Shopping Baju Budak Murah, Cantik dan Berkualiti

November 10, 2017
Assalamualaikum semua!


Entry kali ni Gee nak kongsi pasal baju anak-anak pulak. Teruja tau nak share ni sebab barang bagus ni! Hahaha.

Nampak gambar empat sekawan tu? Nasib baik semua beri kerjasama yang bagus waktu ambil shoot ni. Bunyi macam pro! ( tepuk dahi! ) 


Kisahnya begini.. Gee beli baju anak-anak ni dari seller dari facebook merangkap rakan yang sangat baik dengan Gee masa zaman study dulu, KAK DA. Hari-hari gambar baju budak asyik melintas aje kat wall facebook Gee. Aishh tak tahan jugak nengoknya sebab Kak Da jual dengan harga yang sangat murah!Ditambah pula dengan bilangan anak i ols yang ramai ni kan rasa macam nak nak nak kaut je semua! Sebab lawa! Adeh! ( tepuk dahi lagi! )


Mulanya Gee pilih design lain. Bila check stok takde pulak size yang dikehendaki. Keciwe di situ. Mungkin sebab harga murah semua pakat duk beli. Lepas tu Kak Da pun tunjuk design apa yang ada mengikut size yang Gee nak. Owh lagi senang nak pilih! Mulanya pilih untuk the boys dulu. Jumpa yang si abang the one and only size untuk Arsyad. Pastu bila tengok design size Aqil jumpa warna sama tapi nama brand tu je lain. Menarik juga main mix and match ni. Hehe. So settle untuk anak-anak lelaki. 


Lepas tu tengok design untuk si puteri-puteri pulak. Mata Gee dah rambang dah. Haha! Nasib lah Kak da cadangkan yang Hello Kitty ni. Bila tengok eh sama tema pulak dengan geng lelaki. Bila Kak Da bagitau size pun ada lagi untuk Amani dan Ardini, terus aku confirmkan order. Hehe. Murah wei! 


Kak da bagitau kain dia best! Eh tak sabar nak tunggu baju sampai. Gee order malam, esoknya Kak Da terus pos dan lusa tu Gee dapat dah bajunya. Bila pakaikan kat bebudak tu memang betul apa yang Kak Da bagitau. Kain dia selesa dan sangat sesuai untuk anak-anak kecik ni sebab tak panas pun kainnya. Menarikkan? Haha. 

Meh sini Gee bagitahu nak order dengan siapa dan kat mana. Kat bawah ni Gee ada sertakan link facebook Kak Da. Korang terjah je nanti semua details ada kat facebook Kak Da. 


WARNING!!
korang akan terpengaruh untuk beli lebih dari sehelai!!Percayalah! Hehe.

HAPPY SHOPPING SEMUA!!

9 comments:

  1. amboi untung la anak-anak sis gee dapat mama suka shopping! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekai aira membeli baju anak-anak..hehe

      Delete
  2. Wahh!! seronok bukan kepalang anak-anak dapat baju baru. huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Amboi model ciliknya comel comel, sis ira tak tahu nak tengok baju ke tengok model hehehehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya anak2 tu dpt baju baru kan hehe

    ReplyDelete
  5. Tq sisgee for the review.
    siapa nak cuci mata..shopping baju murah2 boleh la jalan2 kat page kakda.
    https://www.facebook.com/kakdababieskidswear/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.