MY LIFE

Sakitnya Gastrik

October 13, 2017
Ku gagahkan diri untuk update entry kali ni sebabnya aku nak berkongsi dengan semua betapa sakitnya bila terkena gastrik. Bermula 8 Oct, Isnin aku di duga dengan badan yang tak berapa sihat, kepala pun sakit, disusuli dengan sakit perut. Aku tidaklah demam, selsema atau batuk. Cuma permulaan tu aku rasa tak sedap badan. Macam serba tak kena, tekak pun macam tawar je kurang berselera.


Hari ke 2 esoknya pun sama. Cuma ada sedikit rasa sakit perut beserta loya. Kekadang datang sendawa yang agak kuat termasuk angin dari bawah jugakkk (malu!🙈). Rasa macam orang alahan mengandung!Ngeri bila teringat. Hahaha. Tapi korang jangan excited sangat ye sebab aku tak mengandung pun. Hehe.

Hari ke 3, Selasa sebelah pagi aku okey lagi. Mungkin sebab aku terlalu teruja sebab anak ke duaku Amani ada buat persembahan di sekolah maka aku buat tak tahu je pasal sakit perut. Selepas zohor sakit makin kuat lah pulak. Sekali datang rasa macam contraction kot!Habis satu badan lenguh, sekali pakej loya nak muntah. Kepala berdenyut sekali. Aku banyakkan baring je kalau ada masa terluang. Siap masak, uruskan anak-anak makan & mandi aku baring je dalam bilik. Tapi bila ada anak-anak kecik ni takde istilah nak rehat lama pun. Sekejap-sekejap kena bangun ada je yang nak kena buat. #bertabahlahibu Hahahaha.

Hari ke 4, Rabu, kali ke dua husband aku ajak pergi check up kat klinik. Aku ni bila tak rasa sakit, malas pun ada nak pergi klinik. Tapi bila rasa sakit tu datang menyerang, terasa nak terus pergi ke emergency hospital! Haha! So petang Rabu aku pergi check up kat klinik 1 Malaysia. Doctor cakap aku kena gastrik. Kalau berlarutan, lagi 3 hari aku kena datang balik. Atau semakin teruk mungkin kena refer pada pakar. Hopefully sakit ni cepat-cepatlah baik. Merana sungguh rasanya.

Hari ni, Jumaat 13 Oct masih lagi sakit. Doakan aku cepat sembuh!Banyak review yang aku tertangguh. Bila tulis sikit dah sakit perut. Tak dapat nak fokus langsung!Hadoyaii...

Kat sini aku kongsi tanda-tanda sekiranya terkena GASTRIK. Harap membantu kalian di masa hadapan.

TANDA-TANDA TERKENA GASTRIK

1. Sakit perut antara pusat dan dada. Bila di tekan makin sakit rasanya.

2. Rasa mual, loya dan muntah.

3. Hilang selera makan.

4. Kembung perut, sendawa yang kerap & juga kentut yang kerap.

5. Perut terasa senak, pedih, berangin

Tu semua tanda-tanda yang aku sendiri alami. Kalau sehari tahan lah jugak kan. Tapi sekiranya berlarutan seperti aku sila segera ke klinik ye.

Di entry lain aku akan update lagi berkenaan gastrik ni ye. Tak larat nak menaip panjang lebar. Hehe.

Harap esok tak perlu nak pergi check up lagi dah. Doakan aku!

Thank you korang sudi baca!

You Might Also Like

18 komen

  1. Allah.. Sha doakan sis cepat sembuh ye.. Gastrik kalau menyerang memang terseksa..

    ReplyDelete
  2. betul tu gee... klu gastrik sakit sgt xleh nak cakap... boleh pitam. semoga gee cepat sembuh dan jaga makan k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah sheila!sakit yg amat!kena jaga makan sungguh pasni..thanx sheila..

      Delete
  3. Pok ucu pun pernah rasa macam tu, sampai skrng pun masih terasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pun?hadoii...sakit tu bila datang serik rasanya..huhu

      Delete
  4. syafakillah kak gee, memang kalau terkena gastrik yang teruk, merana jugak. mak aira sampai bermalam di hospital. jaga waktu makan ye kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah aira..sakit sungguh..mesti tahap kronik tu mak aira. sekarang dah sihat ke?tu lah kena jaga makan betul-betul pasni...thanx aira..

      Delete
  5. Akak kena makan selalu.jgn skip makan dan makan awal2 ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you rabia!tu lah kena jaga makan dah pasni..serikkkk

      Delete
  6. Kena jaga diri btol2 taw.. sbb pngalaman ena sndirin.klu kita dah biasa gastrik boleh effect sakit migrain pulak.. then migrain ni sbenarnya xbaik sbb klu blarutan boleh effect kejang.. so kena jaga pemakanan..please jgn skip..terutama brrakfast..didik diri sntiasa breakfast ok..mcm ena sndiri xbole minum susu.. sbb lg teruk nnti sKit perutnya.. kebetulan pulak kwn bgtahu org gastrik xbole minum susu..ena cuma boleh bg sokongan je.. please t8 care urself..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke?good info ena..ingatkan susu elok untuk gastrik..thank you ena!

      Delete
  7. Jaga diri kak Gee, makan jaga tau. Moga cepat sihat 😘

    ReplyDelete
  8. gastrik memang sakit. Sampai tak terbangun dibuatnya. Sebab tu bila syak gastrik, kena masuk emengency kat hospital dan terpkasa bermalam disana. sebab ia penyakit yang sakit dan perlu diberi perhatian.

    salah satu nak elaknya, kena jaga permakanan. Jangan skip breakfast, makan kena on time. jangan berlapar untuk tempoh yang lama.

    Syafakillah sis gee!

    ReplyDelete
  9. Gee dah sihat ke tu?

    Sakitnya gastric. Siqah ada gastric jugak. Akan jadi kalau lambat makan. Sengasara kalau kena gastric. Semua kerja tak jadi. Huhu

    ReplyDelete