Cereal Nestle Stok Makanan Mesti Beli

October 31, 2017
Assalamualaikum & Hi semua!

Terasa seperti di Cameron Highland kat sini. Cuaca kat Kuala Terengganu hujan 2, 3 hari ni. Agak-agaknya musim tengkujuh dah nak mula kot ye. Sejuk je duduk dalam rumah dengan berselimut sambil tengok tv. Kalau si ibu ni mau tergendala semua kerja rumah. Hehe.

Bila musim hujan ni kan, perut cepat sungguh terasa lapar. Budak-budak ni lagilah. Kat rumah gee memang kena ada stok biskut, roti, susu, milo, nestum dan paling mesti ada adalah cereal!! Ada orang cakap, makan cereal ni tak elok. Eh betul ke? Gee bagi anak-anak makan cereal instead of bagi jajan ke, mee segera ke sebab rasanya bagi cereal jauh lagi banyak khasiat untuk anak-anak. Di tambah pula khasiat susu untuk makan bersama cereal tu kan lagi bertambah-tambah zat yang anak kita dapat.

Cereal kegemaran!
Untuk breakfast, anak-anak gee suka makan cereal. Kalau ibunya terbangun awal, bolehlah masak mee goreng ke untuk breakfast kan. Tapi kalau tak dapat sedia breakfast, hidang diaorang bijirin ni pun diaorang makan habis. Dalam masa yang sama diaorang minum susu bersama cereal tu. Senangkan kerja ibu nak bagi makanan berkhasiat untuk anak-anak?

Anak-anak suka makan yang milo & koko crunch perisa coklat. Sebenarnya, ibu diaorang ni pun join sekali makan sama. Haha.

Budak-budak ni kan selalu sangat lapar. Walaupun dah makan nasi pukul 2 petang, jap lagi belum pukul 4 petang dah bagitau lapar. Malam pun sama. Dah makan pukul 8 malam, nanti lepas balik mengaji ke, lepas buat kerja sekolah ke mesti lapar balik. Senang cerita cereal ni boleh jadikan makanan untuk minum petang dan juga minum malam.

Enjoying their cereal!
Walaupun gee ni housewife, tapi nak sediakan makanan untuk anak, gee suka pilih jalan yang mudah dan cepat serta berkhasiat. Kalau masak pun suka masak yang simple sebelum ada gangguan si kecil di dapur. Haha. Korang pulak macam mana?






8 comments:

  1. cereal mesti ada kat rumah sebab syafi mmg suka makan

    ReplyDelete
  2. Yeay kite geng. Suka sangat2 makan milo cereal ni. Hee. Sllu berebut dgn adik.

    ReplyDelete
  3. Sedap ni, enak dimakan begitu saja. Eh macam nyanyi lagu Gardenia je 😂

    ReplyDelete
  4. Wen yum yum ank2 mmg suka kan cereal ni

    ReplyDelete
  5. eh eh kenapa busyra pun trgolong mcm bdk2 comel ni.. hehe. msti ada stok dkt rumah yg ni untuk bekfes..

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan.. Zaman tak nikah dulu memey ada hahahaha

    ReplyDelete
  7. bagusnyaa makan cereal. kalo CT makan tanpa susu hahaha takleh telan susu =P

    ReplyDelete

Powered by Blogger.