BLOGGER

Ego Suami Tak Mengundang Bahagia

October 18, 2017

Aku rasa ramai sedia maklum mengetahui hakikatnya orang lelaki egonya lebih tinggi daripada orang perempuan. Bukanlah kata disebabkan menyebelahi kaum sendiri namun kebanyakannya orang lelaki ego mereka masih berada nung jauh meninggi walaupun pada zaman sekarang aku lihat sudah ramai kaum lelaki sudah terbiasa melakukan kerja wanita. 

Aku tidak merujuk kepada sesiapa pun, aku hanya berkongsi daripada apa yang aku lihat, daripada orang bercakap, daripada apa yang sering dibincangkan di media. 

Ego ni boleh dikatakan seperti bodoh sombong. Ada lelaki ego nak membantu kaum wanita terutamanya sebagai suami dan isteri. Aku tidaklah nak berkira atau kisahkan sekiranya si suami tidak membantu isteri disebabkan faktor kesihatan, dah seharian membanting tulang, memerah otak di tempat kerja. Maka suami seperti ini haruslah isteri memberi perhatian seperti selayaknya kerana mereka betul-betul penat bekerja. Balik kerja dihidangkan makanan, diberi ruang untuk berehat dan mungkin tidak dapat bermain dengan anak kerana kepenatan yang terlampau. 

Apa yang aku hairankan, ada sesetengah suami lebih pentingkan masa bersama gajet berbanding masa bersama isteri dan anak-anak. Aku tahu zaman dah berubah. Tapi sedarkah hakikatnya, tindakan sebegitu tidak langsung memberikan rasa bahagia untuk sesiapa yang memerhati. Ego tercabarkah apabila membantu isteri di dapur, menjaga anak, mandikan anak, melipat baju, menjemur baju dan sebagainya itu?Ataupun memang dah ditetapkan sememangnya tugas isteri menguruskan semua hal dalam rumah dan tugas suami hanya mencari rezeki?  Tidak ada langsung ke rasa kasihan pada isteri yang belum tentu sudah makan ataupun belum, sihatkah dia, cukupkah tidur dia? 

Aku merujuk kepada lelaki ego yang menggunakan masa yang ada untuk gajet semata-mata padahal ada perkara lain yang lebih penting yang boleh dilakukan. Andai kata isteri tidak kisah perilaku sedemikian silakan teruskan. Dah itu kebahagian yang ingin dikecapi. Namun, bertanyalah pada isteri sekiranya itu yang membuatkan mereka bahagia atau sebaliknya. Aku tidak terkejut walaupun sedikit sekiranya ada isteri merasa menyesal di atas perkahwinan tersebut. Nak tahu kenapa? Sebabnya, isteri jugak layak selayaknya ke atas diri mereka untuk berasa bahagia bukan sengsara menahan rasa. 

Pernah dengar ungkapan ' HAPPY WIFE, HAPPY LIFE '. Banyak betulnya ungkapan ini. Para suami boleh mencubanya dan lihat sendiri betapa ajaibnya seorang wanita itu apabila hidup mereka gembira dan bahagia. Tak perlu nak bersikap bodoh sombong di hadapan orang lain. Bersikaplah sebaliknya kerana itulah yang diidamkan oleh semua orang wanita. 

Aku tak tahu sekiranya ada yang bina mahligai perkahwinan hanya untuk mencari zuriat semata-mata ataupun hanya mahu memuaskan nafsu? Anda suami. Jagalah kualiti perkahwinan anda. Yang mana dirasakan elok, teruskan. Yang mana dah sememangnya tidak disenangi buanglah jauh-jauh. Orang akan perkatakan BAPAK BOREK, ANAK RINTIK. Tapi apa yang anak rintikkan daripada seorang ayah? Yup! Hanya seorang ayah yang tahu apa yang dia lakukan. Semua itu akan menjadi ikutan anak-anak. Apa yang mereka belajar daripada anda? 

Aku suka bila suami aku sendiri rapat dengan anak-anak. Aku terasa kami berkongsi nikmat kebahagian yang Allah berikan kepada kami. Aku cuma berharap dan berdoa kita & keluarga kita semua sentiasa di limpahkan kebahagian di dunia & akhirat. 

Aku menulis bukan untuk menunjukkan kami wanita tidak membuat silap. BUKAN! Namun, aku harap anda melihatnya dari sudut yang positif. Tak jatuh ego seorang lelaki apabila menjemur kain di laman rumah. kan?

Nak tahu suami yang diidamkan semua wanita?Kalau tak semua pun kebanyakkan wanita.

SUAMI YANG RAJIN & PENYAYANG KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK.

Simple je kan? Anda kategori tersebut? Tahniah!!Anda menjadi suami idaman setiap wanita!!!

Apa yang aku boleh simpulkan, kita suami isteri perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk family kita. Sama-sama jaga kualiti in syaa Allah anak-anak, keturunan kita pun berkualiti. Tidak perlu nak salahkan mana-mana pihak. Cuba audit hati & perilaku sendiri, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terbaikkah kita? Hanya Dia yang tahu. Belum terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mulut orang biarkan je bersuara, hakikatnya kita dan Allah sahaja yang tahu. 

You Might Also Like

21 komen

  1. In Sha Allah.. suka baca sharing daripada sis gee ni ^^

    ReplyDelete
  2. betul tu. pantang betul kalo tgk kes suami ego.. hihihi. macam macam.., bo layan.Tak perlu stress pun.Komunikasi 2hala itu penting.. kadang2 missunderstand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu!apa apa pun kena komunikasi dua hala kan?baru lah aman bahagia gitew. hehe

      Delete
  3. Sy gosok baju sendiri. Cuma sy x suka masak je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey sangat lah tu abam kie!saling tolong menolong kan!

      Delete
  4. Ya.lelaki ada ego..tapi..jangan lupa..perempuan pun ada egonya juga..

    Bagi pasangan suami..isteri..walaupun ada ego masing-masing..ada masanya..ego itu perlu dikorbankan..atau.diturunkan demi sebuah kebahagian..kerukunan dan keamanan rumah tangga..

    Jika berlaku perselisihan..dua2 pun ego tinggi melangit..dua2 pun taknak kalah.. sudah pasti perselisihan akan jadi berlarutan..

    Jadi..tolak ansur itu penting..sabar itu penting..saling memaafi itu penting..kerana hal-hal sebeginilah..yang melengkapkan dan membahagiakan kehidupan bagi setiap pasangan suami isteri..

    WaAllahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong 200%..semua kena turunkan ego supaya boleh capai kata sepakat..banyak benda kena tolak ansur..baru aman rumahtangga..

      Delete
  5. betul tu! contohilah sunnah rasulullah yang menyayangi isteri dan tidak loket membantu isteri baginda dalam urusan rumah tangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Najah!!bab tambah isteri nak ikut nabi tapi bab lain diabaikan pula..eh!salah topic..hahaha..

      Delete
  6. erm.. setuju, ikut sunnah yg ptg... komunikasi n tolak ansur sgt ptg...

    ReplyDelete
  7. Nice sharing kak gee. Mindset perlu baiki yang hal rumah tangga bukan tanggungjawab isteri je tapi suami juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu..walaupun hal yang remeh lama-lama yang remeh tu akan jadi masalah besar..kena sama-sama bertanggungjawab!

      Delete
  8. Perempuan pun Ada ego juga. Tapi sangat tak Adil la kalau Suami keterlaluan sehingga mengabaikan keluarga sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mama!!jangan sampai keluarga terabai..padah jadinya nanti.

      Delete
  9. Ego dgn lki tk boleh dipisahkn. Pmpuan pn ada tp trllu sgt.
    Hrap nti CR diktemukan dgn suami yg x ego sgt dan bleh tolak ansur. Aminn

    ReplyDelete
  10. Kena sling fhm memahami dn tlng menolong dlm rumh tgga nie..x bleh sorg je buat keje kan..yg sorg g sibuk men gadget.goyg kaki..takut aii..

    ReplyDelete
  11. lelaki perlu nampak 'sasa' untuk isteri dan anak2 tapi tak bermakna 'sasa' tu ego! Ego ni kalau ada mmg payah nk ajak tolong ansur.. last1 smua org boleh jd tension

    ReplyDelete