MY LIFE

Aqil Terkena Jangkitan Virus HFMD

September 19, 2017
Assalamualaikum..
Salam sejahtera & hi semua!

Ruam sekitar mulut.
Jumaat, 15hb September lepas Aqil demam secara tiba-tiba tanpa batuk & selsema. Aku ingat demam biasa je. Tapi dia memang low batery terus. Dah lah hari tu buat majlis hari jadi Arsyad. Orang datang, main kat luar rumah dia buat tak tahu aje.

Pagi Sabtu nampak Aqil dah okey sikit. Demam pun dah kurang. Dia dah boleh bangun, main, jalan ke situ ke sini. Nampak dah makin okey la. Tengah hari nampak macam ada naik ruam kat tapak kaki, tapak tangan & sekitar kaki tangan yang lain. 

Aku dah start bertanya pendapat kawan-kawan kat group whatsapp. Risau. So malam tu nak pergi Klinik 1 Malaysia. Eh tutup rupanya. Nampak dia macam aktif so kami ambil keputusan tengok esok macam mana. 

Ruam bintik merah di tapak kaki & sekitar bahagian kaki lain ( dari pinggang ke bawah )

Ahad, bintik merah makin banyak kat kaki & tangan. Aku & suami sangkakan campak. Petang tu suami belikan air kelapa muda untuk mandikan Aqil. Malam tu Aqil tidur tak lena seperti biasa. Susu & makan pun kurang.

Pagi Isnin, lepas aku mandikan Aqil, aku perasan ada bintik merah dalam mulut. Terus aku call husband bagitau rasa macam bukan campak. Lepas amek budak-budak sekolah petang Ahad tu terus pergi Klinik 1 Malaysia. Aku tak terus pergi emergency sebab Aqil nampak aktif lagi. So hopefully takde apa-apa yang serius. 

Sekali pandang doktor bagitau BUKAN CAMPAK. Bila check kat dalam mulut, terkejut doktor tengok ulser besar ada satu & ulser kecik pun ada. Allahu. Patutlah air liur Aqil asyik keluar je. Meleleh-leleh setiap masa. Doktor bagitau Aqil terkena virus PENYAKIT TANGAN, KAKI & MULUT ( HFMD ). Mungkin terkena masa di playground tanpa kita sedar ada budak lain pun ada virus hfmd ni. Kot berjangkit masa pergi beli barang dapur ke. Aku pun tak tahu. Sebab Aqil bukan duduk di Taska memandangkan aku ni housewife. 

Aku tak nak ambil tahu dah macam mana & bila dia dijangkiti. Doktor bagi ubat sapu & ubat demam in case Aqil tetiba demam. So NASIHAT DOKTOR, kena kuarantin. Tak boleh pergi ke tempat orang ramai. Duduk diam-diam kat rumah. Haha. Memandangkan Aqil baru setahun, ulser dia tu doktor tak bagi ubat. Susu ibu boleh menyembuhkan ulser tu. Cuma ambil masa mungkin 3 ke 4 hari nak sembuh. 


APAKAH ITU PENYAKIT TANGAN, KAKI & MULUT ( HFMD ) ?

HFMD adalah singkatan kepada Hand, Foot & Mouth Desease. Penyakit HFMD disebabkan oleh virus enterovirus yang meliputi Coxsackie Virus ( Cox A16 ) dan Enterovirus 71 ( EV 71 ).

CARA JANGKITAN HFMD

Virus HFMD boleh berjangkit melalui sentuhan, lelehan air liur, lepuh (blister ), najis kanak-kanak yang dijangkiti dan juga sentuhan pada permukaan serta alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD ini. 

TANDA-TANDA TERKENA JANGKITAN HFMD

1. Demam.
2. Luka atau ulcer di mulut.
3. Ruam atau lepuh di bahagian tapak tangan & kaki.
4. Air liur meleleh-leleh kerana ulcer.

RAWATAN HFMD

Untuk jangkitan ringan seperti Aqil, virus HFMD akan sembuh dengan sendirinya. Doktor akan bagi ubat sapu untuk digunakan pada ruam badan. 

Sekiranya jangkitan sehingga menyebabkan dehidrate, langsung tak boleh makan dan minum maka pesakit akan dirawat di hospital. Demam yang terlalu tinggi akan menyebabkan sawan. Lebih parah lagi virus HFMD boleh mengakibatkan masalah radang otak & jantung.


Semoga perkongsian aku dapat membantu. Sekarang aku harap virus ni tak berjangkit pada anak-anak yang lain. Semoga mereka dilindungi olehNya daripada penyakit & virus yang merbahaya.

Untuk sebarang persoalan korang boleh tinggalkan di ruangan komen. Nanti aku akan reply satu persatu okey.

Doakan Aqil cepat sembuh!

You Might Also Like

29 komen

  1. semoga anak gee cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  2. moga cepat sembuh ya sayang.. bnda ni paling cepat sangat merebak. Pagi kena,petang dah merebak ke bahagiaan badan lain pula.. hmm...

    ReplyDelete
  3. Allahu, smoga aqil cepat sehat. Mmg ht mak akn jd tk senang bile ank skt. InsyaAllah akn dprmudhkn sgalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..betul sgt tu..risau kang berjangkit kat yg lain..huhu..

      Delete
  4. Berjangkit penyakit ni, kalau pergi taman permainan pastikan cuci tangan dengan anti-bacterial tu... selalu kat tempat macam tu virus membiak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..peringatan lepas ni kena standby hand sanitizer tu..sebelom ni takde..so lepas ni kena wajibkan guna lepas main..

      Delete
  5. Smg cepat sembuh ye aqil... Klu kt taska ramai2 lg cpt berjangkit ni... Insyaallah aqil kuat. Gee pun sabar k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you shiela..amin..terima kasih untuk semua doa..

      Delete
  6. Semoga anak akak cepat sembuh seperti sediakala..kita jadi susah hati kan kalu anak2 sakit..

    ReplyDelete
  7. Smoga aqil cpt smbuh..sian dia kena kuarantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tulah..ibu dia pun kesian ni takleh gi jln..haha...tenkiuuu mas doakan aqil..

      Delete
  8. Dulu anak sedare pun pernah kena juga penyakit ni, tapi alhamdulillah tak lama tempohnya. cuma memang kena jaga dan pantau dia masa kena tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..kena monitor betul betul..harap cepatlah sembuh...

      Delete
  9. aduh.. mesti merengek jek kan.. em.. tak pe la.. mama kena banyak bersabar ya.. hee~ bila anak sakit ni, kita sebagai IBU pun ikut sama SAKIT.. tapi kalau tak kuat mau tersandar jugak la..

    ReplyDelete