TIPS

Petua Cantik Amalan Dari Kecil

November 27, 2017
Gee dulu kan pantang kalau orang bagitahu buat ni kulit cantik, ambil daun ni nanti daki hilang, lumur ni kat badan nanti kulit lembut. Mesti rasa nak mencuba. Tak tahu kenapa Gee dulu suka mencuba petua-petua kecantikan dari bahan-bahan semulajadi ni.  

Waktu tu umur gee darjah 5 atau darjah 6 camtu. Tak tahu lah apa sindrom or hormon masa tu. Nak tahu apa yang Gee amalkan petua kecantikan tradisional orang dulu-dulu? Jom baca!

TIPS DAN PETUA KECANTIKAN SECARA TRADISIONAL


1. PUTIH TELUR AYAM KAMPUNG DIJADIKAN MASKER WAJAH


Dulu rumah mak ada bela ayam. So kalau gee nampak ada telur mesti Gee ambil sebiji. Lepas tu Gee akan pecahkan & asingkan telur putih & kuning. Telur kuning kita simpan dalam peti. haha. Ambil telur putih pastu sapu kat seluruh kulit muka. Bila dah kering, kulit akan rasa tegang tau! Kita biarkan dalam lebih kurang 10 minit ke 15 minit. Masa keadaan kulit tegang ni, mulut kena kunci rapat tak boleh nak sembang dah. hahaha. Selepas 15 minit, basuh muka dengan air biasa. 

Nak tau best ke tak kulit? Korang kena try lah! Mesti rasa nak buat selalu je nanti! Kulit rasa lembut sangat! Rasa anjal gitewww...hahaha..

2. AMPAS KELAPA BUAT SCRUB BADAN


Kalau dulu biasa kan mak-mak kita mesin sendiri je kelapa tu nak ambil santan kelapa buat masak gulai. Sekarang pun ada lagi yang guna mesin kelapa tu cuma kebanyakkannya beli santan dari kedai je lagi cepat & mudah!hehe. Kisahnya, gee suka ambil ampas kelapa yang mak dah perah tu. Kata orang ampas kelapa ni elok nak bagi kulit bersih, hilang segala daki. Caranya, sebelum mandi ambil ampas kelapa, kita scrubkan ke seluruh badan. Biar seketika. Lepas tu bilas dan mandi seperti biasa. 

Kesan dia kulit badan jadi licin u ols! Terasa lembut je. Korang cubalah kalau takde ampas tu, cuba tanya kat kedai yang jual santan. Mesti ada kan. Haa bukan ke senang nak buat scrub badan sendiri? Hehe. 

3. BUAH LIMAU PURUT MENYIHATKAN DAN MELEMBUTKAN RAMBUT


Biasanya daun limau purut kita guna dalam pelbagai jenis masakan. Kalau korang perasan ada syampu rambut yang berasaskan buah limau purut. Rupa-rupanya best gila kot guna limau purut asli kat kepala. Amalan ni Gee cuba masa balik rumah kawan baik masa kat sekolah dulu. Nama dia Ila. Petua ni dia pun selalu amalkan.

Caranya, potong buah limau purut tu kepada 4 atau 6. Lepas tu gosokkan buah limau purut di rambut dan seluruh kulit kepala. Dengan bau dia yang sangat segar memang kulit kita pun rasa sangat best! Rambut menjadi sangat lembut dan semestinya wangi!

4. AIR BERAS ELOK UNTUK MUKA


Ni pun Gee cuba jugak tau! Orang kata air beras sangat elok untuk kulit muka. Dulu kan kalau mak nak masak nasi, awal-awal bagitahu Gee nak air beras. Cara Gee buat senang aje. Air basuhan beras tu Gee ambil dan basuh ke seluruh wajah. Selepas beberapa minit, bilas dengan air biasa. Petua orang tua-tua, air beras ni membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan masalah jerawat. Petua ni paling senang kan? Sebab kat rumah memang semua ada beras so selamat mencuba ye!



Best tak petua Gee amalkan masa kecik dulu? Tapi dah berumur ni tak pulak amal. Adeh! ( tepuk dahi ) Takpe Gee share kat korang. Yang bujang tu sebelum ada komitment yang bertambah-tambah selepas kahwin bole amalkan ye!!Bila dah ada anak ramai ni bukannya tak nak buat tapi masa itulah. Dapat buat entry kat blog pun dah rasa bersyukur sangat dah. Hahaha.

SELAMAT MENCUBA DARLS!!!

You Might Also Like

11 komen

  1. Ray selalu gune putih telur as mask. hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh..zaman skrg siap beli scrub yg dah siap kan..

    ReplyDelete
  3. dulu guna putih telur jadi mask lepastu berjeragat muka. :(

    ReplyDelete
  4. aira yang bujang ni pun tak berapa nak rajin. hehe :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!kan!dulu zaman sekolah rendah kot!rajin tu ada lagi..hahaha

      Delete

  5. ina scrub muka dengan garam bukit... eheheeh. Tapi sekarang tengah rajin duk cuba petua viral hat blog ina tu..hehehe pasni boleh cuba petua gee pula.. ehehehe. tq ye gee.Sama sama Cantik!

    ReplyDelete
  6. Yg ranbut guna gak limau purut segar kepala bila mandi dengan liamu purut

    ReplyDelete