REVIEW

Mandi Laut di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu

September 05, 2017
Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua!

Pantai Pandak, Chendering dah jadi pantai viral kat Terengganu ni. Kat facebook aku tengok kawan-kawan seronok duk share pergi Pantai Pandak. Siap mandi laut lagi tau! Memanggil-manggil pulak pantai tu. hahaha. 

Nampak Pulau Kapas dari Pantai Pandak
Kebetulan adik aku, wife dia & cinonets diaorang Ariana ada lagi kat kampung so aku ajak diaorang sekali. Dari rumah bawak siap-siap air untuk bilas kanak-kanak riang tu. PERGI PANTAI WAJIB STANDBY AIR BILAS! Sampai kat sana ramai gila orang! Mungkin sebab orang luar masih bercuti kat kampung lagi kan, so agak meriahlah! Parking kereta kat tepi-tepi jalan macam tu je. Suasana dia macam lepak pantai kat kampung je.


Sebab apa ramai orang?Aku rasa TARIKAN TERBESAR ORANG NAK DATANG adalah kerana pantainya selamat untuk anak-anak kecik nak mandi manda. Aku bersenang lenang tau lepak atas pasir yang gebu gebas tu sementara tengok anak-anak main air. Seronoklah diaorang sebab dapat kebebasan main air, pasir, berlari, melompat. hahaha.



Pantai dia landai je. Air pun tak dalam. Anak aku setahun tu kalau nak lepas main kat tepi-tepi air tu pun selamat. Tapi tu lah, budak tu takot!hahahaha.

Orang jual makanan tak ramai so macam tak rasa nak membeli pun. Korang nak datang bawak bekal air & segala makanan siap-siap. Bawak tikar sekali. Pastu berkelah kat tepi pantai. Syokkkk...haha..



Korang kalau datang Kuala Terengganu wajib singgah Pantai Pandak tau! Bawak baju lebih untuk anak-anak mandi manda. hehe. Datang awal boleh berendam lama sikit. Cuma tengok lah cuaca kalau panas sangat kang sun burn pulak. hehe. 

Done for now!Nanti kita share tempat best kat Terengganu lagi k!

love,
Sis Gee

You Might Also Like

12 komen

  1. Replies
    1. best kan?sekali pergi, nak pergi lagi & lagi..

      Delete
  2. Subhanallah bersihnya pantai ni. Belum pernah sampai lagi. Last ke Terengganu pun lebih 10 tahun lepas. Haha. Kalau ke sana, wajib gi pantai ni. Birunya air dia, suka sangat tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah wajib pergi!!yang penting selamat nak mandi manda..hehe

      Delete
  3. bestnya tempat ni. pasir pun halus... keropok lekor tu favourite tu

    ReplyDelete
  4. Kalau balik KT wajib singgah pantai chendering ni sebab batu buruk ramai sgt org compare dgn pantai chendering ni. Last time Ana ke sini sempat lah berpiknik dgn family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul!batu buruk ramai orang tapi tak bestnya tak boleh main air pantai..kalau bawak kids sesuai sangat kat Pantai Pandak ni..

      Delete
  5. rabia org ganu jugak tapi tak pernah pergi pantai ni..biasa pergi pantai batu buruk

    ReplyDelete