Kenangan Manis Bergelar Cikgu

October 07, 2017
Assalamualaikum & hi semua!

Jumaat, 6 Oktober baru ni, aku dapat undangan perkahwinan daripada bekas pelajar aku semasa aku jadi guru ganti suatu ketika dahulu. Bunyi macam dah lama kan, suatu ketika dahulu. Hahaha. TAHNIAH ATIENA & SUAMI!Semoga bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin.


CERITANYA BEGINI..
Selepas aku resign February 2012, aku ada apply untuk jadi guru ganti untuk cikgu yang cuti bersalin. Prosedur sangat mudah untuk apply. Cuma perlu isi borang di Pejabat Pendidikan Daerah serta lampirkan beberapa dokumen yang diperlukan sahaja. Kemudian mereka akan telefon sekiranya terdapat kekosongan mengikut subjek yang bersesuaian dengan bidang kita. Kalau nak cepat, kita boleh juga deal dengan pihak sekolah untuk masukkan nama kita sebagai nama cadangan guru ganti. 

So dalam bulan April 2012 gitu aku dapat call untuk jadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu. Aku dikehendaki mengajar subjek Sejarah dan Bahasa Melayu Tingkatan 4. Sangat terkejut aku sebab ada beberapa orang cikgu dari sekolah lama aku dulu. Segan pun ada sebab ada yang suruh aku panggil dengan panggilan kakak. Hehe.

Owh ye!Tempoh mengajar antara 2 bulan ke 3 bulan gitu. Bergantung kepada cuti cikgu yang bersalin itulah. Gaji dibayar berdasarkan hari kita datang mengajar. Untuk rate pemegang diploma lain dan ijazah pula lain.

Tahun 2013, aku masih lagi bergelar fulltime housewife. Haha. Maka aku pun isi lagi job guru ganti ni. Kali ni aku dapat Sekolah Rendah Teluk Menara, Kuala Terengganu. Istimewanya kali ni aku dapat mengajar anak-anak dari kelas pendidikan khas untuk subjek English dan Matematik. Aku ingat lagi first day aku nak daftar sekolah tu, aku jumpa dengan Guru Besar sekolah. Guru besar tu seakan-akan tak yakin takut aku tak mampu nak handle anak-anak istimewa ni. Aku cuba yakinkan beliau. Alhamdulillah sepanjang aku mengajar anak-anak istimewa itu, aku rasa sangat kasih & sayang pada mereka. Aku bertuah sangat sebab boleh mendekati mereka walaupun untuk beberapa bulan. Rindu pada anak-anak itu. Semoga Allah memudahkan kehidupan mereka dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Amin.

Tahun 2015 sekali lagi aku dapat tawaran mengajar sebagai guru ganti. Kali ni ibu saudara aku yang recommend kat dalam borang guru ganti sekolah. Aku dikehendaki mengajar Tingkatan 4 untuk Subjek Sejarah dan Perdagangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Kuala Terengganu. Masa aku sekolah dulu, ni antara subjek yang aku sangat lemah sebab tak suka subjek membaca. Haha. Kali ni bila kena mengajar, aku kena belajar balik tau!Aku bukak buku teks, cuba paham silibus yang kena mengajar. Aku jadi seronok mengajar!Bila diaorang paham dan bagi respon yang bagus aku jadi bertambah teruja!Haha!

Alhamdulillah sampai sekarang kalau terserempak dengan bekas pelajar, diaorang masih menegur aku dengan panggilan cikgu!Siapa sangka kan cita-cita yang tidak kesampaian namun Allah bagi aku merasa walaupun hanya untuk seketika.

Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Aku sangat suka jadi pendidik namun Dia bagi aku kerjaya terbaik untukku buat masa sekarang iaitu surirumah. Bukan aku tak usaha, namun semua dah tertulis bukan rezeki aku.

Alhamdulillah.. Bersyukur untuk apa yang aku dapat hari ini. Hari esok? Doakan yang baik-baik sahaja. Fikirkan yang elok-elok. In syaa Allah Dia sentiasa bersama kita.


15 comments:

  1. Hi cikgu!! Bertuah gee dpt juga merasa jadi cikgu..tahniah tahniah.. dan sekali lg tahniah sebab berjaya tulis entry yang padat =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Awa!Rasanya ni entry paling panjang gee buat!thank you sifu!

      Delete
  2. Allhamdulillah... tak apa gee, allah dah susun cantik tu... dpt juga gee merasa jadi cikgu. Walaupun cikgu sementara tp gelaran cikgu yg dipikul tu akan dikenang dan digelar sepanjang hidup. Hebatkan cikgu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..itulah. hebat sungguh pendidik ni...banyak perkara mereka korbankan sebenarnya..

      Delete
  3. tahniah..slamat pengantin baru...gee awat hang punya entry jadi sparuh mcm tu bla buka kat pc?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi separuh ganer tu??tak habis eh cik nor?

      Delete
  4. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you intan!will join later in syaa Allah..

      Delete
  5. Wahhh banyaknya pengalaman cikgu ganti. Akhirnya share jugak kat sini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tulah aira...aira pun sama kan..tengah on duty kn?hehe

      Delete
  6. seronok tengok kawan2, kenalan jadi guru ni. sbb guru ni tugasnya mulia. dan bukan semua yang berbakat dalam mengajar ni.

    saya sendiri tak berapa nak yakin untuk jadi guru.

    Good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah minat kan..hehe..thank you najah!

      Delete
  7. CR pernah jadi guru ganti 2bulan. Memang seronok dan yg pling srnok bila dieorg still panggil kita cikgu smpai sekarang. Hee

    ReplyDelete
  8. banyaknya pengalaman cikgu ganti...

    ReplyDelete
  9. Hakak pun pernah jadi guru ganti dulu Gee.... tapi entah papelah mengajar masa tu haha...Seronoknya dapat undangan dpd anak murid. Mesti Gee cikgu sporting ni kan, semua student sayang haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.