Dinner di Kafe Suri Mayang

October 31, 2017
Hi semua! Malam ni gee dinner kat luar dengan suami dan anak-anak. Biasalah kalau hari busy mereply message customer, keluar cod dan urusan postage memang gee tak sempat nak masak. Al maklumlah si kecil Aqil tu tengah duk aktif sangat sekarang ni. Pantang terlepas pandang, tup tup ada atas meja makan.. hahaha. 


Tadi gee dinner di KAFE SURI MAYANG terletak di Losong Keropok sebabnya kat situ sepanjang jalan orang jual keropok. Rata-rata orang sini panggil jalan tu Losong Keropok. Sebelum ni adik gee bagitahu kat Kafe Suri Mayang ada buskers dan juga badut! Langkah kiri kotnya, buskers takde, badut pun tak nampak. Nasib baik tak bagitahu awal-awal kat anak-anak ada badut, kang jenuh ibu ayah kena jadi badut. Hahaha.

Gee order NASI GORENG DAGING MERAH. Suami dan anak-anak pula makan NASI PUTIH bersama TOM YAM CAMPUR dan TELUR DADAR. Tambahan order 1 set UBI KENTANG GORENG. 

REVIEW KAMI : Nasi goreng daging merah boleh tahan rasanya. Gee suka sebab portion daging banyak. Tom yam pula kata suami mangkuk kecik sangat! Hahaha. Tapi isi dalam penuh dengan udang, sotong. RATE kami bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang. 

Si bongsu Aqil sedang menikmati fries. My number 2 Amani dengan ayah memang tak dapat dipisahkan di kedai makan. 
Satu kebiasaan Amani di kedai makan yang gee geram dan seram sangat adalah nak kena pergi toilet. Hadoi! Tapi bagus jugak sebenarnya sebab kita akan tahu keadaan kedai tu bersih ke tak. Tapi tulah, kalau tandas hampeh lemah semangat sungguh rasanya. Namun di KAFE SURI MAYANG, tandas tidak mengecewakan. Bersih tandasnya cuma kalau letak bau-bauan yang wangi lagi tip top! 

Dengan si sulong Arsyad
Lepas ni nak kena repeat lagi sebab tadi tengok ada pakej menarik untuk makan ikan bakar, masak stim atau apa-apa pun cara masak yang korang nak. Kalau tak silap pakej tu untuk 2 orang tak sampai pun rm20. Macam murah kan?

My number 3, Ardini duk tidokan baby dia yang ngantuk katanya..Haha!
Harga makanan yang gee makan tak mahal mana dan tak murah juga. Semuanya tak sampai rm30. Pasni kalau gee repeat kena make sure buskers ada dan juga si badut tu. Hahahha.

Datang Kuala Terengganu kalau nak makan sini, roger-roger gee eh! Boleh jumpa sembang-sembang. Hehe.

Done sedikit perkongsian tempat makan di Kuala Terengganu. Lepas ni gee update lagi tempat makan best kat Terengganu ni ye. Daaa!

16 comments:

  1. sedapnyaaa. tngok pulak pukul 12 tetiba lapar. hehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan lg kt situ..pernah lalu.sedapnya nasi goreng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah rabia!ramai jgk family datang sini..

      Delete
  3. Boleh cuba try test nanti ada masa. Btw, comel je baby dodoikan baby mulut muncung tu marah orang bising eh nak tidokan baby hahaha

    ReplyDelete
  4. haha..mcm2 ragam anak gee..seronok tgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadoilah cik nor...macam2 ragam sungguh mereka ni..ibu naik kusut!haha

      Delete
  5. tgk makanan time² mcnie..aduhai..mencabar nafsu makan ni..

    ReplyDelete
  6. haha... naper tu ardini... dh lapar ye... hehe

    ReplyDelete
  7. Ok dah harga tu.. Seronok tengkk ragam2 anak2 gee

    ReplyDelete
  8. last year pegi Terengganu plan nak makan sana sini tapi ended up order room service sebab hujan. hehe share la lagi tempat2 makan best kat Pantai Timur. mak suka sangat pergi area sana boleh bawak dia makan tempat2 best..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.