Resipi Nasi Lemak Gebu Dengan Santan Ayam Brand

October 21, 2017
Assalamualaikum..
Hi semua!
Nasi Lemak Ayam Berempah
Pagi ni korang breakfast apa? Biasanya hujung minggu mesti semua extra rajin kan nak masak sarapan untuk family. 

Bangun subuh tadi aku pening jugak nak masak apa ye. Bihun, mee semua dah habis stok. Pastu tengok ada ikan bilis sikit, telor memang sentiasa ada, ayam ada pastu ada sekotak santan. Misi bernasi lemak lah aku pagi tadi. Misi berjaya sebab si kenits semua masih di buai mimpi. 

Kat entry ni aku nak share resipi ringkas, mudah, senang untuk masak NASI LEMAK GEBU GEBAS! haha.

RESIPI NASI LEMAK GEBU


BAHAN-BAHAN :

1. Beras 3 pot
2. Halia ( Ketuk )
3. Bawang putih ( Ketuk )
4. Serai ( Takde pun takpe )
5. Santan Free  Cholesterol AYAM BRAND 
6. Stok ayam 
7. Garam

CARA - CARANYA :

1. Basuh beras dan toskan airnya.
2. Masukkan SANTAN AYAM BRAND. Aku guna sekotak untuk 3 pot ni. 
3. Guna kotak santan tadi untuk penuhkan air ikut sukatan periuk dan beras. ( elakkan pembaziran sebabnya saki baki santan dalam kotak masih ada )
4. Masukkan halia, bawang putih dan serai. Ikut selera korang ye kalau suka bawang putih lebih bubuh je banyak-banyak. Hehe.
5. Masukkan stok ayam ( 1 kiub atau sesudu kecil ) dan garam untuk perasa nasi lemak. 
6. Kacau sedikit bagi sekata.
7. Masak nasi guna periuk elektrik. Kacau sekali masa nasi mula nak kering pastu biar je sampai masak.
SIAP!

Amacam simple kan?campak-campak je pastu ON periuk. Hehe. Lagi mudah kerja aku bila guna SANTAN AYAM BRAND ni. Boleh beli banyak pastu simpan je kat tempat kering. Tak perlu simpan dalam peti pun selagi kotak belum dibuka. Tak payah nak suruh husband pergi kedai pagi-pagi beli santan. Aku pun malas nak start enjin kereta pergi kedai. So baik buat stok SANTAN AYAM BRAND ni. Anytime rasa nak masak bersantan, boleh terus guna je. 

SELAMAT MENCUBA SEMUA!!

32 comments:

  1. wow.. bagusni. sa sjk kelapa susah dapat,dah lama X masak nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu!sekarang mudah dah nak buat..beli santan AYAM BRAND ni rasa dah macam santan asli..

      Delete
  2. sedapnya nasi lemak... dah lama juga saya tak masak nasi lemak ni... hehe.... mesti berselera ni... bertambah la kalau masak sdiri... hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sheila..sebungkus dah berapa kan..ni bole makan pagi sekali lunch!senang kerja ibu anak ramai..haha

      Delete
  3. singgah sini, lama dah tak makan nasi lemak ni nampak kat sini ,,teringin pulak nak buat hii .sedapnya guna santan ayam brand lagii

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you wani singgah blog gee!aah sedapp..mesti wani pun penggemar santan ayam brand ni..

      Delete
  4. Nasi lemak buatan sendiri lg sedapkan..puas hati makan byk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sampai ke tengah hari boleh buat lunch..puas hati sungguh!

      Delete
  5. Pernah buat guna santan kotak jadi jer nasi lemak. Memang selalu beli santan kotak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kan cik ash!menjadi sangat!gebu pun gebu..

      Delete
  6. Uishh..senang nmpknya..bleh try nie

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, sis gee telah buatkan perut daya berkeroncong 😂😂😂😂.. Dapnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. trtypo daya plak. padahal nak cakap saya

      Delete
    2. hehe...takpe typo pun..hehe..perot berkeroncong minta diisi tu...

      Delete
  8. Replies
    1. sedappp lagi kalau rabia buat sendiri..hehehehe

      Delete
  9. Replies
    1. nasi lemak biasa jadi luar biasa ada santan ayam brand..hehe

      Delete
  10. do follow blog nih

    wow sedapnya nasi lemak... lagi2 kalau santannya pekat, jangan santan malu2 nasi kurang lemak.. terus je perut jadi berbunyi2.. uwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..tips tu!santan kasi lebih!baru umpphh kan lemak dia!

      thank you sudi follow blog gee!

      Delete
  11. Awa mmg pengguna setia santan AYAM BRAND... jenama lain awa tak pandang dah. sebabny rasa santan ayam brand ni mmmg betul mcm yg kelapa ori.. Murah pula tu... sekotak hanya RM2.70 je pun! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul!!yang bezakan ori dan ayam brand adalah ayam brand kita boleh buat stok banyak2..nak guna amek je sekotak..kan!

      Delete
  12. Masak sendiri baru puas hati.tambah berkali-kali pun ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu!tambah lagi anak ramai ni..diaorang asyik lapor je tau!hadehh lah..hahahahah

      Delete
  13. Pagi pagi tengok nasi lemak ni, aduh terliurnyaa.. Thanks for sharing recipe kak gee 💟😍

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nasi lemak! Teringin nak masak tapi cili kering dah habis. Sob sob. Susah nak cari cili kering kat tanah jepun.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  15. hmm terus lapar semula lepas baca entri ni. huuu

    ReplyDelete
  16. pepagi bukak entri ni perut keroncong terus 😀

    ReplyDelete

Powered by Blogger.