Jangan Salah Sangka Pada Pekerjaan Seorang Blogger

November 15, 2017
Assalamualaikum..
Hi semua!
Terima kasih kerana sudi singgah baca blog yang baru nak mencecah usia 3 bulan ni. Sejak buat blog baru, tukar yang lama ganti yang baru ni kan , Gee rasa semakin seronok dengan pekerjaan SEBAGAI BLOGGER ini. Semakin hari, semakin banyak rasa ingin tahu berkenaan blogging. Semestinya perasaan ingin tahu untuk jana pendapatan melalui blog itu sangat tinggi.

Bila di tanya pada mereka yang berpengalaman dalam dunia blog ni, rupanya banyak cara bagaimana blogger dapat tambah pendapatan. Tapi sebenarnya bukan mudah nak jadi seorang blogger yang kental dan juga nempunyai income sendiri. POKOK PANGKALNYA ADALAH KERAJINAN UNTUK UPDATE BLOG DAN JADI DIRI SENDIRI APABILA BERKONGSI SETIAP ENTRY DI BLOG.

Seorang blogger mungkin akan di pandang serong sebabnya ada yang menyangka kami ni suka menunjuk-nunjuk. Makan situ nak update, pergi jogging nak bagitahu, masak mee goreng pun nak kongsi resipi, anak makan biskut pun nak kongsi biskut apa dan banyak lagilah.

Ramai tak tahu kenapa kami blogger update macam-macam perkara di media sosial seperti facebook dan instagram. Meh sini Gee tolong senaraikan untuk bagi mereka faham kenapa dan mengapa blogger suka update status di media sosial.

KENAPA BLOGGER SUKA BUAT STATUS DI MEDIA SOSIAL

1. SUMBER PENDAPATAN UTAMA - Perasan tak ramai juga surirumah menjadi seorang blogger. Termasuklah Gee! Ni salah satu cara kami usaha cari duit dengan menulis blog sambil-sambil jaga anak kat rumah. Kami tak bekerja di office buat akaun, masuk meeting TAPI seorang blogger kena buat entry dan status untuk naikkan peluang dapat sesuatu job yang memberikan kami pendapatan. 

2. DIPANDANG OLEH BRAND / SYARIKAT - Sebenarnya, banyak brand di Malaysia menggunakan khidmat blogger untuk mempromosikan produk mereka. Blogger diberikan bayaran, produk percuma ataupun apa-apa ganjaran untuk setiap job yang diberikan. Brand ni diaorang nak blogger yang aktif tau, follower ramai. Maka sebab itu kami blogger harus buat status setiap hari untuk memastikan kami ada peluang yang tinggi untuk bekerjasama dengan brand di Malaysia.

3. TUNTUTAN KERJA - Maksudnya bila seseorang blogger mendapat sesuatu tawaran daripada sesebuah syarikat, event atau brand maka seseorang blogger terikat untuk melakukan posting berdasarkan syarat yang ditentukan oleh mereka. Dulu kerja bidang audit kena buat kerja audit penyata kewangan syarikat. Kini tuntutan kerja Gee sebagai blogger, Gee harus mengikut kehendak client yang nak Gee mempromosikan produk mereka dan sebagai ganjaran Gee dibayar ataupun diberi ganjaran dalam bentuk barang.

4. UNTUK DIKENALI - Semestinya bila dah jadi blogger orang nak tahu siapa kita. Kalau update status sebulan sekali ataupun seminggu sekali, ada tak orang perasan kewujudan kita? So kalau orang tak perasan, apatah lagi syarikat yang besar? Pastu macam mana nak dapat income bila status sunyi sepi, takde follower?

5. NAIKKAN FOLLOWER - Nie salah satu sebab Gee selalu update status. Nak naikkan follower. Bila bertambah follower, peluang nak cari job lagi tinggi. Sebabnya ada sesetengah job di letakkan minima follower. So kenalah kasi menarik sikit media sosial kita untuk orang follow. Hehe.


Nampak tak macam mana seorang blogger bekerja? Kalau dapat pergi event pun sama nak kena share di media sosial. Tapi Gee tak pernah lagi attend event sebab kat Ganu takde buat. Banyak jemputan di luar Terengganu so kita tengok dari jauh je lah. Hehe.

Jangan kecam blogger selalu update status sebab nak show off ye. Kalau tak suka unfollow je. Tak payah nak tengok langsung kan. Hehe. So dah faham kot kan kenapa blogger keep sharing? Hehe. Kalau korang selalu follow blogger otai lagi best tau sebab banyak info best diaorang share. Ada tips travel, tips kecantikan, tips kesihatan dan macam-macam lagi tips. Gee ni kategori blogger berudu kecik lagi so banyak lagi ilmu nak dicari gali. Hehe. Mohon tunjuk ajar Gee ye.

Thank you semua sudi baca!!

13 comments:

  1. Betul. Setuju sangat. sesetengah blogger mungkin update entry just utk suke2 and kongsi mcm2 dengan followers. Tp ada jugak yg memang berblog sebagai salah satu punca rezeki.

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. bukan niat blogger tu nak menunjuk-nunjuk tapi sebenarnya lebih untuk berkongsi info

    ReplyDelete
  3. banyak pro dan contra.Tapi ada rakan sekolah ina,siap tanya.Eh..,awk blogger erk. Sebelum ni krik krik..tak bertegur sapa. entahlah.. Semoga gee success selalu.

    ReplyDelete
  4. Hanya blogger je yang tahu perasaan blogger. Blogger pun ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Semoga kita sama sama berjaya yer gee.

    ReplyDelete
  5. setuju! bukan senang jadi blogger. tapi itulah, kerja mana2 pun semua ada kesusahannya. yang penting kita kena konsisten.

    ReplyDelete
  6. Betul tu sis .. hanya seorang blogger akan paham macam mana jadi seorang blogger

    ReplyDelete
  7. setuju dgn sis, blogger ni memang mcm ni la kerjanya, nak buat mcm mana. ada sebab kenapa blogger buat semua tu....

    ReplyDelete
  8. betul..tak banyak sedikit mmpu mengubah follower dan sumber pendapatan sampingan

    ReplyDelete
  9. blogger juga satu kerjaya sekarang ni :)

    ReplyDelete
  10. Banyak blogger yg dah berjaya sekarang ni. Media jugak byk perlukan blogger ntk promosi.. irine nadia, yuyu zulaikha, cik epal, fatin suhana, hanis zalikha n ramai lg memberi inspirasi.. paling best dpt kenalan di alam maya..

    ReplyDelete
  11. Blogger berudu?

    Comel sangat tu Gee. Hehehehe

    ReplyDelete
  12. Setuju semua point Gee. Bukan senang jadi blogger. Masa dan idea nak kena ada baru boleh up entri. Tapi masalah Siqah, masa lah. Huhu. Blogger boleh dianggap sebagai satu kerjaya sekarang. Teruskan blogging Gee :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.