Salam Aidiladha Dari Sis Gee & Family

September 01, 2017
Assalamualaikum semua!

SALAM AIDLADHA untuk semua yang beragama islam. Korang raya mana tahun ni?Aku team raya Terengganu. Dah laki bini orang ganu kan. hahaha. 

Gambar berdua ni mahal tau!
hahahaha
Tahun ni aku & incik suami ambil 1 bahagian untuk Akikah Amani. Raya Haji kat rumah mertua. Biasalah aku & incik suami buat konsep giliran sejak dari awal kahwin lagi. hehe. 

My number 3 Nur Ardini
Dah banyak tahun aku tak pergi sembahyang raya. Rindu oi!Ada anak kecik kan..macam nilah. Korang sama kes dengan aku tak?hehehe. Kalau ada yang volunteer nak jaga okey jugak kan. Tapi bersabar je lah duduk kat rumah dengan anak-anak kecik ni. Nanti tiba lah tu masa aku kan?

Semua pergi sembahyang raya. Tinggal kami 3 beranak. hehe
In syaa Allah petang ni balik rumah mak aku pulak. Macam ni lah bila rumah dekat. Kejap ke hulu kejap ke hilir. hehe.

Owh!Hari ni hari lahir aku tau!Kalau ikut kalendar islam la. hehe. Mak bagitau dia sakit masa orang sembahyang raya. Tak lama lepas sembahyang raya mak aku selamat lahirkan aku. Sinonimnya, aku lahirkan anak ke 2 aku Amani masa  hari raya haji jugak. Tapi raya haji ke 2. Yang sulong Hari Raya Aidilfitri ke 3. Haha. 

Amacam raya korang?best tak?

Nanti kalau ada masa & story best kita update lagi k!


8 comments:

  1. hai sis gee selamat hari raya aidiladha! Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :D

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidiladha sis :D

    mellyacrayola.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya haji n selamat bercuti.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.