5 Perkara Wajib Lakukan Sebelum Pulang Ke Kampung

August 27, 2017
Musim cuti sekolah datang lagi. Kali ni seminggu kan sampai ke Raya Haji. Wah seronok lah kalau kalau yang bekerja dapat cuti seminggu sama dengan budak sekolah. Boleh ambil peluang cuti panjang ni untuk balik kampung kan. 

Walaupun kampungku & mertua dikatakan sangat dekat, tapi kalau nak balik rasa macam orang Kuala Lumpur nak balik Terengganu. Ada beberapa perkara bagi aku WAJIB untuk aku selesaikan sebelum balik rumah mak or mertua.

( 1 ) BASUH SEMUA BAJU KOTOR

Kalau tak nak baju menimbun lepas balik bercuti baik korang setelkan dulu semua baju kotor yang ada. Macam aku ni yang anak 4 lagi lah. Sekejap je penuh sebakul baju kotor. haha. Nanti lepas balik dari kampung at least tak lah banyak sangat nak basuh. Kang tak cukup ampaian pulak nak jemur!hadoi!

Aku ada 2 orang anak sekolah. Lagilah kena basuh dulu baju sekolah & kasut sekolah. Kalau extra rajin dan ada masa, aku iron siap baju sekolah diaorang. hehe.


( 2 ) LIPAT, GANTUNG SEMUA BAJU

Ni lagi lah korang kena setelkan sebelum balik kampung. Kebiasaannya aku sebelum balik kampung 2 bakul penuh aku lipat baju. Siap stay up lagi sebab nak setelkan semua. Sebab kalau lipat baju waktu dengan budak-budak ni naik stress tau!yang bongsu tu suka sangat tarik kain yang dah lipat. Pastu mana yang perlu gantung, kasi setel semuanya. Balik dari kampung tengok bakul baju belum lipat kosong, rasa ringan sikit kerja rumah nanti. 

cantik kan?
Gambar dari Google
( 3 ) KEMAS DAPUR, CLEAR SINKI, SIMPAN ATAU BUANG BAKI MAKANAN

Sinki WAJIB clearkan tau!Makanan semalam yang tak habis kalau nak simpan letak kat bahagian beku. Kalau makanan yang memang tak tahan lama tak payah simpan dalam peti. Ambil bawak balik kampung sekali. Sebab nanti bila lama tinggal dalam peti, semerbak bau masham peti tu nanti. Ada masa lebih?kemaslah dapur serba sikit. Lap kat dapur tu, lantai mop sikit. Biar sedap mata memandang. Nanti balik rumah tenang je jiwa raga tengok dapur bersih je kan. hehe.

berangan jap dapat dapur macam ni!
sumber gambar dari Google

( 4 ) KEMAS RUMAH

Aku suka kemas rumah sebelum balik kampung. Tapi ada jugak ketikanya memang tak sempat nak kemas. So kemas mana yang patut je la. Kalau ada masa, kemas satu rumah. Vacum. Simpan segala toys. Nikmatnya bila balik dari kampung nanti tau! Dah lah penat kan. Balik rumah bersepah. Lagi bertambah lah penat & stress tengok rumah bersepah. Kalau sempat sental toilet sekali. haha. Nanti rasa lapang je dada nak tinggalkan rumah.

cantikkan?not my house btw.haha..
sumber dari Google

( 5 ) BUANG SAMPAH

Buang sampah SANGAT WAJIB! Nanti kalau tak buang sisa-sisa makanan boleh berulat & bau busuk seluruh pelusuk rumah. Sebab tu kalau ada anak kecik kena kemas rumah dulu sebab kadang-kadang diaorang ni makan merata!Makan nasi kat meja makan. Tapi sepanjang jalan ke sinki penuh nasi bertaburan atas lantai. Phewwww...

Suka la tu bila rumah dah kemas!
Si Arsyad & Amani bila tengok rumah kemas tersusun pandai pulak memuji. Cantiknya rumah. Bersih. Tapi bila start main mainan ke menulis ke tak hingat dah! #bertabahlahibu

Yang balik kampung tu berhati-hati ye. Penat drive berhenti kat tempat yang selamat. Minum kopi, makan cekelat. hehe.

HAPPY HOLIDAY SEMUA!

No comments:

Powered by Blogger.