MY LIFE

Sakit Rengat Derita Ibu Selepas Bersalin

September 24, 2017
Assalamualaikun semua!
Hi & Salam Sejahtera!

Sakit rengat seperti sakit kontraksi sebelum bersalin
Pagi ni ada notification facebook memory yang pernah aku kongsi pada hari ini, tahun lepas berkenaan sakit rengat. 

Perkongsian pengalaman sendiri di Facebook tahun lepas.
PENGALAMAN SENDIRI sakit rengat ni yang paling terasa adalah selepas melahirkan anak ke empat, Muhammad Aqil, tahun lepas. Ketika aku menunggu untuk dimasukkan ke wad biasa selepas melahirkan Aqil, sakit rengat ni dah terasa. Sampaikan aku menggigil & disebabkan terlalu sakit aku bagitau kat nurse yang ada kat situ.

Malangnya, nurse menyuruh aku untuk tahan dulu sakit rengat tu sementara dimasukkan ke dalam wad. Di wad nanti, ada nurse lain yang akan bagi ubat untuk tahan sakit rengat tu. Beberapa jam selepas bersalin dan baby pun dah siap semua proses check up, aku dan baby dimasukkan ke wad biasa.

Bila sampai je kat wad terus aku mintak ubat tahan sakit. Aku dah lupa ubat apa, tapi selepas telan ubat tu slowly rengat tu hilang. Owh akan tetapi dia akan datang lagi tau!huwaaaa...Sakit kontraksi macam nak bersalin sakitnya. Ubat tu pulak takleh telan selalu. So kena bertahan lah sikit. Keadaan sakit rengat tu sampai aku ambil selimut, dan aku gigit sekuat hati aku untuk melepaskan rasa sakit tu. Hahaha.

ANAK SULUNG dulu aku tak rasa pun rengat ni. Langsung tak!So kalau orang tanya, sakit rengat ke tak, memang tak! ANAK KE DUA, sakit rengat tu datang sekali dua je selepas bersalin. Tu pun dah hari ke dua. Ubat tahan sakit pun tak sempat makan. ANAK KE TIGA, sakit rengat dalam sehari dua jugak. Sakit tu makin kuat dari anak ke dua . Aku sempat telan sebiji dua ubat tahan sakit. ANAK KE EMPAT, ubat tahan sakit sentiasa ada dengan aku. Sakit yang semakin kuat dari anak yang sebelum ni. Sehinggakan bekalan ubat yang dibawa balik dari hospital habis!huhu.

CARA MENGATASI RENGAT 

Cara terbaik bertungku. Macam bila kita senggugut, bila kita tuam kat kawasan perut yang sakit, rasa lega sedikit kan. Sama jugak dengan rengat ni. Bila dah boleh balik rumah, cuba bertungku dengan perlahan-lahan di kawasan rahim. In syaa Allah membantu untuk melegakan rasa sakit rengat.

Pasangan kita, suami sangat-sangatlah diperlukan bila sakit rengat ni. Kenapa?Suami boleh tolong urut kat bahagian belakang pinggang isteri untuk melegakan rasa sakit. Rengat datang tak kira masa. Biasanya waktu kita menyusu tu, rasa sakit tu datang. Suami juga boleh tolong pegangkan baby untuk memberi ruang kepada isteri yang dalam kesakitan.

INFO LANJUT BERKENAAN SAKIT RENGAT 

Korang boleh baca di facebook DR AFIQ RAHIM :

Banyak juga info kesihatan yang lain di facebook beliau.

Semoga perkongsian aku dapat membantu korang lebih bersedia untuk menerima orang baru nanti.

Walau apa pun tips & kisah pengalaman yang dikongsi, yang paling penting untuk ibu mengandung & melahirkan ini adalah SOKONGAN DAN PERTOLONGAN SUAMI.

Sekian kisah sakit rengat dari aku.

You Might Also Like

25 komen

  1. Rengat berlaku di sebabkan proses pengecutan rahim kan? Pain killer je kan kalau perubatan moden. Kalau tradisional macam2 agaknya bidan bagi. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul!makan ubat tahan sakit je ler..hilang sekejap pastu datang balik!huhu

      Delete
  2. Akak start sakit rengat ms hari ke3.. Sakit sgt lbh dr sakit nk bersalin. Sakit bsalin kjp je. Sakit rengat ni guling2 3 hari 3 mlm. Dlm smgu tu mmg xjg bby sgt hband urus baby semua. Pastu mak beli ubat cina cabea 3x make allhdulillah ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tak pernah try ubat cina..sakit kan!sampai tak boleh nak buat apa dah..huhu..

      Delete
  3. ahh..paling ditakuti oleh SA.Paling cepat sa kena rengat selepas sejam bersalin.Ohhh.. sakitt.Ini masih rasa macam baru brsalin lagi.Walau anak hmpir setahun

    ReplyDelete
  4. ooo ada ye macam ni? Awa tak pernah pulak rasa. lepas bersalin alhamdulillah semua okay. Cuma masalahnya Awa ni time bersalin je maesti kena jahitan yg banyak. Ngilu sakit smua ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Awa tak kena si rengat ni!sakit yang amat!

      Delete
    2. Bab jahitan tu maybe Awa boleh cuba untuk perbaiki teknik meneran ... nurse yang ajar mrs pip tu cakap, kalau salah teran n 'silap curi nafas', nnt boleh menyebabkan koyak berlebihan ....

      Delete
    3. lagi satu jangan angkat punggung masa meneran..yang tu suami selalu pesan kat sebelah..hehe..

      Delete
  5. Replies
    1. psyco tak?jangan takut beranak sudah rabia ye.. hehehehe..

      Delete
  6. sy alami masa lepas gugur..mmg sakit nk jln..tp lepas bsalin alhamdulillah xde plak kena cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Ada orang bagitau bila banyak darah yang ketul-ketul tu yang sakit. ish seram kalau teringat!haha.

      Delete
  7. Owh.. Baru taw sakit rengat ni apa dia.. Kita belum ada pengalaman lagi.. Nanti boleh rujuk entri gee ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..lain orang, lain pengalaman. Doa banyak-banyak dipermudahkan olehNya. In syaa Allah..

      Delete
  8. 1st time dgr perkataan rengat, dan tak tahu pun rengat tu apa :(
    Thanks sharing entry ni ... bertambah pengetahuan mrs pip bab2 bersalin ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak pernah kena takpe mrs pip..bila sekali kena haru jugak!sebab hanya ubat tahan sakit mampu menolong bila kat hospital..huhu..

      Delete
  9. saya dah tengok masa isteri bersalin anak pertama..sakitnya memang tak tertanggung.kita yang tengok ni kesian sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila suami sendiri tengok kesakitan isteri baru paham & merasakan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..

      Delete
  10. alhamdulillah mek tk pernah rase rengat lepas beranak. cukup la sakit contraction tu je. tp bertungku memang akan hilangkan semua lenguh lenguh kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..aah kan..bertungku tu best!paling best bila orang tolong kita bertungku..hehe

      Delete
  11. Replies
    1. sakit selepas bersalin..ada orang tak pernah kena rengat tu..untong sungguh!haha

      Delete