Amani : Pertandingan Baju Bendera Sempena Hari Merdeka

September 20, 2017
Assalamualaikum..
Salam Hari Rabu semua..


Alhamdulillah dapat update entry tentang perihal anak ke dua aku. Nur Amani. Busy sikit dengan keadaan Aqil yang terkena virus HFMD. Story mory pasal Aqil aku share kat SINI .Alhamdulillah Aqil dah semakin sihat. Ruam pun semakin kurang. Selera makan pun dah semakin okey berbanding sebelum ni. Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesihatan Aqil. Hanya Allah sahaja mampu balas jasa baik korang semua. 

Story mory pasal Amani, hari Isnin baru ni Amani terlibat dengan pertunjukan fesyen sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah. Sebelum ni aku ada tanya dia nak join ke tak, pakai baju bendera pastu naik pentas. Dia sangat excited nak terlibat sama. Maka, aku pun daftar nama Amani untuk mewakili kelas pra sekolah. Yup Amani masih di pra sekolah, 6 tahun. Hehe.


Si abang Arsyad tak nak masuk. Tapi tahun lepas dia dah join. So adalah jugak kenangan. Lepas daftar Amani, kepala dah pening nak cari baju kat mana. Nak jahit?errr macam tak je. Hahahaha. So aku cuba tanya kawan-kawan kat group whatsapp. Alhamdulillah mereka bagi respon yang sangat baik!Ada yang bagi idea nak buat baju macam mana, nak hias itu ini. Paling aku terkejut & teruja bila ada yang nak bagi pinjam baju!Wah!Terus aku katakan YA!Pucuk dicita, ulam yang datang. Eh!Betul ke peribahasa aku tu?Hahahaha. 

So kawan aku Ziera poskan baju bendera yang dia jahit sendiri!Kagum aku!Dia jahitkan untuk anak dia Sakinah untuk sambutan Hari Merdeka jugak. Tapi dah lepas. So memang dah tak pakai lah baju tu. Hari Khamis baju tak sampai-sampai. Dalam hati aku mungkin sebab cuti Hari Malaysia hari Sabtu, so barang terlalu banyak kat poslaju. Mungkin sebab tu, barang lambat sampai. Jumaat memang poslaju tak jalan kat Terengganu. Sabtu Cuti Umum Hari Malaysia. Ahad pun Cuti Umum ganti. Aku & suami pasrah tapi tak bagitau lagi kat Amani yang baju takde nak pakai. Hari Sabtu malam kami cuba cari kat pasaraya kot ada jual. Malangnya, takde. 

Ahad, aku whatsapp Teacher bagitau Amani mungkin tak dapat join sebab takde baju. Mungkin takde rezeki Amani nak sertai pertunjukan fesyen tu. Tengah hari Ahad tu, posmen buat surprise!Hahahaha. Sampai wei baju tu!Aku tanya abang posmen kerja ke hari cuti?Dia cakap yang hantar barang je kerja, ofis tutup. Allahu. Syukur yang amat sebab Allah tolong Amani. Excited lah Amani tengok baju bendera, terus cuba pakai. Muat elok pulak. Thank you my friend Ziera aka Ila. Hehe.


Selepas siapkan Amani pagi Isnin aku bagitau Amani buat yang terbaik. Kalau menang, Alhamdulillah. Kalau kalah takpe lah. suka-suka je masuk kan. Budak-budak kan, aku risau dia kecik hati bila tengok kawan-kawan yang menang.

Kat sekolah aku tengok ramai jugak budak-budak yang masuk. Macam-macam fesyen ada. Kreatif mak ayah diaorang. Yang lelaki pun sama naik. Rasa macam Amani biasa-biasa je. 

Bila ambil Amani dari sekolah tengahari tu, cikgu bagitau menang no 2. Wah terujalah si Kakak Amani sebab dapat hadiah. Tersengih sampai ke rumah. Masuk kereta terus buka hadiah. Hahaha.


Tujuan aku nak Amani terbiasa di depan khalayak ramai. Bagi dia keyakinan yang tinggi depan orang. Pastu aku nak dia rasa enjoy bila pergi sekolah. Alhamdulillah sejak aku hantar Amani masuk pra sekolah tu, Amani memang seronok nak pergi sekolah. Aku rasa semua tu takkan berlaku tanpa bantuan cikgu-cikgu Amani & pembantu pra. Dia sayang sungguh kat Teacher Ramlah & mummy Su dia tu. Thank you Teacher, Mummy & Ustazah!!

Alhamdulillah Amani dah unlock a new challenge!

All the best Kakak Amani!We love you!

20 comments:

  1. comelnya!! suka tengok kekreatifan rakyat malaysia :)

    ReplyDelete
  2. comelnya amani pakai baju bendera.. tahniah amani

    ReplyDelete
  3. waaa thniahh. name ank kita same :) Amani. keindahanku.
    thniah ye. nnt ank auntie pulak menyusul

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh...nanti boleh temukan 2 Amani..hehe..owh good luck Amani!btw thank you!!

      Delete
  4. alhamdulillah.. surprise gtu.. cntik betul baju tu sis gee.kemas je tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada kawan bagi pinjam..hehe...

      Delete
  5. wahh cantik cantik semua. tahniah adik

    ReplyDelete
  6. Tahniah pada adik Amani sebab menamg dalam pertandingan pertunjukan fesyen..bersemangat betul dengan semangat cintakan negara..

    ReplyDelete
  7. Comelnya amani pkai bju tu!😍 bestnya klo msuk tdika blik..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kalau boleh kan!thank you mas!

      Delete
  8. ala... coemlnya amani... bgs gak tu sis nk suh dia biasa dgn audien kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga membantu dia kan?thank you sheila!

      Delete
  9. cantik dan kreatif , zaman sekolah ccl dulu tak ada pun pertandingan pakaian macam ni ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ccl!kita dulu takde pun pakai baju gini..haha..seronok jugak tengok macam macam fesyen baju bendera..

      Delete
  10. alolo comelnya semua. hehe dulu teringin nak pakai baju bendera ni ><
    follow sini

    - https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. comel sgt amani..dah besar cntik sgt ni mcm mama dia

    ReplyDelete

Powered by Blogger.