HOLIDAY

Berhujung Minggu di Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu

November 14, 2017
Assalamualaikum..
Hi semua!


Seronok sungguh Geng 4A tu.. Padahal bercuti di kampung sendiri je tu. Haha. Al kisahnya Jumaat lepas, Gee lah yang gatal tangan duk search hotel kat area Kuala Terengganu ni haa. Agaknya sebab dah lama tak pergi ke mana-mana, kepingin nak pergi bercuti toksah cakap lah. Sekarang tak macam dulu kalau cuti sekolah boleh je plan ke KL sebab kos holiday dulu lain dengan sekarang. Adeh semua dah naik harga! Makanya, Gee pun cuba-cuba intai hotel kat area sini je sekurang-kurangnya boleh merasa kenikmatan holiday lepaskan segala kepenatan, stress dan juga reward diri sendiri. Hehe. 


KENAPA GRAND PUTERI HOTEL?

Sebab dapat harga murah!!Masa Gee nak booked tu harga offer untuk hari tu RM 115. Harga tu untuk Superior King Room tanpa breakfast. Dengan harga tu boleh juga bermandi manda di swimming pool hotel. Memang Gee nak cari yang ada kolam pun sebab Geng 4A ni memang suka yang amat mandi kolam. Haha.


Kolam renang di asingkan untuk lelaki dan perempuan. Tapi waktu kami nak bermandi manda tu, kolam lelaki tutuplah pulak. So semua mandi kat kolam perempuan.


Alhamdulillah cuaca elok je so bolehlah Geng 4A ni mandi manda sepuasnya. Kolam renang ni dibuka dari jam 7 pagi sehingga 7 malam. Seronok sungguh mereka! Siap tak nak naik bilik lagi. Hahaha. So kena bagi ayat memujuk lepas ni kena datang lagi. Hehe.


Booking dari mana dapat murah?Gee tak expert mana bab booking hotel ni. Tapi haritu bila compare dengan website lain, harga paling murah kat BOOKING.COM . Rezeki kami sekeluarga kot kan. Hehe.


Lobi Hotel Grand Puteri sangat luas sampaikan budak-budak ni boleh berlari-lari. Adeh! Designnya pun simple dan minimalis. Paling best layanan staff mereka yang sangat friendly. Masa nak check in, salah sorang staff tolong bawak Arsyad pergi toilet. Biasalah budak-budak tu, tak kira tempat nak membuang. hadoi.


Bila masuk bilik teruja lah semua Geng 4A tu. Bilik pun luas je sebab boleh diaorang buat ruang masing-masing dalam bilik tu. Pastu siap susun mainan kat ruang sendiri. Haha. Aah Gee dah standby mainan, buku, makanan kot lah mereka kepuasan kat bilik. Nama pun bercuti di kampung sendiri. Memang ibunya nak menikmati je suasana tenang dalam bilik so kenalah bersiap sedia awal-awal kan. Hehe. 


Buku agama, quran, sejadah, tuala ada 3 helai disediakan oleh pihak hotel. Selain itu ada juga disediakan seterika beserta iron board, hair dryer, kelengkapan mandi, air mineral, kettle dan juga beberapa packet kopi serta teh. Owh peti sejuk mini pun ada tau! Rancangan tv pun ada channel movies & kartun. So bolehlah baring-baring layan movie kan.


Amacam korang? Best tak holiday Gee? Jimat minyak, jimat kos kan? Husband pun jimat cuti tak perlu apply cuti tapi boleh quality time dengan anak-anak. Hehe. Yang penting anak-anak suka. Siap request nak datang lagi! Haha. Kena bekerja keras lagi ni!Haha.

Nanti Gee update PART 2 berkisah sambutan harijadi si puteri puteri Gee kat Hotel Grand Puteri ni.

Korang nak cuba jeling-jeling hotel di kampung korang sila terjah :


SELAMAT MEMILIH DESTINASI PILIHAN!!

You Might Also Like

17 komen

  1. Ray selalu guna Booking.com jugak bila travel.

    ReplyDelete
  2. Memang tengah cari hotel area kuala terengganu , terima kasih info sis gee 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah datang ganu nanti roger!boleh jumpa..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. rabia buat lah sesekali ajak family..takpe dekat ngan rumah..tukar angin..hehe

      Delete
  4. Wah bukan main suka lagi anak akak sis gee ye...best sangat bila dapat quality time dengan anak2 macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cik manggis..siap request nak datang lagi tu..adeh..

      Delete
  5. menariknya hotel ni. bolehlaa pergi sini kalau sy bercuti ke terengganu.

    booking.com mmg murah. dulu pun masa nak pergi bercuti, harga dalam booking.com lebih murah daripada yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah najah menarikk sebab harga murah tapi hotel dia best!nanti datang boleh jumpaaa..hehe

      Delete
  6. Replies
    1. nama bercuti cik ash..lari sekejap dari rutin..haha

      Delete
  7. gambar gee amik ke ni???? so cantik. Tapi yang last nape nampak seram.. errr.Btw memang kena pergi sini pula.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha!gambar last tu amek dari booking.com. hahah..aah ina pasni boleh tidur sini pulak!bawak the kiddos tu mesti sukaa...

      Delete
  8. MasyaAllah..heavennya..pegi x kembali ke rumh dh nie..

    ReplyDelete