lagi rumah lain mereka nak bantu. Mereka dah tolong bersihkan sekeliling rumah pun dah kami berterima kasih sangat. Kurang sikit beban nak bersihkan rumah dengan ada anak-anak kecilnya kan. Longkang, sampah semua mereka bersihkan. Syukur Alhamdulillah bila ada pihak menghulurkan pertolongan sebegini.



Harini 4 Disember 2017. Keadaan dapur dan tandas semua kami dah bersihkan malam tadi. Cuma baju kotor yang tertangguh untuk dibasuh masih banyak. Haha. Barang-barang kat tempat tinggi masih ada lagi tak simpan di tempat asalnya. Slowly lah kan kemas, nanti-nanti siaplah semuanya.

Di entry lain Gee nak share tentang perkara yang perlu dibuat apabila terlibat dengan musibah banjir. Harap-harap dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

Pengalaman pertama untuk Gee, suami & anak-anak. Alhamdulillah semuanya dah okey dan incik suami dah pun pergi kerja seperti biasa. Hehe.

Terima kasih yang mendoakan Gee & keluarga. Komen di fb & ig pun ada yang tak ter reply sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah. Entry ni Gee tulis sikit-sikit start dari hari pertama banjir lagi.

Finally dapat publish!!


20 comments:

  1. alhamdulilah semua dah selamat.. tapi stil kena berjaga2 gak tu musim dia ada lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik ash!suami pun cakap benda yg sama..sebab ni baru awal disember kan..huhu

      Delete
  2. Alhamdulillah lega tgk bila keadaan dah okay. take care and be safe sis gee n family.

    ReplyDelete
  3. Kalau dapat jiran tetangga yang ok memang sedih nak tinggalkan kawasan tu... bertabahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah!!payah nak cari jiran baik peramah ni!

      Delete
  4. Keluarga husniey pun pernah merasa banjir besar 2014.. Umah bukan kawasan banjir, tak pernah naik air.. Masa tu naik tinggi air.. Dalam rumah dekat lutut, kat luar dekat pinggang memang seramm.. 2 3 bulan pun tak habis mengemas 😥😥

    Kenangan paling tragis

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah gee ingat tahun tu banjir besar kan!masa tu gee lahirkan anak ke 3..kalau banjir masuk rumah jenuhhh dengan perabotnye...huhu

      Delete
  5. alhamdulillah semua dh okay. banjir di kelantan pun dah reda ni

    ReplyDelete
  6. Memang letih kalau part mengemas..rumah mak kita pernh masuk air..sonok main airla..tapi kemasnya..fuh..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah air da surut. Reen pernah terlibat dgn bnjir. 2014 banjir ; umah reen tak kena tapi terkepung tak leh ke mana. Dengan air dan elektrik xde. 2016 banjir tak teruk tapi still terkepung. Memang pengalaman yang mencabar kan.

    ReplyDelete
  8. semoga semuanya dipermudahkan ...
    mrs pip pun dah pernah merasa banjir teruk beberapa kali ...

    ReplyDelete
  9. masa banjir baru ni umah abe kie selamat cuma jln nak keluar tu je air melintas. terpaksa la harung gak.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, semua dah selamat tapi kena hati-hati la selagi musim tengkujuh tak berakhir selagi itu kena beringat

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, selamat semuanya tapi kena hati-hati la selagi tak berakhir musim tengkujuh ni kena hati-hati gan persekitaran

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, semuanya selamat.
    rumah saya tak pernah naik air, tapi masa tahun 2014 tu, mmg tanpa duga dinaiki air. smpaikan elektrik pun xder

    ReplyDelete

Powered by Blogger.